Assalamualaykum...
Semenjak semalam perasaan nak menulis membuak-buak secara tiba-tiba entah apa yang merasuk kalbu, tiba-tiba nak menulis perihal manusia (aku pun manusia ok). Hm mungkin bawaan budak kot yang mendesak naluri nak menulis ni, almaklumlah dah masuk 7 bulan dan lagi seminggu 8 bulan (eh, tetibe kan?). Whatever, hm sepanjang hidup selama berpuluh-puluh tahun dan semenjak Allah kurniakan kepandaian untuk menilai dan mentafsir sekeliling, aku dapati kebanyakan orang, mereka begitu 'curious' untuk tahu dan ambil tahu mengenai masalah orang. Curious dalam bahasa melayunya ingin tahu, perasaan dan naluri biasa yang semua manusia ada sebagai pelengkap kebijaksaan mereka untuk belajar dan memanfaatkan apa yang dibelajar. Tapi 'curious' yang satu ni lain sikit. Dia bukan nak belajar atau memanfaatkan apa yang dibelajar, cuma ingin tahu, ya sekadar memenuhi naluri ingin tahu atau mungkin mengisi masa lapangnya? Apa pun, motifnya hanya ingin tahu, contoh situasi:
Aminah: Bedah, kau hari-hari datang kerja dengan apa ye?
Bedah: Aku jalan kaki, tapi tak ada lah sampai hari-hari, ada hari tertentu sahaja.
Aminah: Oh, ok..
Ok, very typical name kan, Aminah dan Bedah. Is ok, as long as we have the character here. Si Aminah ingin tahu masalah Bedah yang selalu bila sampai pejabat sahaja kelihatan seperti baru lepas bersenam dan dengan rakus minum air laju-laju. Bila dah berlaku perbualan dia atas yang berhenti di situ, banyak yang bermain dalam kepala Aminah. Kenapa jalan kaki? Suami dia mana? Isk, tak patut la suami dia tu. Dah macam-macam andaian yang 99.9% adalah buruk, baru Aminah tanya lagi.
Aminah: Suami kau tak hantarkan?
Bedah: Suami aku kerja shift, tak menentu waktunya, sebab itu lah aku cakap kadang-kadang saja aku jalan kaki.
Aminah: Oh, kenapa suami kau tak belikan kau motosikal atau kereta untuk kau datang kerja? Kesian aku tengok kau berpeluh-peluh sampai pejabat, isk tak patut la.
Tanpa cuba memahami situasi Bedah, Aminah sesedap mulut melemparkan kata hatinya. Itulah dia komen yang bakal memberi kesan kepada rumahtangga orang lain. Tahu kenapa? Si Bedah akan mula terfikir, betul juga kata-kata Aminah tu dan mula berprasangka terhadap suaminya (syaitan dah mula cucuk!!). Sedangkan dia tahu, dia dan suaminya sudah sepakat, dengan keadaan dan situasi mereka sekarang, itu adalah jalan yang terbaik yang dapat mereka fikirkan bersama. Rumahtangga kan saling membantu, saling menguatkan, susah dan senag bersama! Berbalik kepada Aminah, perasaan prasangkanya tidak hilang malah canang pula pada orang lain tentang perihal suami Bedah yang kononnya tidak perihatin. Alangkah damainya dunia kalau Aminah jawab begini:
Aminah: Oh suami kau kerja shift, kalau macam tu, mulai esok aku boleh tolong jemput kau ke pejabat, lagi pun dekat saja rumah kau dari sini.
atau pun begini pun jadilah kan:
Aminah: Oh macam tu ke. Hebat kau Bedah, kalau aku ditempat kau tak tahu macam mana, kira kau setiap hari senaman kan? Sihat tubuh badan, ehe. Aku tabik spring bertingkat kat kau!
Dan kemudian bersangka baiklah kepada pasangan suami isteri tu. Suami manalah yang mahu isterinya bersusah payah jalan kaki walaupun hanya 10 minit? Mesti mereka sudah sepakat dan berbincang sebaik mungkin. Ya, berangka baiklah, ayuh! Jika anda tidak mampu jadi penyelesai masalah, jangan pula menjadi penambah masalah. Jika tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya berilah empati dan kata-kata semangat. Inshaallah, orang sayang Allah lagi sayang :)
nicely said. =)
ReplyDeleteEh, entry dalam bahasa melayu......sbb bawaan baby melayu la nih..hehe...fatimah, teringt lak kisah luqmanul hakim dan anaknya..buat apa shj xkena dipndngn mata mnusia, maka abaikn pndgn mnusia, ambil kira nilaian Allah: Entry Terbaru : Variasi Ummat Manusia
ReplyDeleteInshaallah, thanks fi :)
ReplyDeleteEhe, bawaan baby Melayu keislaman la, xnak baby kebaratan lak,,oh tidak! Nauzubillah..