“Ibu, adik sedih.” Memang wajah anak kecil itu kelihatan
mendung, sarat dengan sebuah kesedihan barangkali. Matanya mencari sepasang
mata bening ibunya. Perlahan-perlahan ibu merapat merangkul bahu si kecil
berusia 10 tahun. Si ibu memang sudah dapat merasa sarat mendung itu, Cuma ia
menunggu masa yang sesuai agar si anak sendiri yang meluahkan,
“Sedih kenapa sayang? Cuba ceritakan pada ibu.”
“Adik sedih tengok
kanak-kanak di Palestin yang mati kena tembak. Adik bayangkan kalau adik di
sana bagaimana, adik bayangkan kalau yang kena tembak itu adalah Iman, Ihsan
atau Islam, kawan-kawan sepermainan adik.” Dunia tanpa sempadan, maklumat
dihujung jari tanpa mengira usia pasti sampai sama ada secara terus atau pun
daripada sumber ke dua. Si ibu mengerti,
kanak-kanak seawal usia begini jika
kesedihannya tidak diubat, murung bakal mengganti dan jika dibiar si
kecil membawanya ke alam dewasa pula.
“Jadi, apa kita boleh lakukan untuk saudara-saudara kita di
sana?” Ibu membelai helaian nipis rambut si anak, tersentuh naluri keibuan
melihat anak sekecil ini sudah cuba memahami situasi saudara seislam di
Palestin sedang begitu ramai manusia dewasa lain yang melupakan atau tidak peduli.
“Adik tak dapat ke sana, hanya doa yang adik mampu. Ya
Allah, selamatkan saudara kami di Gaza, berilah kesabaran dan kekuatan serta
syurgaMu buat mereka. Amin.”
“Amin thumma amin. MashaAllah
bijaknya anak ibu. Berdoalah sayang, itu kan senjata paling ampuh, terus secara
langsung kepada Allah pemilik cakerawala. Tambahan pula doa daripada adik yang
tidak banyak dosa. Moga Allah makbulkan. “.” Senyum si ibu memekar, ya Allah
peliharalah anak kecil ini daripada tipu daya dunia.
“Ibu, cukupkah dengan doa?” Si kecil bertanya lagi, memang
begitulah di usia begini, soalan demi soalan memerlukan jawaban agar dia tidak
berhenti berfikir dan mentafsir.
“Jika kita mampu, ada rezeki dan nikmat berlebihan, hulurkan
juga dengan bantuan kewangan dan lain-lain disamping kita jangan membantu menyalurkan
wang kepada musuh saudara kita dengan membeli produk mereka yang ada dipasaran.
“
“Lagi ibu?”
“Kita juga sebagai Muslim perlu memperbaiki diri,
mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Jangan kita hanya menjerit membenci
Zionist tapi dalam masa yang sama cara kita hidup sama seperti mereka. Memang ia
bukan usaha sehari dua untuk berubah, tetapi kita perlu mulakan. Betul tak?” Si
kecil mengangguk laju sambil tersenyum puas, terasa seperti dahaga yang ditaggung selama ini hilang
begitu sahaja.
“Adik nak jadi baik, tak nak ikut perangai Zionist.” Azam si
kecil kedengaran begitu teguh. Azam itu perlu dibaja selalu, perlu dijaga agar
ia terus mekar dan akhirnya benar-benar menjadi.
“Semoga Allah merahmatimu anakku.” Mereka berpelukan, sayang
yang mengalir dalam urat dan darah kerana Allah, daripada Allah ia datang, kepada
Allah ia perlu dikembalikan,