Tuesday, November 20, 2012

Adik nak Jadi Baik


“Ibu, adik sedih.” Memang wajah anak kecil itu kelihatan mendung, sarat dengan sebuah kesedihan barangkali. Matanya mencari sepasang mata bening ibunya. Perlahan-perlahan ibu merapat merangkul bahu si kecil berusia 10 tahun. Si ibu memang sudah dapat merasa sarat mendung itu, Cuma ia menunggu masa yang sesuai agar si anak sendiri yang meluahkan,

“Sedih kenapa sayang? Cuba ceritakan pada ibu.”

 “Adik sedih tengok kanak-kanak di Palestin yang mati kena tembak. Adik bayangkan kalau adik di sana bagaimana, adik bayangkan kalau yang kena tembak itu adalah Iman, Ihsan atau Islam, kawan-kawan sepermainan adik.” Dunia tanpa sempadan, maklumat dihujung jari tanpa mengira usia pasti sampai sama ada secara terus atau pun daripada sumber ke dua. Si ibu  mengerti, kanak-kanak seawal usia begini jika  kesedihannya tidak diubat, murung bakal mengganti dan jika dibiar si kecil membawanya ke alam dewasa pula.

“Jadi, apa kita boleh lakukan untuk saudara-saudara kita di sana?” Ibu membelai helaian nipis rambut si anak, tersentuh naluri keibuan melihat anak sekecil ini sudah cuba memahami situasi saudara seislam di Palestin sedang begitu ramai manusia dewasa lain yang melupakan  atau tidak peduli.

“Adik tak dapat ke sana, hanya doa yang adik mampu. Ya Allah, selamatkan saudara kami di Gaza, berilah kesabaran dan kekuatan serta syurgaMu buat mereka. Amin.”

 “Amin thumma amin. MashaAllah bijaknya anak ibu. Berdoalah sayang, itu kan senjata paling ampuh, terus secara langsung kepada Allah pemilik cakerawala. Tambahan pula doa daripada adik yang tidak banyak dosa. Moga Allah makbulkan. “.” Senyum si ibu memekar, ya Allah peliharalah anak kecil ini daripada tipu daya dunia.

“Ibu, cukupkah dengan doa?” Si kecil bertanya lagi, memang begitulah di usia begini, soalan demi soalan memerlukan jawaban agar dia tidak berhenti berfikir dan mentafsir.

“Jika kita mampu, ada rezeki dan nikmat berlebihan, hulurkan juga dengan bantuan kewangan dan lain-lain disamping kita jangan membantu menyalurkan wang kepada musuh saudara kita dengan membeli produk mereka yang ada dipasaran. “

“Lagi ibu?”

“Kita juga sebagai Muslim perlu memperbaiki diri, mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Jangan kita hanya menjerit membenci Zionist tapi dalam masa yang sama cara kita hidup sama seperti mereka. Memang ia bukan usaha sehari dua untuk berubah, tetapi kita perlu mulakan. Betul tak?” Si kecil mengangguk laju sambil tersenyum puas, terasa seperti dahaga yang ditaggung selama ini hilang begitu sahaja.

“Adik nak jadi baik, tak nak ikut perangai Zionist.” Azam si kecil kedengaran begitu teguh. Azam itu perlu dibaja selalu, perlu dijaga agar ia terus mekar dan akhirnya benar-benar menjadi.

“Semoga Allah merahmatimu anakku.” Mereka berpelukan, sayang yang mengalir dalam urat dan darah kerana Allah, daripada Allah ia datang, kepada Allah ia perlu dikembalikan,

1 comment:

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He