Wednesday, November 12, 2014

Minyak ikan memelihara kesihatan otak


Assalamualaykum & salam sejahtera.

Pagi ni saya sengaja buat sedikit search di internet berkenaan manfaat minyak ikan untuk kesihatan otak kita. Subhanallah ternyata minyak ikan sangat penting untuk otak kita berfungsi dengan sihat dan cergas. Segala puji bagi Allah yang menciptakan sumber minyak ikan buat manfaat kita. Saya nak berkongsi maklumat yang saya perolehi hasil pencarian saya di : http://www.naturalnews.com/016353_omega-3_fatty_acids_mental_health.html



Omega 3 dan Kesihatan Otak

Omega 3 yang dikenali sebagai docosahexaenoic acid (DHA) adalah bahan penting untuk fungsi otak yang optimum. Asid lemak DHA dijumpai dalam kepekatan yang tinggi di dalam otak, ia memainkan peranan penting dalam fungsi membran sel otak yang penting untuk transmisi isyarat otak. Pengambilan DHA akan meningkatkan komunikasi sel otak dan kekurangannya boleh menyebabkan masalah komunikasi di dalam otak. 


"Sama seperti mesin, otak anda memerlukan minyak - dalam bentuk asid lemak omega-3 dan omega-6 untuk berjalan lancar. Malangnya, diet kebiasaannya tidak  mengandungi keseimbangan yang tepat dari asid lemak ini. Jika anda makan makanan moden yang khas, anda mungkin mendapat banyak omega-6. Tetapi minyak omega-3, yang sama pentingnya sering terabai. "

-Meja Editor daripada FC & A Penerbitan Perubatan menulis dalam The Folk Remedy Encyclopedia

. "Satu kajian mendapati bahawa penambahan DHA membantu menurunkan bilangan kesilapan memori rujukan dan kesalahan memori kerja pada tikus jantan tua dan pada tikus muda," tulis Gary Nol dalam Power Aging


"Untuk fungsi otak yang optimum, saya menyarankan anda makan ikan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Jika diet anda tidak cukup asid lemak omega-3  atau ikan yang cukup, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil makanan tambahan minyak ikan atau minyak flaxseed, "tulis Dr. Sahelia.



Omega 3 Membantu Gangguan Mental dan Emosi

Kekurangan Omega-3  pada orang dewasa telah dikaitkan dengan pelbagai gangguan mental dan emosi. Bahkan, "Sesetengah doktor fikir jumlah wabak penyakit mental dalam masyarakat moden boleh dikesan kembali kepada ketidakseimbangan omega dalam bekalan makanan," menurut Makan dan Sihat, oleh Editor daripada FC & A Medical Publishing. 

Tahap yang rendah DHA telah dikaitkan dengan kehilangan ingatan, kemurungan, gangguan bipolar, gangguan defisit perhatian, skizofrenia, autisme dan kesukaran pembelajaran umum atau suasana hati yang buruk. 

"Jika anda tidak memberi makan membran sel otak yang cukup dari jenis lemak yang betul, mesej yang boleh menjadi pendek-hubung dan kacau. Yang mungkin bermakna gangguan dalam perasaan, tumpuan, ingatan, perhatian, dan tingkah laku, "tulis pengarang Penyembuhan ajaib Jean Carper. Kemurungan khususnya telah sering dikaitkan dengan tahap rendah DHA, kerana asid lemak omega-3 membantu mengawal mood dengan meningkatkan tahap serotonin, hormon yang melegakan kemurungan. 


Omega-3 sama pentingnya untuk warga tua sebagaimana ia penting untuk bayi, kerana kekurangan Omega-3 boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada strok dan penyakit Alzheimer. Menurut Eat and Heal, salah satu kemungkinan punca penyakit Alzheimer adalah beta-amiloid plak, atau rumpun protein, yang berkumpul dalam otak mangsa, dan "pakar percaya beta-amyloid mungkin berkaitan dengan keradangan saluran darah otak. "

Oleh kerana asid lemak omega-3  dapat mengurangkan keradangan, mereka juga boleh menjadi kunci penting dalam memerangi penyakit degeneratif menakutkan, seperti yang telah dicadangkan oleh penyelidikan di Jepun. "Kajian Jepun telah menunjukkan bahawa tambahan DHA menajamkan ingatan pada pesakit demensia dan kemurungan dan memperbaiki tingkah laku dan ucapan pada mereka dengan penyakit Alzheimer," tulis Dr. Julian Whitaker dalam The Memory Solution.

