Assalamualaikum semua..Kita semua tahu dan mengimani bahwa Allah yang menciptakan kita, Allah mencipta daripada makhluk paling komplek sehingga yang paling ringkas. Allah memberi rezki pada setiap makhluk itu serta memelihara setiap satunya.. SUBHANALLAH, Maha Kaya nya Dia.. Apabila kita renung diri sendiri belum tersingkap berapa banyak rahsia dan keajaiban ciptaanNya.. Allah telah memasukkan berbilion-bilion maklumat di dalam satu tempat kecil dalam tubuh kita sehinggakan kita tidak dapat melihatnya.
Kita pernah belajar di sekolah bahawa di dalam nukleus setiap sel, terdapat bahagian mengandungi DNA. DNA mengandungi semua maklumat tentang tubuh manusia. Semua data seperti warna rambut atau mata, organ dalaman kita, penampilan, ketinggian kita, disimpan di dalam DNA. Data-data ini dapat dikod menggunakan 4 bahan kimia dirujuk dengan menggunakan abjad A, T, G dan C. Setiap abjad mewakili nama setiap molekul. Keempat-empat bahan kimia ini disusun di dalam kombinasi berbeza dan dapat membentuk data berbeza. Kita dapat bandingkannya dengan satu abjad. Contohnya, terdapat 26 abjad di dalam bahasa Inggeris, dan kombinasi berbeza abjad-abjad ini membentuk perkataan yang berbeza. Terdapat banyak maklumat disimpan di dalam DNA ini.
Untuk mengambarkan betapa luasnya maklumat ini, kita lihat pada perbandingan berikut: Jika kita menulis semula semua maklumat yang terdapat di dalam DNA, kita akan mendapat sebuah perpustakaan besar 900 jilid, setiap satunya 500 muka surat. Perpustakaan ini adalah sebesar padang bola sepak. Tetapi, semua maklumat ini telah dipadatkan ke dalam sebuah molekul sangat halus hinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Sungguh ajaib!! Jika secara logik akal kita yang lemah ini, semakin banyak buku dalam perpustakaan tersebut, maka pastilah semakin besar perpustakaan itu. Tapi Allah dapat melakukan sebaliknya! Subhanallah!
Mari kita soal para penyokong evolusi yang mengatakan alam dan semua makhluk telah wujud tanpa sengaja dan tanpa Pencipta, siapakah yang memasukkan semua maklumat ini? Siapayang mampu memasukkannya? Mereka tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan ayat biasa mereka, “Semuanya berlaku secara tidak sengaja?” Tetapi, mustahil perkara yang begitu sukar ini dapat berlaku secara kebetulan. Seperti yang telah dinyatakan di atas, data di dalam DNA ini mencukupi untuk memenuhi jilid-jilid yang memenuhi sebuah perpustakaan sebesar padang bola. Apabila kita melihat perpustakaan seperti ini, apakah kita percaya data-data yang terdapat di dalamnya telah ditulis secara tidak sengaja? Atau, apakah kita fikir ia ditulis oleh para ilmuwan dan profesor terpelajar dan kemudian diterbitkan oleh sebuah syarikat buku? Sudah tentu, pendapat yang kedua lebih tepat.
Tahukah persamaan dakwaan para penyokong evolusi ini? Ia seperti seseorang menyatakan, “Telah berlaku satu letupan di dalam kilang pencetakan dan semua jilid-jilid buku ini telah terbentuk dengan sendirinya”. Cuba bayangkan pula, ketika kita sedang duduk di meja , lalu terpandang satu halaman bertajuk “Ciri-ciri Geografi Dunia Ini”, dan bertanya kepada sahabat kita siapa yang menulis halaman ini, dia menjawab: “Tadi ada sebotol dakwat di atas kertas ini. Saya tidak sengaja menumpahkannya dan tulisan ini muncul!” Kita pasti akan memikirkan dia telah tersesat akal. Tetapi para penyokong evolusi mendakwa sesuatu yang lebih mustahil.Sebagaimana satu halaman tulisan tidak dapat ada tanpa seorang penulis, begitu juga sebuah databank seperti DNA tidak dapat terjadi dengan sendiri.Allah, Yang Maha Perkasa danMaha Bijaksana, yang mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja, yang mencipta langitdan bumi dan apa sahaja di antara keduanya, Dia jugalah yang menjadikan DNA.
Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah:32)
Kartun Darwin, pengasas teori evolusi. Kartun ini menunjukkan teori evolusi telah dihancurkan. Teori evolusi hari ini telah dibelasah teruk sama seperti Darwin di dalam kartun ini.
P/s: Di petik daripada buku Harun Yahya: Keajaiban cipataan Allah
Menonton drama atau filem jenis penyiasatan memang menjadi pilihan saya sejak kecil lagi kerana ia banyak memberi maklumat selain menggerakkan otak saya untuk turut berfikir apabila sesuatu kes itu cuba diselesaikan oleh penyiasat. Kaedah yang digunakan dalam penyiasatan banyak memberi info kepada orang awam seperti saya. Drama dan filem jenis ini bagi saya adalah seperti serampang dua mata kerana selain menyalurkan maklumat mengenai kaedah terkini yang digunakan dalam masa yg sama mereka mempamerkan kehebatan teknologi sesebuah Negara kepada orang ramai.
Ya, memang mereka berjaya kerana apabila selesai menonton pasti penonton akan mengulas kecanggihan kaedah yang digunapakai dalam menyelesaikan sesuatu penyiasatan sekaligus menimbulkan rasa kagum penonton kepada sesebuah Negara.
Ini menunjukkan bahawa filem dan drama sangat memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan mendidik masyarakat. Tempang industri filem, rongaklah sesebuah masyarakat kerana masyarakat sekarang banyak bergurukan televisyen sama ada dalam pergaulan, pakaian dan pemikiran terutama generasi muda pelapis negara.
Cubalah anda lihat sekeliling, berapa kerat manusia yang menadah ilmu di Masjid berbanding yang mencedok budaya di panggung wayang? Anak-anak muda lebih berahi menghadap televisyen berbanding beriktikaf di masjid. Kerana itu,lebih ramai pengarah muslim yang kreatif patut dilahirkan. Atau mungkin, para cerdik pandai patut turun padang dengan mencurahkan ilmu mereka melalui filem dan drama. Hal ini tidak mustahil jika kerajaan bersungguh-sungguh mahu mendidik masyarakat kerana kerajaan boleh memperuntukkan sejumlah dana untuk tujuan itu.
Mungkin sukar pada peringkat awalnya untuk mengajak masyarakat menonton filem yang mendidik kerana mereka lebih gemar yang berbentuk hiburan yang melekakan. Di sini saya nampak peranan ibu dan bapa dalam membentuk budaya di rumah. Jika anak-anak begitu suka menonton filem,cuba tukarkan dan pilih filem yang berunsur pendidikan dan maklumat moga kegemaran itu dapat memberi manfaat kepada anak-anak.
Sungguh, Malaysia ketandusan filem yang memberi maklumat yang sihat dan berguna, banyak yang dihidangkan hanyalah realiti kebobrokan masyarakat yang bagi saya tidak perlu di ulang tayang dalam filem,kerana ia adalah realiti yang kita dapat tonton secara 'life' dalam masyarakat kita. Malah bagi saya filem yg sebegini banyak mendidik anak-anak kecil yang belum memahami realiti dalam masyarakat untuk mengikut perbuatan tidak senonoh yang diajar dalam filem itu. Golongan permata harapan negara inilah yang bakal terkena tempias kecelaruan karakter akibat bergurukan filem realiti itu.
Dikhuatiri mereka akan meneruskan budaya itu sepanjang perjalanan mereka menuju kedewasaan. Cuba bayangkan bagaimana mereka memimpin negara suatu ketika nanti? Maka selamanyalah budaya ini akan hidup dalam Negara kita apabila filem tidak pernah berhenti mendidik masyarakat menjiwai watak yang menyimpang dari islam dan jauh dari Allah.
