Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

Panduan ringkas atasi masalah anemia ketika hamil


Assalamualaykum..

Rasanya kebanyakan ibu hamil akan menghadapi cabaran yang satu ni. HB low atau anemia.

Biasanya bila kandungan mencecah 5 bulan ke atas sebab janin memerlukan darah dari ibu untuk perkembangan yang pesat ketika itu.

Masalah HB low ni kalau tak diatasi boleh menyebabkan mudarat kepada bayi dan ibu.

Ibu mengalami masalah letih dan lesu berpanjangan, pening dan tidak bermaya. Bagi masalah yang teruk tumbesaran bayi juga mungkin terganggu.

Ketika proses kelahiran pula dikhuatiri berlaku tumpah darah dan ibu bakal kehilangan darah yang sangat banyak nauzubillah.

Biasanya ibu-ibu dibekalkan dengan iberet, ada yang cakap berkesan tapi ada pula malah dapat kesan sampingan lain. Biasalah badan kita berbeza maka reaksi pun berbeza kan?

Selain ubat-ubatan ni macam mana cara yang lebih alami untuk  dapatkan HB yang selamat?


1. Amalkan makanan yang berasaskan ascorbic acid (vit C) dan folate (vitamin B9) yang tinggi. 

Ascorbic acid dan folate boleh didapati dalam kebanyakan sayur sayuran dan buah-buahan. Ascorbic acid (Vitamin C) membantu penyerapan iron yang lebih baik.

Iron merupakan struktur dalam hemoglobin dan komponen penting yang membawa oksigen ke seluruh sel.

Tapi harus diingat, vitamin C sangat mudah termusnah walaupun hanya dengan stress.

Kerana itu Vitamin C shaklee diformulakan khas untuk membuat pelepasan berperingkat 100mg setiap sejam supaya badan sentiasa dapat bekalan vitamin C.


2. Kurangkan/elak makanan bergluten tinggi.

Makanan bergluten tinggi adalah seperti roti, biskut, me pasta, kek dan kebanyakan sos/kicap.

Gluten didapati daripada tepung gandum, ia berpotensi menganggu penyerapan nutrient di dalam usus kerana sifatnya yang 'bergam'.

Bila gluten melekat lama pada dinding usus terutama bagi yang mempunyai masalah 'celiac' akan berlaku masalah penyerapan nutrient yang teruk.

Maka cuba elakkan makanan yang tinggi gluten untuk memaksimumkan penyerapan nutrient.

Cuba gantikan tepung gandum dengan tepung seperti tepung beras, jagung, ubi dan lain-lain untuk masakan.

Nanti saya buat post baru berkenaan makanan FREE gluten yang sebenarnya BANYAK!


3. Pastikan anda rendam dahulu beras/kekacang sebelum masak/makan.

Beras dan kekacang mengandungi asid phytic yang bersifat anti nutrient.

Kajian menunjukkan apabila phytic acid dikurangkan maka lebih banyak mineral dalam makanan itu yang kita boleh dapat.

Antara cara mengurangkan phytic acid dalam beras adalah dengan kaedah merendam.

Beras putih rendam at least setengah jam, beras perang perlu lebih lama 5-6 jam.

Dalam kekacang pun ada phytic acid so kalau nak beli yang di kedai tu agak-agak mereka rendam tak sebelum proses?


Apabila acid phytic masuk dalam usus kita ia akan bind dengan mineral seperti iron. So yang ada anemia/Hb low lagi la perlu rendam beras/kekacang yang nak dimakan.

Vegetarian juga biasanya disarankan amal supplement iron sebab dalam sayuran juga ada phytic acid walaupun rendah. Kemungkinan pengumpulan acid phytic akan berlaku.

Vitamin C juga antara cara terbaik untuk overcome phytic acid dalam badan.


4. Elak makanan berproses.

Makanan berproses dalam tin, dalam kotak dan makanan segera seperti nugget, burger, planta etc perlu dielakkan seboleh-bolehnya sebab makanan berproses ini biasanya tinggi garam, MSG, pengawet, pewarna tiruan yang sangat buruk untuk kesihatan.