Omega-3 asid lemak juga membantu dalam fungsi ingatan rutin individu tanpa Alzheimer. "Satu kajian mendapati bahawa suplemen DHA membantu menurunkan bilangan kesilapan memori rujukan dan kesalahan memori kerja pada tikus jantan tua dan pada tikus muda," tulis Gary Nol dalam Power Aging

Adakah kita memperolehi cukup Omega 3?


Bagi orang yang tidak suka ikan, asid lemak omega-3 juga boleh didapati di dalam bentuk tumbuhan, seperti biji rami dan kenari, tetapi ia tidak begitu kuat kerana Ikan masih sumber terbaik omega-3, dan jika diet anda kurang asid lemak anda mungkin memerlukan suplemen. 


Jadi, jika anda bukan penggemar ikan, sudah tiba masanya untuk bertindak. Tambahan pula dengan pencemaran yang berleluasa di dalam laut, ikan kadang-kadang boleh membawa toksin bersama dan proses memasak ikan juga berkemungkinan untuk menghilangkan khasiat ikan kepada kita. Shaklee dengan penuh dedikasi membuat penyelidikan untuk menghasilkan minyak ikan terunggul yang boleh membantu kita melengkapkan keperluan tubuh terhadap Omega 3. 

Dapatkan minyak ikan terbaik dari Shaklee melalui saya. Hubungi saya pada bila-bila masa :


FB: AzZahra Evergreen
THANK YOU! 




Sunday, November 9, 2014

Suami kesian isteri sakit lutut



"Akak, saya kesian sangat tengok isteri saya, sakit lutut teruk sekarang ni sejak masuk kandungan 6 bulan. Ada tak supplement yang boleh kurangkan sakit lutut isteri saya kak? Tak sanggup saya dengar keluhan dia hari-hari. Kalau ikut hati nak je saya dukung dia kak, dia plak tak nak."

Haa gitu lebih kurang ayat suami prihatin sorang ni. Biasalah, macam-macam yang orang mengandung alami kan? Yang tak pernah sakit lutut pun boleh sakit lutut, yang tak ada kencing manis atau darah tinggi pun boleh dapat, mashaallah besar pengorbanan seorang wanita. Sampai suami pun naik kesian dengar luahan hati si isteri yang sarat. Saya pun alami benda yang sama juga, sakit lutut! Kencing manis dan darah tinggi alhamdulillah tak kena, sebab control makan dan ambil supplement (Omega guard, ostematrix, ESP, vitamin C).

Bila kandungan semakin besar, sakit lutut mula ketara, terutama masa solat, hanya Allah tahu macam mana rasa sakit tu, dan sakit lutut berterusan sampai dah bersalin pun. So, saya suggestkan pada suami prihatin tersebut untuk beri isteri minyak ikan Omega guard, macam saya dulu juga saya ambil Omega Guard  selepas dua bulan bersalin masalah sakit lutut saya dah hilang, alhamdulillah! Yes minyak ikan Omega Guard ni sangat bagus untuk sendi sebab ada Omega 3, DHA dan EPA.

DHA dan EPA ni anti-inflamasi atau pembengkakan, dan melancarkan pergerakan sendi tulang. Disebabkan masa pregnant tak dapat ambil Glucosamine maka, Omega Guard saja suppelement terbaik untuk masalah sendi ketika hamil. Memang sakit tu tak hilang dengan cepat, tapi Alhamdulillah lepas bersalin sikit-sikit simptom sakit lutut ni hilang, nak solat pun dah selesa.

Jadi, anda yang alami perkara yang sama macam saya atau macam isteri anda mengalami perkara ini, jangan ragu-ragu untuk cuba minyak ikan terbaik di dunia ni tau, banyak manfaat bukan saja untuk kita malah untuk bayi sekali, inshaallah.

Hubungi saya untuk sebarang maklumat lanjut:

THANK YOU!

