Tuesday, June 17, 2014
Apa Nak Buat Bila Anak tak Mahu Mandi
Assalamualaykum..
Haaa kau tajuk tak agak2, supaya korang senang nak cari, hahaha..Ok, al kisahnya, anakku bernama Al-Haura' tu beberapa hari ni punya susah nak diajak mandi. Sebelum ni bukan main dia suka, tetiba berubah angin, tak tahu punca. So, Mama dan Waled ni agak susah hati sebab kalau tak nak mandi je ok lagi, ni diiringi dengan tangisan macam kena dera dan perkataan "Cejjukkk!!"..Eh dah pandai sejuk ke? HUhuuu. Mula la berfikir nak settlekan masalah budak tak mau mandi ni, tetiba dapat idea. Ok, kita mesti tunjukkan yang aktiviti mandi ni menyeronokkan. Cara kami suami isteri adalah:
1. Jangan sebut perkataan 'mandi', ganti dgn perkataan lain, cth: Jom main air. Sebab dia dah faham mandi tu is kena siram air macam mandi la kan? heh!
2. Kalau sebelum ni mandi dalam baldi (haha) kami ganti dgn baby pool. Dulu lagi beli pool ni tapi tak pernah guna, so tetiba teringat tu terus ambil dalam stor dan isi air, kocak2 air sambil panggil Haura', dia pun datang dengan excitednya, hahaaha masuk perangkap.
3. Buat aktiviti yang boleh tarik perhatian dia, sembur air ke, kocak or whatsoever. Macam point no. 3 tu la..
4. Sentiasa sebut perkataan 'best' 'seronok' dan seangkatan dgn nya unt bg dia feel enjoy gitu.
Haaa ni anak aku, alhamdulillah jalan, dia suka mandi balik, anak korang mungkin lain pe'el pula, tapi boleh try kan? No harm. Ni tips pakai idea sendiri ja, hehehe..Moga bermanfaat!
Sunday, June 8, 2014
Promosi Shaklee Jun 2014
Assalamualaykum..
Ada yang tak tahu lagi ke? Dah seminggu heboh, havoc pasal promosi setahun sekali ni. Ye, Vitamin E!!
Ok, so what's shaklee offers? As usual, buy 6 free 1 worth RM138 but this time, you can get free membership and bonus paycash next month, yay!
So what is benefit of Vitamin E? Well, stay tune, next post ya? See youuu!
E for Energy
E for Elegant
E for Excitement
Feel it yourself! :)
Nak order? Feel free to contact me.
Zahra SID928161
WA/SMS 0139944328
Saturday, June 7, 2014
Preview Gold Coast Morib
Encik hubby beriya ajak join gathering dengan sahabat-sahabat lama beliau. Ok, layankan aje, boleh juga kenal-kenal isteri mereka, rapatkan silaturrahim, disamping makan angin tengok tempat orang kan?
So they have decided to go Gold Coast Morib, yang for sure dekat dengan Pantai Morib, ok that's sound exciting, as i am a beach lover! Hehehe. Maka bermulalah perjalanan kami sekeluarga untuk bercuti sambil mengeratkan silaturrahim. A night before, pada 2.04.2014 kami bertolak ke rumah kakak di Sepang, selepas bertungkus lumus pick up barang di HQ Shaklee dan post di Shah Alam. Tujuan ke rumah dia pun nak serahkan barang- barang yang di-order, jadi alang-alang terus bermalam di sana.
Pagi 3.04.2014 kami bertolak ke Morib. Dalam 40 minit macam tu dah smpai pekan Banting, singgah Hari-hari beli baju yang sesuai untuk acara renang(renang la sangat!) Haura'. Dari pekan ke Morib dalam 15 minit sahaja. Dalam perjalanan jumpa banyak kampung. Tapi dalam banyak-banyak tu paling best nama Kampung Endah! Hahaha, my best friend's name tu! After solat di Masjid berdekatan, kami check in di resort. Masuk bilik, wah!! Memang besar biliknya, ada tub mandi siap, cantik ok? Berbaloi la kot RM150 sehari semalam, hohoho.
Lepas rehat-rehat, kami pun turun ke water theme park, main air. Wah!! Bukan main excited budak kecik tu, siap nak berenang suruh kita lepas dia. Banyak cantik! Permainan gelongsor yang buat si kecik terlebih excited, hoho. Ada tempat unt kanak-kanak, yang airnya cetek. So far so good. Tiba waktu malam, mencari tempat untuk dinner reramai kat luar. Alhamdulillah jumpa gerai sebelah masjid. Menu yang di order agak lambat sampai tapi sedap dan berbaloi ape? RM120 untuk 8 orang dan 2 orang budak makan.
Balik bilik apa lagi, pengsan terus, hehehe. Esok pagi kononnya nk sarapan di resort, dengan yakin bawa tag saiz baju Haura yang saya mati-mati ingat kupon sb hubby pun tak cakap apa-apa. Siap hulur kt receiptionist, terpinga2 dia tengok.
"Eh ni bukan kupon puan. Kupon dia macam ni" sambil tunjuk kad kuning. Argh!!! Malu3!! Yang aku tunjuk tu, tag harga baju Haura'! Hahaha. Patah balik bilik cari kupon tak jumpa juga! Lastly makan kat luar, LOL!