Pesanan ini kutujukan untuk diriku dan sahabat-sahabatku yang insyaALLAH mencintai Allah dan rasulNya,
kerana cinta itu dapat kalahkan segalanya dan membuat manusia mengikut pandangan Allah dari pandangan manusia.
Wahai yang kerap mengisi hati dengan cinta selainNya, kemudilah hati agar tak terisi oleh cinta dunia dan laksanakanlah amalan berlandaskan ikhlas kepadaNya.
Buat sahabtku yang masih memiliki nur Iman dan islam, jangan biarkan Nur itu suram dan malap, terus pelihara cahaya itu.
Yamuqallibal Qulb, thabatkan hati kami pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu Amiieen..
p/s: kredit buat sahabat yang mengirim pesanan ini, ia sungguh bemakna buat diri yang sedang diuji..syukron laka..
Syurga cinta,sebuah filem yang bagi saya banyak persamaannya dengan filem Indonesia Kiamat makin hampir. Beza yang saya nampak, gadis dalam filem Indonesia itu, kurang ditonjolkan berbanding filem melayu di mana watak cikgu Syuhadah begitu menonjol dan banyak dialognya.. Bukan itu yang saya mahu perkatakan di sini, cukuplah dengan begitu banyak ulasan yang dibuat oleh pelbagai pihak.
Dalam filem tersebut terdapat dialog atuk Syuhada dengan Irham (watak utama lelaki) yang antaranya atuk itu menyebut ayat lebih kurang begini:
Jodoh itu ada 3:
1.Jodoh dari syaitan iaitu apabila kamu mencintai seorang perempuan, lalu kamu bercinta dan berzina dengannya sehingga mengandung, baru kamu nikahinya
2.Jodoh dari jin iaitu apabila kamu mencintai seseorang tetapi ia sebaliknya, lalu kamu bomohkan sehingga ia pun mencintai kamu dan menikahimu
3.Jodoh dari Allah, iaitu apabila kamu memandangnya dan jatuh cinta kemudian terus kamu meminangnya dan menikahinya.
Dalam kereta saya mngulangi ayat-ayat itu kepada adik-adik saya yang saya kasihi. Lalu yang lelaki merespon:
“Kalau jatuh cinta awal, macam mana? “
Sedaya upaya saya menjawab
“Kalau betul sukakannya, tunggu sehingga masa yang tepat tiba baharu masuk meminang dan menikah”
Ia membalas lagi
“Imam Nawawi pernah cakap, bercinta itu harus, tapi dengan syarat menjaga syarak”
“Haa..itu yang penting MENJAGA SYARAK.. kalau berjumpa berdua-duaan lelaki perempuan,mengikut syarak ke?? Perlu ada mahram yang ikut dan teman.”
Saya cuba memberi alternatif, mereka diam mungkin melawan dengan kehendak hati atau mungkin tidak terkesan di hati.. kemudian di akhir bicara adikku mengulang kata-kata imam Nawawi:
“Aku mencintaimu kerana agama dalam dirimu,
Jika hilang agama itu maka hilanglah cintaku padamu”
Saya membisik dalam hati, masih adakah adam di luar sana yang tulus mencintai hawa kerana agamanya? Saya meraba kata hati sendiri, adakah saya juga bisa mencintai seorang adam hanya kerana agamanya?
Betapa besar mujahadah yang perlu dilalui untuk mencapai tahap itu Hanya Allah jua yang bisa memberi kekuatan dan hidayah,
Adik-adikku,
Mengertilah, kakakmu bukan ingin memusnahkan cinta yang sedang mekar di hatimu itu,
Cuma kegusaran ini memang wajar ku dendangkan,
Tidakkah kau melihat wahai adikku,
Berapa ramai mereka yang terperosok di lembah hina hanya kerana cinta nafsu yang kotor,
Berapa banyak yang melupakan Allah dan agama apabila mencintai dan dicintai tanpa batas syariat,
Adik-adik yang kukasihi,
Kakakmu bimbang jika cinta itu akan memudarkan cintamu pada Allah,Rasulullah,umi dan abi..