Saturday, November 8, 2014

Sindrom Terowong Karpal Semasa Mengandung


Assalamualaykum & salam sejahtera.

Ini kisah saya sendiri yang alami masa mengandungkan anak sulung. Beberapa jari saya (macam dalam gambar) jadi kebas dan sakit masa hujung kehamilan. So, saya pun buat sikit pencarian tentang masalah saya ni di internet dan terjawab semua persoalan saya. Saya kongsikan sikit hasil carian saya dengan anda semua:

APAKAH ITU SINDROM TEROWONG KARPAL?

Carpal Tunnel Syndrome atau dalam bahasa Malaysia nya, Sindrom Terowong Karpal berlaku bila urat saraf median yang membekalkan deria rasa pada tangan dan jari tersepit di laluan tersebut. Biasanya ia berlaku kepada wanita lingkungan umur 30-60 tahun.

PUNCA TERJADI SINDROM TEROWONG KARPAL?

Sindrom terowong karpal terbentuk bila tisu dan tendon di terowong karpal membengkak dan menyebabkan terowong sekitarnya mengecil. Penyebab utamanya masih belum diketahui.

SIMPTOM

Individu yang mengalami sindrom ini akan merasa kebas, sakit dan semut-semut pada hujung jari, pergelangan dan lengan tangan. Simptom ini akan semakin ketara pada waktu malam, apabila melakukan aktiviti tertentu pada suhu sejuk.

SIAPA YANG BERISIKO?

Pesakit kencing manis
Obesiti
Wanita hamil
Hipotiroid
Sering melakukan kerja berat

RAWATAN

Biasanya sindrom ini boleh hilang sendiri, tapi pada yang berlanjutan (macam saya) ada yang kena buat pembedahan.

Jadi ceritanya begini, Omega guard adalah antara supplement yang saya ambil semasa kehamilan sampai dah bersalin, dan sikit-sikit alhamdulillah sindrom terowong karpal ni dah pulih dan sekarang tak pernah dah jadi. Omega guard ada Omega 3 yang anti-inflamasi,  yang mengurangkan tekanan kepada urat saraf tu. Sangat bersyukur sebab selain sindrom ni, sakit lutut saya pun hilang (bila mengandung, berat kita berlebihan nak tanggung sb tu sakit lutut juga).



So, ibu-ibu yang alami macam saya, jangan berlengah, jangan biar lama-lama, amalkan minyak ikan ni, yang sangatt banyak manfaatnya. Para suami apa salahnya hadiahkan buat para isteri anda, mereka kan dah banyak berkorban untuk keluarga? ;)

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:


THANK YOU!





Friday, November 7, 2014

Minyak Ikan Bantu Masalah Asthma


Assalamualaykum & salam sejahtera 

Masih lagi berkenaan manfaat minyak ikan. Kali ini kita cuba teroka kebaikan minyak ikan untuk pesakit asthma. Bukan sahaja di kalangan orang dewasa, bayi seawal usia beberapa bulan pun sudah ada didiagnos mempunyai asthma. Adakah alternatif selain pengambilan ubat untuk pesakit asthma?

Apakah itu Asthma?

Asthma adalah satu keadaan di mana berlaku penyempitan saluran udara dalam paru-paru, keradangan pada salur udara merupakan dan kehadiran lendir berlebihan yang jelas menambah halangan aliran udara keluar dan masuk dari paru-paru. 

Simptom Asthma

Simptom atau tanda-tanda asthma yang biasa adalah sesak nafas, semput dan batuk.

Penyebab Serangan Asthma

Terdapat banyak faktor serangan Asthma. Ia boleh datang dari faktor dalaman (misalnya pemakanan) manakala yang lain adalah dari faktor luaran. Faktor pencetus luaran termasuklah ejen bawaan udara seperti debunga, pencemaran, hama dan asap. 



Bagaimana Minyak Ikan Membantu?

Seperti diketahui umum minyak ikan (Omega 3) bersifat anti-radang. Bermaksud, ia dapat mengurangkan keradangan yang berlaku di dalam paru-paru pesakit Asthma. Kajian terperinci masih dilakukan oleh ramai saintis dunia untuk membuktikan keberkesanan Omega 3 untuk mengurangkan asthma.