Belajar membaca label produk sebelum membeli. Rajin-rajin belek label untuk pilih produk yang baik


5. Kurangkan makanan yang TINGGI kandungan lectins 

Lectins adalah protein yang ditemui banyak dalam tumbuhan.

Walaupun lectins sebenarnya ada manfaat tetapi lectins juga boleh menyebabkan masalah pada usus kecil jika diambil dengan banyak. Menyebabkan masalah penyerapan nutrient dan sistem imun.

Sama seperti acid phytic kita tidak perlu mengelakkan makanan ini kita cuma perlu berhati-hati dan kurangkan. Elakkan yang tinggi kandungan lectins.

Untuk kekacang cara kurangkan sama adalah rendaman manakala untuk buah seperti tomato adalah dibuang bijinya.

6. Elakkan pengambilan gula berlebihan

Gula putih terutamanya merupakan gula yang sudah hilang kandungan nutrisinya, ia tiada manfaat selain memberi rasa manis.

Gula putih malah merupakan 'makanan' kepada sel kanser dan bakteria jahat dalam badan kita.

Merupakan antara punca utama masalah keputihan/candida pada ibu hamil.

Tukar gula putih di rumah dengan pengambilan gula perang asli/organik, gula melaka asli atau gula kabung yang lebih selamat. Elakkan minuman dalam tin dan kotak.


7. Biakkan bakteria baik dalam usus

Pengambilan prebiotik (makanan bakteria baik) seperti tempe, yogurt asli, sayur-sayuran dan acacia gum (al manna) membantu pembiakan bakteria baik dalam usus.

Kita sebenarnya bukan mahu menghapuskan semua bakteria jahat, kita cuma mahu bakteria baik mendominasi supaya yang memberi isyarat kepada otak adalah bakteria baik.

Jika bakteria jahat mendominasi ia akan memberi isyarat pada otak untuk mengambil 'makanan' mereka seperti gula, junkfood etc.

Specialnya vitamin C shaklee turut mengandungi acacia gum di dalamnya.

8. Supplement cadangan untuk masalah HB low/anemia 

Supplement cadangan untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia adalah Vitalea-iron, Vitamin C dan Bcomplex.

Tiga vitamin ini ternyata sangat membantu untuk penyerapan optimum iron dan penghasilan darah merah di dalam badan kerana mengandungi iron, bioflavonoid, riboflavin dan folate serta mineral penting lain untuk ibu dan bayi.

Vitamin B contohnya penting dalam penghasilan darah.

Salah satu elemennya iaitu B2, riboflavin berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah yang bertindak membawa oksigen ke seluruh sel badan.

Manakala B9 (folate) dan B12 juga penting dan berkerjasama dalam penghasilan darah dan membantu iron berkerja dengan lebih baik.

Bcomplex Shaklee mengandungi ke semua elemen vitamin B yang diperlukan badan.

Supplement ni boleh diteruskan pengambilannya selepas bersalin juga kerana badan kita kehilangan banyak darah semasa proses bersalin.




Kesemua vitamin ini diformulasikan untuk memastikan nutrient yang diperlukan  diserap secara optimum oleh badan,

Jika ibu amalkan kesemua perkara ini sebenarnya masalah kesihatan lain turut dapat diatasi, seperti masalah keputihan/candida/CBS ketika hamil, masalah diebetes dan juga darah tinggi inshaallah.

Dapatkan supplement yang berasaskan bahan semulajadi ini melalui kami segera jika anda mempunyai masalah anemia/HB rendah.


Hubungi hotline kami 0139944328 untuk konsulltasi penuh. 
Terima kasih

Disclaimer : Penulis bukan pakar,  penulis hanya berkongsi maklumat daripada sumber bacaan dan tontonan. Dipersilakan untuk selidik terlebih dahulu dan rujuklah pada ahli jika terdapat kemusykilan. 