Mengapa engkau menbaja pada tanah yang bukan hakmu?
Mereka yang engkau cintai itu bukanlah milikmu, selagi belum diikat dengan pernikahan
Mereka dan kamu adalah milik Allah.
Adik-adik yang kusayangi,
Adakah kau tidak yakin dengan janji Allah bahawa setiap orang itu ada jodohnya.
Jika benar ia jodohmu, yang kau rasakan telah ditulis untukmu,
tunggulah sehingga masa yang sesuai dan kemudian nikahinya
Supaya terjaga kesucian jiwa dan cintamu.
Supaya terpelihara maruah diri dan agamamu.
Adik-adikku,
Renungkanlah dengan mata hati
Tanya pada imanmu
Kakak mendoakan agar kalian mengecap manisnya cinta Allah dan meraih tenangnya jiwa yang dicintai Allah. semoga kalian memperolehi syurga cinta yang hakiki..
Cikgu, Nizarul tak tahu nak buat macam mana soalan ni?
Terima kasih ya Allah,kerana memberi aku peluang merasai bagaimana menjadi seorang pendidik.Mereka ibarat kain putih, ibu bapa dan guru adalah antara pencorak jati diri mereka.Mereka tulus mempelajari kehidupan, tiada prasangka dan tidak berdendam.sungguh tulus jiwa-jiwa kecil ini..
Wahai ibu bapa,
Jika anak-anakmu kurang bijak dalam akademik, janganlah lekas kecewa, jangan pinggirkan merekapercayalah ada potensi lain dalam dirinya yg telah Allah kurniakan.Jika anak-anakmu nakal , janganlah cepat menghukum koreksi diri,
dimana silapnyacara didikan atau pendekatan yang salah?
Mereka hanya kain putih yang mendamba curahan kasih sayang..
Jangan biarkan media mencorak mereka,Jangan sehingga t.v dan segala hiburan menjadi pendampingnya, atau nanti kita akan menyesal,apabila pewaris yang tinggal hanyalah yang jahil agama dan bobrok akhlaknya.
Wahai guru, tugas kalian bukan hanya mengajar dan megejar silibus, ada yang lebih mulia,
iaitu tanamkanlah tauhid dalam jiwa merekasuburkan iman mereka dengan sentiasa mengaitkan pelajaran dengan Allah.
Agar mantap keyakinan merekaJika mereka nakal, beri pengajaran yang mendidikbukan menghukum penuh dendam.
Wahai semua yang di luar sana,
Jangan ingat kalian boleh merasa lega,
enak melepas tangan pada ibu bapa dan guru, kalian juga punya peranan kerana mereka adalah pelapis masyarakat Berilah teladan yang mulia dan tegurlah jika melihat yang salah..
Mendamba pendamping yang paling bertaqwa, Adakah kita juga bertaqwa? Mengharap teman yang paling setia, Adakah kita seorang yang setia? Mengimpi belahan jiwa yang paling ideal, Adakah kita sudah sempurna?
Janganlah mengharapkan kesempurnaan kerana dia juga sepertimu, yang punya banyak kelemahan, yang imannya kadang naik, kadang turun, yang setianya pasti di uji Allah.. Apabila dialah yang ditakdirkan sebagai belahan jiwamu, pasti Allah menyempurnakan kelemahan itu dalam dua jasad yang bersatu jiwa.. Yakin dan bertwakkallah kepada Allah..
Hanya Dia tujuanku Tanpanya hilanglah arahku Dialah segalanya bagiku Yang memberi tanpa meminta balasan Yang melihat tanpa dapat dilihat Yang memiliki tanpa dimiliki
Hanya Dia satu-satunya Tiada dua atau tiga Juga tiada tiga dalam satu Yang mentadbir seluruh semesta yang memegang segala rahsia Yang mendengar semua yang bersuara
Allah rabbul izzati.. hanya Dia yang layak disembah