Walau bagaimana pun, dalam satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2000 (Nagakura et. al), kanak-kanak asma telah dirawat dengan gabungan EPA dan DHA (dua lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan berminyak) atau plasebo (minyak zaitun) untuk tempoh 10 bulan menunjukkan penurunan yang signifikan dalam skor gejala asma. Jumlah dos harian omega-3 lemak berada di urutan 30 mg per kg per hari. 

Kajian ini menyediakan sekurang-kurangnya beberapa bukti bahawa suplemen omega-3 mempunyai potensi untuk mengawal asma.


Melalui pelanggan, kami juga memperolehi beberapa feedback positif berkenaan anak mereka yang sudah kurang menghadapi simptom asthma dengan pengambilan Omega Guard Shaklee secara konsisten. 
Testimoni Omega Guard bantu kurangkan serangan Asthma






Tunggu apa lagi? Dapatkan minyak ikan Omega Guard melalui saya berserta konsultasi percuma sementara sedang promosi :


FB: AzZahra Evergreen
THANK YOU!



Wednesday, November 5, 2014

Omega Guard Bantu Turunkan Berat Badan


Assalamualaykum & salam sejahtera

Bagusnya khasiat Omega Guard Shaklee ni, omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee boleh membantu menurunkan berat badan dengan efektif. Sambil kurangkan kolestrol, sihatkan jantung, boleh turunkan berat badan dengan omega 3.

Kita memerlukan sumber omega 3 kerana tubuh kita tidak dapat menghasilakn EPA dan DHA yang terkandung dalam omega 3. Pengambilan supplement Omega Guard setiap hari membantu menyokong keperluan omega 3 harian anda terutamanya untuk menjayakan misi menurunkan berat badan.

Bagaimana Omega 3 Dapat Bantu Menurunkan Berat Badan?

Ia membantu meningkatkan aliran darah dalam badan ke otot semasa bersenam dan membantu meransang enzim yang membawa lemak yang tersimpan dan kemudian menukarkannya menjadi tenaga dan seterusnya menurunkan berat badan anda secara tidak langsung

Kebanyakkan kita tidak mampu mengambil jumlah Omega 3 yang mencukupi berbanding orang eskimo yang sememangnya ikan merupakan makanan ruji mereka. Oleh itu, pengambilan supplement Omega 3 membantu anda mendapatkan jumlah Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh untuk membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh anda.

Kadar obesiti di negara-negara Norway dan jepun yang rakyatnya gemar menikmati ikan adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain kerana diet mereka kaya dengan Omega 3. 

Pengambilan konsisten Omega 3 juga membantu meneutralkan masalah hormon leptin anda yang memberi isyarat lapar dan kenyang kepada otak. Tanpa anda sedari, hormon leptin yang tidak berfungsi dengan baik gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan. (credit: Mommy Lyna)

Masalah hormon leptin yang gagal berfungi dengan baik inilah antara sebab kenapa anda yang sedang berdiet gagal turunkan berat badan.

Memilih Supplement Omega 3 Yang Selamat:

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3. Selain itu, Omega Guard Shaklee sangat selamat untuk anak-anak dan keluarga kerana bebas dari bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan toksik. Tambahan Omega Guard Shaklee tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan yang mengandungi toksik.


Apa tunggu lagi? Dapatkan minyak ikan terbaik ini melalui saya. Hubungi saya bila-bila masa :



THANK YOU!

Tuesday, November 4, 2014

Perbezaan Minyak Ikan Shaklee


Assalamualaykum &  salam sejahtera,

Sebenarnya ada banyak produk minyak ikan di pasaran, di farmasi terutamanya kan? Jadi apa yang membezakan Omega Guard dengan minyak ikan yang lain? Di sini saya senaraikan 7 kelebihan Omega Guard berbanding jenama lain untuk penilaian anda yang nak cuba minyak ikan.

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies

2. Ia tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik

3. Omega 3 dalam Omega Guard mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan

4. Satu-satunya minyak ikan omega 3 yang tulen, lengkap dengan 7 asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan lain-lain.