Thursday, January 28, 2016

Alergi sana sini


Kebelakangan ni makin teruk alaergi tangan saya ni. Teruk yang tahap dia gatal yakmat, bengkak, rasa panas kat tempat gatal. Satu je tempatnya, di permukaan tangan yang terdedah, part yg bukan aurat lah kiranya, hihu. Haura pun ada alergi gatal ni, rasa macam eczema pun ada, sebab gatal tu tak pernah nak elok, cuma boleh control. Haura jadi di pelipat kaki belakang lutut. Sebelah kiri yang teruk, kanan ok lagi. Hubby pula selalu stomach upset, loya, muntah, sakit kepala, rupanya ia juga salah satu simptom histamine intolerence. 



So, semalam scroll FB terjumpa pula penulisan Dr. Hafiz berkenaan Histamine Intolerence (perfect timing!) atau dalam bahasa Melayunya Alergi. Dah alang-alang dapat maklumat kenalah simpan di sini supaya tak hilang dan boleh orang lain rujuk juga kan? 

Ayat asli tidak diubahsuai dari post Dr Hafiz. Histamine Intolerence part 1 . Baca sampai habis ye!
Dewasa ini ramai sungguh yang alergik. Macam-macam. Dulu ayahanda memberitahu saya tak pernah pula lihat kes-kes eczema dan alergi yang makin teruk. Alergi ni biasanya memang genetik tapi "triggernya" yang mengaktifkannya pelbagai antaranya toksin dan logam berat, kerosakan perut dan stress.
Hakikatnya penyakit alergi ini masalah genetik. Setakat ini rawatan yang ada hanya mampu mengawalnya. Dan rawatan yang berpotensi merawatnya kemungkinan merupakan kaedah EPIGENETIK yang masih di tahap bayi. Namun saya percaya kaedah seperti terapi NUTRIGENOMIK dan ORTOMOLEKULAR yang menggunakan makanan sebagai nutrisi sel mampu menyokong gene anda dan menutup suis kepada pelbagai penyakit genetik ini insha Allah.
Antara Penyebab Utama Alergi Dari Pemakanan ialah keluarga AMINES, GLUTAMATE DAN SALICYLATE!
1. SALICYLATE:
Kompaun dalam tumbuhan dan buah-buahan serta herba. Akan saya huraikan di post akan datang.
2. GLUTAMATE:
Anda pasti kenal MSG (monosodium glutamate) bukan? Ia merupakan vasoactive amines (menyebabkan pengecutan salur darah ) mengakibatkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dll.
3. AMINES.
Biogenic amines merupakan hasil penguraian protein ataupun fermentasi makanan. Banyak bacteria dan yis mempunyai enzim histidine decarboxylase (HDC) yang menukarkan histidine kepada histamine ataupun mengaktifkan amines.
Antara ahli keluarga amines yang popular
a. Putrecine dan cadaverine : penyebab bau makanan busuk
b. Tyramine : Banyak dalam kambing, coklat, pisang.
c. HISTAMINE:
- Makanan laut, daging,terutamanya yang disimpan lama( segar tak mengapa).
- Makanan fermentasi: Kimchi, yogurt, kefir, kombutcha, keju, sauerkraut dan arak.
- Makanan proses dan jeruk: udang kering, belacan, sotong kering, ikan sardin tin.
- Tekanan perasaan seperti mabuk darat dan mabuk laut serta tekanan exam meningkatkan hormone stress kortisol yang meningkatkan histamin menyebabkan gastritis dan sakit kepala dan loya.
Izinkan saya tumpukan gosip pada Keluarga AMINES dahulu. Histamin merupakan agen signaling yang penting dalam badan antaranya sebagai neurotransmitter ( agen pembawa maklumat saraf). Namun histamine dalam kadar berlebihan dan tidak dibendung boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius termasuk kesempitan salur pernafasan (bronchoconstriction) dan masalah intoleransi yang lain.
Secara asasnya mengelakkan makanan tinggi histamine akan mengurangkan simtom alergi dan simtom yang saya sebutkan pada awal artikel ini.
Sekarang, cara untuk menundukkannya wink emoticon
Supaya anda dapat makan kambing dan tak bersin-bersin lagi di pagi hari masa mandi atau di pejabat berhawa dingin dan berhabuk.
Tak sakit kepala dan migrain lagi bila datang period.
(hormon wanita estrogen meningkatkan histamine dan histamine meningkatkan estrogen)