Lepas sarapan terus ke pantai Morib. Air tengah pasang, tinggi sampai ke tembok, so tak dapat main pasir, sobss. Balik Gold Coast main air di theme park lagi, balik bilik main air dalam tub mandi pula, heh! Seronok layan si kecik yg terlebih excited.
4.04.2014 lepas check out terus pecut balik Palong, yehuuu balik kampung jumpa mak dan ayah. Minum air kelapa segar dari pokok, makan masakan superb mak, round2 kampung, seronok! Sambil tu COD barang untuk orang kampung, yay!
Ok now back to reality, work hard again but it worth it. Berkerja untuk diri sendiri. I am the boss, i have freedom to manage my time dan yang bestnya dapat bonus tiap2 bulan dari Shaklee, hasil kerja keras, alhamdulillah. Know what, kupon sarapan tu jumpa dalam beg baju, masa geledah beg nak cuci baju, huwaaa!
Kawan-kawan ada nak mulakan bisnes tapi tak tahu nak mula macam mana? Contact me
Zahra
0139944328
Friday, June 6, 2014
Tips Kesuburan Suami dan Isteri
Banyak sebenarnya cara yang boleh kita cuba untuk meningkatkan tahap kesuburan. Mungkin bagi mereka yang telah lebih setahun berkahwin, namun masih lagi belum dikurniakan cahaya mata boleh mencuba untuk aplikasikan petua-petua ini.
Jom kita tengok apa yang boleh dikongsi pada kali ini.
1. Panas vs Sejuk
Jangan terkejut sekiranya tindakan meletakkan laptop atas pangku sambil bekerja akan mengurangkan kualiti sperma bagi lelaki. Ini kerana sperma paling cepat berkembang di tempat yang dingin.
Selain daripada itu, mereka yang sering mengamalkan mandi dengan air yang dingin, lebih berkemampuan dalam meningkatkan tahap kesuburan diri lima kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mandi dengan air panas.
Selain daripada itu, mereka yang sering mengamalkan mandi dengan air yang dingin, lebih berkemampuan dalam meningkatkan tahap kesuburan diri lima kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mandi dengan air panas.
2. Surirumah hebat
Menurut satu kajian oleh University North Carolina di Amerika Syarikat, wanita yang biasa melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan pembersihan rumah atau berkebun akan lebih cepat hamil. Ini berikutan proses ini dianggap dapat menghentikan penghasilan insulin yang dianggap membahayakan telur. Jadi, rajin-rajinlah ye menjadi surirumah yang hebat.
3. Rehat & Rawat
Ada kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak tertekan, melalui hidup yang tenang boleh dapat meningkatkan tahap kesuburan masing-masing. Menurut konsultan O&G Michael Dooley, stress dapat memberi sumbangan yang besar tehadap mengurangkan tahap kesuburan.
4. Pengambilan suplemen
Hasil penelitian oleh Royal Free Hospital, London menunjukkan bahawa wanita yang kondisi tubuhnya sihat juga akan mendapat tahap kesuburan yang juga baik. Melalui pengambilan asid folik, vitamin B12 dan selenium akan dapat membantu meningkatkan kesihatan serta kesuburan wanita. Boleh tengok kat sini untuk vitamin2 kesuburan ini.
5. Katakan TIDAK pada rokok dan minuman keras.
Mereka yang merokok dan mengambil minum beralkohol akan menurunkan jumlah sperma dan meningkatkan sperma yang abnormal.
6. Kuruslah!
Berat badan yang ideal, tidak gemuk atau obes akan meningkatkan tahap kesuburan.
7. Pengambilan minyak ikan
Kandungan Omega 3 yang banyak terdapat dalam minyak ikan dapat mengurangkan risiko keguguran dan meningkatkan kualiti sperma. Dan OmegaGuard Shaklee pastinya menjanjikan minyak ikan paling tulen di dunia, tanpa risiko bahan berbahaya hasil proses sulingan yang ketat.
8. Jauhi kafein
Kafein dapat mengurangkan tahap kesuburan anda. Jauhi kafein bilamana anda merancang untuk mendapatkan cahayamata idaman anda.
9. Perbanyakkan pengambilan air masak
Pakar kesuburan wanita Zita West mengatakan, "Jika Anda tidak minum cukup air, sistem reproduksi akan kehilangan tenaga yang diperlukan oleh organ vital."
Air mineral akan melancarkan pengaliran darah ke otak dan memperkuat rahim.
10. Lakukan hubungan seks
Haaa ni paling penting kan? Untuk mendapatkan anak, disarankan bagi pasangan melakukan hubungan seks terutama pada waktu subur. Kenali waktu subur anda dan beroperasilah yea :)
Vitamin kesuburan yang dicadangkan untuk pasangan suami dan isteri: B complex, GLA complex, Vita E complex dan Zinc complex.
Jika anda perlukan vitamin hebat daripada shaklee boleh sms @ whatsaap saya 0139944328 yea... konsultasi hebat hanya untuk anda....
Subscribe to:
Posts (Atom)