5. 1 kapsul membekalkan 990mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA





6. Dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutik berteknologi tinggi.

7. Proses penyulingan 3 molekul untuk mengekstrak Omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, kadmium, merkuri, PCB dan arsenik.



Maka tak perlu ragu-ragu untuk dapatkan minyak ikan terbaik ini, melalui saya! Hubungi saya pada bila-bila masa:


FB : AzZahra Evergreen
THANK YOU!



Monday, November 3, 2014

Promosi November 2014




Promosi November 2014 adalah Omega Guard: 

1.  Beli 6 percuma 1
      -  Percuma keahlian
      - Bonus cashback bulan seterusnya

2.  Beli 2 dapat 5% diskaun

Manfaat Omega Guard secara am nya:

1. Melindungi jantung - Membekal asid lemak omega 3 bergred farmaseutikal
2. Minyak ikan terbaik dunia - 7 rangkaian asid lemak, iaitu DHA, EPA, ALA dan lain-lain
3. Mempunyai DHA dan EPA - DHA untuk perkembangan otak dan fungsi otak, EPA untuk menyihatkan jantung dan sendi

Dapatkan segera dengan harga promosi! Contact me for any inquiry:


THANK YOU :)

Thursday, October 2, 2014

Promosi Oktober 2014


    Double promosi masih berlangsung sebenarnya. Kalau bulan lepas Collagen dengan Meal Shakes, bulan ni ESP dengan Meal Shakes pula! Super exciting! Dah dua bulan promo bertemakan ibu gorgeous anak cergas  , syoknya. Berduyun-duyun ibu-ibu borong Kolagen dan Meal Shakes, bulan ni ESP pula ye! ^_^

Ada yang belum kenal ESP? Jom baca di entry saya di sini: http://www.mamavitalicious.com/2014_02_01_archive.html

Apa yang Shaklee tawarkan untuk promosi ini?

>> Beli 6 tin ESP percuma 1.
>> Penjimatan sehingga RM150
>> Keahlian percuma
>> Bonus dalam bentuk wang pada bulan hadapan

Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma dan maklumat lebih lanjut:




Tuesday, September 2, 2014

Kenali Shaklee Collagen Powder


Bismillah...Seperti yang dijanjikan, sempena promosi kolagen bulan ini, saya akan review berkenaan kolagen serba sedikit di sini, inshaallah. So kita mulakan dengan:

APA ITU KOLAGEN?




Kolagen adalah tisu penyambung yang bukan sahaja penting untuk kulit, malah lebih daripada itu, ia penting untuk rambut, kuku, ligamen, otot, tulang sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.

APAKAH KESAN KEKURANGAN KOLAGEN?

# Rambut kering dan bercabang
# Kulit berkedut
# Penglihatan kabur, lingkaran hitam dan sembap
# Sakit gigi dan gusi
# Payudara tidak anjal
# Organ dalaman kurang berfungsi
# Kuku pecah dan kurang bersinar
# Sakit sendi
# Otot kendur dan hilang keanjalan
# Pori besar, jeragat hitam dan bintik-bintik

FAKTOR KEKURANGAN KOLAGEN

Semakin kita berusia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus si samping kulit yang kendur. Berdasarakan rajah di bawah ini, bermula usia 35 tahun, kadar kehilangan kolagen adalah 35%. Walau bagaimana pun, umur bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam badan kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti cahaya mathari, radikal bebas, air, nutrisi dan tabiat merokok. Dan ramai yang mula mengambil tindakan menambah kolagen.


BOLEHKAH MENAMBAH KOLAGEN?

Antara cara mudah dan popular pada masa kini adalah suntikan terus di kulit. Kaedah ini boleh menyebabkan alahan atau jangkitan dan kesannya hanyalah sementara. Cara lain adalah aplikasi pada luaran, kaedah ini tidak berkesan kerana molekul kolagen terlalu besar untuk diserap ke dalam kulit. Cara paling berkesan adalah pengambilan secara oral, kolagen bermolekul kecil akan terus masuk ke dalam sistem badan dan bertindak menambah kolagen. 


BAGAIMANA MEMILIH KOLAGEN TERBAIK?