Tak takut makan nanti sakit perut. (asid perut tinggi meningkatkan histamin dan histamin tinggi juga meningkatkan asid perut).
Tak mabuk laut atau mabuk darat lagi atau mabuk todi dan arak.
p/s: orang mabuk kalau kurangkan histamine mabuk (hangover) akan hilang cepat.
Kurang gatal-gatal kulit, kurang ruam yang meradang! dan menyebabkan anda stress.
----------------------------------------------------------------------------------------------
DAO Merupakan seteru kuat keluarga Amines!
(Tiada kaitan dengan Dr Azizan Osman atau nama yang serupa dengannya)
DAO merupakan enzim yang banyak terdapat dalam mukosa yang menyelaputi usus kecil dan besar serta buah pinggang. Sebab itu pentingnya perut yang sihat dan tidak bocor (leaky gut), pencegahan SIBO (kuman perut jahat), kecacingan (parasit perut) dan gut dysbiosis ( kuman perut kacau bilau). Ini kerana pada lining perut ini paling tinggi enzim DAO ini. Sup tulang, sup tulang dan sup tulang yang fresh..merupakan bahan penempel usus yang cemerlang dalam hal ini.
Fungsinya ialah MENGURAIKAN HISTAMIN.
[ Kebanyakan pesakit alergi dan histamine intolerance secara genetiknya mempunyai kekurangan enzim DAO]
Berbeza dengan ubat-ubatan yang mempunyai kesan yang singkat (dos 8-24jam), peningkatan enzim DAO bermakna kesan yang lebih berpanjangan. Caranya anda perlu kurangkan makanan tinggi histamin dan banyakkan makanan yang meningkatkan DAO seperti:
- Makanan tinggi Vitamin C.
- Makanan tinggi vitamin B6.
- Makanan tinggi Quercetin.
- Taugeh (pea sprout).
Insha Allah kesannya juga lebih berpanjangan berbanding ubatan antihistamin seperti H1blocker (loratadine) dan H2 blocker (ranitidine) .
Terdapat juga terapi holistik yang meningkatkan enzim DAO ini dengan sangat berkesan dan cepat.
Saya
Tuan-tuan dan Puan-puan, jangan pantang lama-lama….Pantang tak merawat masalah anda…
Makanan yang tinggi dan padat nutrisilah yang akan menyokong gene yang sihat.
Berilah spare part yang berkualiti untuk gene anda membina tubuh yang sihat.
Setelah DAO anda tinggi, dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi sedikit demi sedikit sehingga anda dan keluarga anda boleh makan kambing lagi.
Anda akan terperanjat ujian alergi RAST akan berkurangan dengan mendadak insha Allah.
Poin yang saya ingin tegaskan ialah.
1) Kepentingan memelihara kesihatan perut. Elakkan toksin. Banyakkan probiotik (kuman baik) dan prebiotik (makanan kepada kuman baik seperti almanna, sayuran hijau, kekacang) .Pelihara dan pulihkan perut anda yang rosak dengan pemakanan tertentu seperti sup tulang dan makanan lain yang tinggi zat mineral dan vitamin.
*Probiotik banyak terdapat pada makanan fermentasi. Kuman baik probiotik boleh meningkatkan DAO namun bagi yang mempunyai histamine intolerance sebaiknya jangan mulakan dengan probiotik. Tingkatkan kuman baik sedia ada dengan prebiotik.
2) Pantang sekejap : kurangkan makanan tinggi histamine awalnya dan dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi untuk menyokong gene yang sihat secara beransur. Dah ok DAO, boleh makan kambing dan seafood balik.
3) Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Makan banyak perut stress, asid perut tinggi, histamin tinggi bang.
4) Tingkatkan enzim DAO anda. Sangat berkesan insha Allah.
MESTI elak makan2 ni kalau tengah alergi

HISTAMINE INTOLERANCE PART 2
______________________________________
ANTARA PUNCA :

-KULIT JADI GATAL, BENGKAK DAN RUAM2? ATAU RESDUNG
-MIGRAIN
-VERTIGO
-GASTRITIS, REFLUKS ASID (GERD)
-ANXIETY & PANIC
-INSOMNIA
-IBS (PERUT SENSITIF), PERUT MERADANG(CROHN’S DAN ULCERATIVE COLITIS)

Makanan yang kita makan sedikit sebanyak pasti ada kandungan amines. Histamin merupakan salah satu daripadanya yang menjadi punca kegatalan, ruam dan bengkak sekiranya berlebihan dalam badan tak terkawal.