Tidak dinafikan, kolagen di pasaran sangat banyak. Jadi apakah indikator kolagen terbaik? Perkara paling penting adalah ia bermolekul kecil dan ciri penting ini terdapat dalam Shaklee Collagen Powder. Ia adalah supplemen kolagen yang mempunyai berat yang sangat rendah, iaitu 1000 Dalton. Kolagen Shaklee mengandungi 4000 mg RSS (Sisik Ikan Merah laut dalam), iaitu sejenis kolagen tulen dan berkualiti tinggi.

Selain itu, kolagen Shaklee juga mengandungi tujuh ramuan utama lain iaitu ekstrak Camelia Japonica,ekstrak kekeran, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.



FUNGSI RAMUAN UTAMA

Kolagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.

Ekstrak Biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica terdiri daripada asid eoleik, satu emolien dan  pelembap kulit yang hebat dan isoflavon antioksida semulajadi yang mampun mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juag dikenali sebagai Ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak Camellia Japonica membantu formasi kolagen dengan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, memainkan peranan penting dalam mengidrat tisu badan untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin daro Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit yang tegang, anjal dan elastik

Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menetang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitmain B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak Kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sinesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidak selesaan.

Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Shaklee Collagen Powder adalah tulen dan tanpa pewarna, gula, perasa serta bahan pengawet tiruan.
Kajian klinikal menunjukkan keadaan kulit mereka yang mengambil kolagen shaklee meningkat dalam masa 8 minggu. Dapatkan kolagen terbaik di pasaran hari ini. Hubungi saya untuk kolsultasi percuma:


SMS/Whatsapp: 0139944328


Monday, September 1, 2014

Promosi September 2014


Bismillah. Alhamdulillah memulakan September dengan kejutan dari Shaklee! Hari ini dalam sejarah, Shaklee tawarkan promosi berganda buat semua! Super excaiteddd ^^

Anak cergas, ibu cantik gtew kekdahnya 

Mealshakes buy 3 free 1. Collagen buy 6 free 1. 

Ohoii ape kebondo nak beli smpai 6 ni? Be kreatif, kekdahnya share with family dan kawan-kawan ok? Tanya saya if tak faham ye ^_^

Inshaallah next post saya akan perkenalkan satu per satu mengenai Collagen dan Meal Shakes. Bersedia untuk jatuh cinta k?! :)


Hubungi saya di FB:: AzZahra Evergreen
Telefon dan SMS : 0139944328

Friday, August 15, 2014

Kenali DTX Complex Shaklee


Assalamualaykum & salam sejahtera!

PERBEZAAN SHAKLEE

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX complex Shaklee iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle) menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak Schizandra dan Cendawan Reishi (herba yang tinggi antioksidan), dan juga ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articik (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).


FORMULASI YANG DIPATEN

---> Ekstrak biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin yang kaya antioksidan.
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati sepeti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat alkohol. Membantu mencegah dan merawwat masalah batu karang. Membantu masalah kulit seperti eczema dan psoriasis.

---> Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakakn hati (hepatitis) dan jondis.
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran  hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu Mencegah batu karang.
Membantu merawat endometriosis.
Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi melawan anemia.
Melawan tumor dan kanser.
Merendahkan paras gula dalam darah.

---> Reishi mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun-membantu mencegah kanser
Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
Merawat sindrom keletihan yang kronik
Membantu mencegah penyakit jantung

---> Articok (Artichoke)
Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

---> Kunyit (Turmeric)
Mengandungi curcumin: Bahan antioksidan
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

---> Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
Merangsang sintesis protin
Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi
Memperlahankan pembentukan toksin

SIAPA YANG PERLUKAN DTX COMPLEX?

>>Perokok
>>Penghidap sakit hepatitis
>>Ketagihan alkohol
>>Anemia
>>Penghidap sakit Buah Pinggang

Saya, kamu, dia, mereka dan semua yang pentingkan kesihatan hati! :)

Hubungi saya untuk pertanyaan dan order:

Puan Zahra
0139944328

Thursday, August 14, 2014

Punca dan tanda-tanda sakit buah pinggang

Bagaimana buah pinggang/ginjal berfungsi
Assalamualaykum & salam sejahtera!

         Kebelakangan ini banyak mesej yang bertanyakan supplement untuk pesakit buah pinggang. Buah pinggang atau ginjal adalah organ yang sangat penting bagi manusia. Buah pinggang yang sihat berfungsi untuk membuang air berlebihan, dan bahan buangan daripada darah (toksin), menyeimbangkan bahan kimia dalam badan, menguatkan tulang, menghasilkan sel darah merah dan membantu kanak-kanak membesar secara normal. Apabila ginjal tidak sihat, bahan buangan atau toksin di dalam darah akan berkumpul dan menyebabkan fungsi tubuh menjadi bermasalah. Terdapat banyak jenis sakit buah pinggang. Peringkat akhir sakit buah pinggang di mana ia sudah tidak dapat berfungsi dipanggil sebagau ESRD, pesakit pada peringkat ini perlu menjalani dialisis atau pemindahan ginjal. Kos pemindahan ginjal pula dianggarkan boleh mencecah sehingga RM300, 000.

PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG

  • Sebanyak 40% kegagalan buah pinggang berpunca daripada diabetes. 
  • 25% adalah daripada tekanan darah tinggi, dan punca-punca lain seperti pengerasan arteri, radang buah pinggang (Nefritis) dan reaksi autoimun. 
  • Penyakit buah pinggang seperti polisistik adalah disebabkan oleh masalah bentuk atau saiz ginjal (gangguan anatomi) manakala penyakit buah pinggang yang lain menganggu mekanisme dalam buah pinggang (gangguan metabolik). 
  • Kebanyakan gangguan buah pinggang metabolik jarang berlaki kerana penyakit ini diwarisi daripada ibu bapa (faktor keturunan).
  • Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi punca kepada sakit buah pinggang kerana ia boleh menjadi toksik kepada tisu buah pinggang, dan tersumbat sistem ayang mengalir buah pinggang (boleh berlaku dengan masalah prostat).

SIMPTOM SAKIT BUAH PINGGANG

  • Kerap buang air kecil terutamanya di waktu malam. 
  • ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
  • Mata, tangan dan kaki bengkak air (edema)
  • Keluar darah ketika buang air kecil
  • Selalu rasa haus 
  • loya, mntah-muntah, dan hilang selera makan
  • Bau busuk dalam mulut atau bernafas
  • Sesak nafas
  • Keletihan yang melampau 

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi  dengan peningkatan usia.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kegagalan buah pinggang boleh dicegah dengan mengamalkan:


  • Pemakanan seimbang
  • Minum sekurang-kurangnya 1 liter air sehari
  • Berhenti merokok
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor
  • Bersenam

Perbelanjaan merawat sakit buah pinggang kronik adalah sangat mahal terutama mereka yang perlu menjalani dialisis. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit sebulan. Maka, ambillah langkah pencegahan sebelum terkena penyakit ini dengan suppelement Shaklee iaitu DTX complex, dan jika sudah terkena dan masih peringkat awal, cubalah alternatif  VIVIX, inshaallah. Baca artikel vivix di sini --> http://www.mamavitalicious.com/2014/07/vivix-satu-penemuan-revolusionari-dalam.html. Vivix dalam bentuk cecair yang sangat mudah diproses oleh sistem badan, dan bertindak sehingga ke peringkat sel badan.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:

Puan Zahra
0139944328

Tuesday, August 5, 2014

Kenali GLA complex Shaklee



Assalamualaykum dan salam sejahtera.

Lepas dah tahu apa itu Gamma-linolenik-asid (GLA), masanya untuk kita kenali GLA complex Shaklee pula! :)

Untuk pengetahuan kalian, kebanyakan GLA tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga tiga kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO, shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi 300g GLA, sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu.


Ramai juga yang beranggapan GLA hanya untuk wanita, sebenarnya lelaki, remaja dan kanak-kanak (potong gel, masukkan isinya dalam makanan) pun boleh amalkan GLA, kerana GLA adalah asid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Manfaat utama GLA complex adalah:


  • Merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.


  • Mengawal selia estrogen dan testosteron- GLA membentu prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti sakit, mood swing, retensi air dan sakit payudara.


  • Mengurangkan simptom menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi.


  • Memperbaiki prostatomegali, masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.


  • Menentang kanser kerana antioksidan yang meningkatkan sistem imun badan, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.