Histamin yang di makan atau disebabkan ransangan alergen , “stress” menyebabkan “antibody” menyerang badan sendiri kerana diingatkannya ransangan itu sebagai MUSUH.

Histamin merupakan SIGNAL yang mengarah antibody menyerang kawasan yang dirasakan tidak selamat. Bila terdapat berlebihan histamin dalam badan, dan tidak terkawal..contohnya kawasan yang digaru mengalami ransangan SIGNAL BERLEBIHAN. Ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami KERADANGAN.

Sila ingat 5 simtom utama KERADANGAN ini.

- Panas
- Sakit @ gatal dalam kes ekzema.
- Bengkak
- Merah
- Hilang Fungsi.

Dalam kes eczema, hilang fungsi kulit sebagai penebat haba, pelindung kuman dan lain2 fungsi kulit. Dalam kes resdung, dah tak boleh bau dah..dalam kes lelah asma..susah nak bernafas.
BAGAIMANA ANTIHISTAMIN BERFUNGSI.
------------------------------------------------------------------------------
Ubatan Antihistamine
Antihistamin H1blocker gen1 : p*riton tahan 8jam.
Antihistamin H1 blocker gen2 : c*trizine, l*ratadine, cl*rinase.

Mengapa ubatan antihistamine tidak berkesan untuk masalah alergi buat jangka masa panjang.Ubatan antihistamine merupakan PENAHAN SEMATA…sebab itu dipanggil histamine receptor BLOCKER.

Antihistamin akan bersaing untuk berebut tempat kosong (reseptor) dengan histamine. Kalau biasanya histamine yang duduk di reseptornya maka KERADANGAN akan berlaku.

Bila makan antihistamin, molekul antihistamin akan mencuri tempat kosong di resptor, maka berputih matalah histamine. Maka gembiralah tuan rumah kerana tiada lagi keradangan – kegatalan dan bersin2. Rujuk rajah di bawah.

Namun antihistamin cepat pancit tahan 8 jam dan 12 jam sahaja. Selepas itu histamine akan kembali bermaharajalela seperti sediakala. Maka anda perlu sentiasa mengambil antihistamin untuk melegakan simtom anda. Ia BUKAN SOLUSI KEKAL.

ENZIM [ DAO ] SEBAGAI ANTIHISTAMINE SEMULAJADI.
-----------------------------------------------------------------------
Badan anda mempunyai enzim diamine [DAO] untuk menguraikan histamine. Namun secara genetiknya didapati mereka yang histamine intolerance atau alergi mengalami kekurangan enzim ini.
Protokol yang saya guna dalam perawatan masalah histamine intolerance menekankan:
MENINGKATKAN DAO
------------------------------
- RedoXamin.
- Vit C
- Vit B6
- Quercetin
- Pea sprouting (taugeh)

2) MENGEKALKAN PENGHASILAN OPTIMUM DAO
------------------------------------------------------------------------
Pulihkan perut dari masalah perut bocor (LEAKY GUT): DAO banyak dihasilkan di selaput usus. Elakkan Gluten, Casein, asid Phytic, Lectin, pewarna perisa tambahan dan makanan proses.

*Antara Kepantangan Utama :

1) Elakkan Roti, kek, kuih melainkan dari tepung gluten free dan home made. Elakkan makanan berperisa tambahan, pewarna, gula proses, dan makanan2 proses.

2) Pantang dulu awal2 makanan tinggi histamine seperti makanan tak fresh, probiotik dan makanan hasil tapaian. Makanan seperti prebiotik(sayuran, kekacang, al manna, oligofruktosa,inulin ), probiotik ( kefir,kombutcha, yogurt, kimchi,tempe) penting kemudiannya untuk kesihatan perut. Perut sihat menghasilkan paras DAO yang optimum.