  • Memperbaiki inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, kurap, mengurangkan sakit dan bengkak untuk artritis.


  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan paras gula dalam darah, meringankan kekebasan dan kesakitan.


  • Menghalang penambahan berat badan dengan merendahkan kolestrol LDL.


  • Menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengelakkan sakit jantung.


  • Memperbaiki rambut kering dan gugur


  • Memperbaiki masalah Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) bagi kanak-kanak.


Sempena promosi Ogos 2014, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan GLA complex hari ini :)

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut:

PUAN ZAHRA (click untuk PM di FB)
0139944328





Monday, August 4, 2014

Apakah itu GLA?


Tahukah anda apakah itu GLA? 

GLA adalah singkatan kepada nama Gamma-Linolenik-Acid, iaitu sejenis asid lemak Omega-6 yang ditemui di dalam tumbuhan seperti Borage, Evening Primrose dan Blackcurrant. GLA diperlukan oleh tubuh kita, tapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita-perlu diambil daripada makanan. Asid lemak Omega-6 sangat penting untuk fungsi otak, pertumbuhan normal, mengurangkan inflamasi, mengawal metabolisma dan memelihara sistem reproduktif. 

GLA sangat membantu bagi sesetengah masalah seperti:

Diabetis
kajian menunjukkan pengambilan GLA selama 6 bulan ke atas boleh mengurangkan simptom seperti sakit saraf bagi pesakit diabetes. 

Alergi
Wanita dan kanak-kanak yang lebih mudah mendapat alergi didapati mempunyai tahap GLA yang rendah di dalam darah. GLA membantu mengurangkan simptom alergi.

Attention deficit/hyperactivity disorder (ADHD)
Kajian klinikan mnunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD, mempunyai tahap asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang rendah. Asid lemak sangat penting untuk otak yang normal. Pengambilan asid lemak boleh membantu mengurangkan simptom ADHD.

Kanser Payudara
Pengambilan GLA bagi pengidap kanser payudara sangat baik, kerana ia memaksimumkan tindak balas ubat tamoxifen (Ubat yang digunakan untuk estrogen sensitiviti)

Ekzema
Pengambilan GLA juga boleh mengurangkan simptom ekzema, sejenis penyakit kulit.

Darah tinggi
GLA boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sama ada diambil bersama Omega-3 atau pun tidak. 

Menopause
GLA membantu masalah 'Hot flashes' dikalangan wanita yang sudah menopause

Osteoporosis
Kajian menunjukkan individu yang mengambil kurang asid lemak (EPA dan GLA) terdedah kepada risiko osteoporosis, tulang rapuh.

Premenstrual Syndrome (PMS)
Terdapat kajian yang menunjukkan GLA boleh mengurangkan gejala PMS, dengan melancarkan haid, mengurangkan stress dan sakit pada payudara. 

SIAPA yang TIDAK BOLEH/tidak digalakkan mengambil Omega-6/GLA?

1. Pesakit sawan
2. Orang yang akan menjalani pembedahan dan baru menjalani pembedahan (ambil 2 minggu selepas/sebelum)
3. Ibu hamil
4. Orang yang sedang mengambil ubat untuk mencairkan darah: Warfarain (Coumadin), Clopidogrel (Plavix), Aspirin
5. Orang yang sedang menjalani kemoterapi
6. Phenothiazines: Ubat untuk pesakit skizofrenia.

Dapatkan GLA complex sempena promosi bulan ini, beli 6 percuma 1. Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. 


Puan Zahra


0139944328

Friday, August 1, 2014

PROMOSI OGOS 2014


Assalamualykum dan salam sejahtera!

Ok, raya raya juga, bisnes tetap berjalan tau. So tunggu punya tunggu Shaklee SMS, promosi bulan 8 adalah GLA Complex! Beli 6 percuma 1! WOooow! Sempena promosi Ogos 2014, masanya untuk kenal GLA complex dengan lebih dekat, yay!

Apa itu GLA complex? 

Apa kebaikannya? 
Apa perbezaannya dengan jenama lain? 
Mengapa GLA? 
Perlukah GLA? Siapa perlukan GLA?

Stay tune! Saya akan update di blog. Tiap-tiap hari k?
 



Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He