3) Pantang makanan casein A1 penyebab ketidakhadaman dan keradangan.
Casein A1 ialah hasil daripada lembu yang termutasi.
- ni spesis lembu Australia dan New Zealand ni. Yang dalam susu kotak biasanya Casein A1.

Pilih susu lembu A2 spesis kampung ni.. dan SUSU KAMBING 100% CASEIN A2! LULUS cemerlang!

4) Elakkan Proton Pump Inhibitor (PPI) seperti Pantoprazole, Omeprazole dan keluarga belakang “Ole” ni : Ubat2an ini mengurangkan asid perut dengan sgt drastik.Bila asid perut yang penting utk mencerna makanan berkurangan, makanan jadi tak hadam. Kuman jahat melepasi perut dan merosakkan usus menyebabkan Leaky gut, SIBO, gut dysbiosis dan sebagainya.

5) Elakkan CIMETIDINE (T*gamet) yang mengurangkan DAO. Ranitidine takpe.

Sebagai ringkasan, peliharalah kesihatan perut anda. Perut yang meradang menyebabkan emosi yang tidak stabil dan menjejaskan fokus dan kesihatan fizikal dan mental anda…tidak kurang juga spiritual anda. Elakkan ubatan yang boleh menjadikan kesihatan anda lebih teruk. Berbincanglah dengan doktor kesan ubatan yang anda ambil dan solusi terbaik yang boleh diambil. Semoga perkongsian ini memberi kesedaran dan manfaat kepada yang memerlukan insha Allah.
---------------------------------------------------
So, daripada artikel Dr Hafiz ni, dapat saya simpulkan, kalau kita ada simptom histamine intolerence, cepat2 stop dahulu makanan  yang high histamine. Makan makanan yang tinggi anti histamine ya seperti :
> Quercetin (google food with high quercetin)
> Makanan sumber vitamin C atau suplement Vit C
> Vitamin B6
> Taugeh
Jaga juga kesihatan bakteria baik dalam perut dengan mengambil prebiotik (gum arabic a.k.a almanna), untuk permulaan jangan ambil probiotik (makanan yang ditapai) lagi. 
Bentuk asal gum arabic dari pokok
RUpa bentuk di pasaran

Tetiba saya teringat, Vitamin C shaklee memang best sebab ada gum arabic (almanna) di dalamnya. B complex pula memang lengkap dengan B6. So lepas ni memang wajib ada dirumah. Ilmu tanpa amal memang sia-sia dan tak menguntungkan, setuju? Bagi yang nak dapatkan supplement Shaklee, contact saya untuk konsultasi dahulu ya :D

FB : Azzahra Asmara SMS/WA only 0139944328

Saturday, July 12, 2014

Tips Mudah Hamil



Assalamualaykum dan salam sejahtera!


Setiap yang mendirikan rumahtangga pasti mahukan cahaya mata kan? Ada yang sudah setahun lebih berkahwin namun masih belum mendapat rezeki anak. Saya ingin kongsikan tips mudah hamil daripada pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat. 

1.  Berkahwin pada usia muda bagi wanita. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Ketika itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan buat ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam. Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan. Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan. Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation. 

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods

10. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Apa yang saya dapat daripada tips ini adalah kedua-dua suami dan isteri mesti mengamalkan gaya hidup sihat, makan yang seimbang, bersenam , berfikiran positif, berdoa dan mengamalkan vitamin yang boleh membantu. Shaklee menawarkan kesemua vitamin yang dinyatakan oleh Dr Hamid. Ramai pasangan yang berjaya hamil dengan izin Allah melalui pengambilan konsisten vitamin-vitamin ini. Ada yang 9 tahun menunggu zuriat dan selepas 2 bulan ambil supplement mereka berjaya hamil, alhamdulillah!.

SUPPLEMENT CADANGAN UNTUK KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI

Dapatkan Vitamin kesuburan suami dan isteri di sini:


Atau hubungi saya untuk mendapat harga terbaik dan konsultasi percuma:


Puan Zahra
0139944328

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He