Monday, February 25, 2013

Bersamamu Aku Bahagia

Bismillah..



Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini, dengan nikmat kesihatan dan keimanan. Apa lagi yang kita mahu? Jika iman didada, apa pun mendatang pasti bahagia, aiceh. Post kali ni mengenai pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang di antara berjuta pengguna satu produk yang termasyur seantero dunia ini. Saya jatuh cinta pertama kali pada makanan tambahan atau supplement ketika menggunakan produk ini sendiri, detik perkenalan saya dengannya adalah melalui seorang pengedar sah lagi comel, kak Ani namanya, ngeh3. Selama 24 tahun saya hidup, sekali pun tak pernah terdetik untuk saya mula mengambil makanan tambahan sehinggalah sesuatu keajaiban telah berlaku dalam diri, jeng3, yes I am pregnant. Satu nyawa sedang berdenyut dalam rahim saya, menyedari diri yang kian hari terasa lemah akibat nutrien yang dikongsi bersama, sebagai hamba Allah yang disuruh berusaha saya mengambil keputusan untuk mencuba makanan tambahan yang saya sedar sangat banyak di pasaran. Maka bermulalah misi pencarian produk terbaik yang patut saya beli, yang berbaloi dengan harganya, diproses dengan bahan semulajadi dan paling penting, HALAL. 

Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati saya kepada sebuah produk yang setelah saya membuat penilaian dan saya dapati ia nya berbaloi, menggunakan bahan semulajadi dan halal. Pencarian berakhir dengan pertemuan saya dengan produk yang bernama SHAKLEE(Walaupun kakak saya memang pengguna shaklee awal lagi, tapi tak pernah pun saya ambil pusing) . Produk pertama yang saya beli adalah Energizing Soy Protein (ESP), minuman soya tulen tanpa kaedah GMO yang dengan izin Allah dapat memberi tenaga selain banyak lagi khasiatnya (Saya akan kongsikan di post yang lain, inshaallah). Setelah merasakan keberkesanannya dalam memberi tenaga(Dengan izin Allah) saya mula mahu mencuba produk yang lain, demi membekalkan nutrien yang cukup untuk bayi dalam kandungan. Saya cuba ostematrix (Untuk membekalkan kalsium, sb saya tak suka minum susu) dan omega3. Alhamdulillah, dengan izinNya, saya menjalani trimester demi trimester dengan jayanya, kaki tak pernah krem, sakit belakang berkurangan dan rasa bertenaga (Jangan tak percaya, saya berjalan kaki dari rumah ke ofis saya yang mengambil masa selama sepuluh minit dan menjadi 20 minit setelah kandungan berusia 8bulan). Selain amalkan diet seimbang, saya ambil supplemen kerana dengan ilmu saya yang sedikit ini, saya tahu, kebanyakan bahan mentah yang dimasak menjadi makanan telah kehilangan nutrien akibat pencemaran dan kerana telah melalui kaedah pengubahsuaian genetik (Genetic Modified Organism).

Pada 18.12.2012, semboyan perjuangan mengeluarkan penghuni rahim saya telah berbunyi dan mashaallah bayi saya mencecah 3.56kg dan saya dengan bantuan Allah melahirkannya secara normal selepas 30 minit berjuang. Rupanya saya tidak berjuang sendiriran kerana saya dapat rasakan yang bayi saya kuat menolak dirinya untuk keluar melalui pintu rahim, AllahuAkbar! Jika diikutkan kudrat saya yang lemah(Sebelum bersalin saya tidak makan kecuali sepotong roti) tidak mungkin saya dapat mengeluarkan bayi ini tapi saya tidak henti berdoa dalam hati: "Ya ALlah, yang dapat mengeluarkan bayi ini dari rahimku bukanlah diriku, tapi Engkau wahai Tuhan yang Maha Perkasa, bantu anakku untuk keluar melihat dunia,ya Allah bantulah aku seperti Engkau membantu Maryam yang meahirkan sendirian, permudahkan perjuangan ini ya Allah." Selama dua jam merasa sakit 'contraction' yang semakin kerap, tepat jam 5.40 pagi (Tepat waktu subuh di Kedah ketika itu), tangisan bidadri kecil yang kami namakan sebagai Maryam al-Haura' menyapa lembut gegendang telinga, terasa sirna segala sakit selama 2 jam itu, subhanallah :')

My baby shaklee on her First day, 18.12.2012 ^^

My baby Shaklee Today, 25.2.2013 ^^


Kemudian saya sedar, perjuangan tidak terhenti di situ, proses berpantang dan menyusu bayi sangat mencabar, kerana itu saya awal-awal lagi sudah membeli set berpantang dan penambah susu yang terdiri daripada ESP, ostematrix, Vit c, B complex dan alfalfa. Ummi dan kakak (sudah pun menjadi ibu susuan anak saya ^^) saya sangat banyak membantu terutama pada hari-hari awal berpantang. Ummi hampir-hampir memberikan bayi saya  susu formula kerana penghasilan susu yang sedikit dan ditambah bayi yang masih belajar beradaptasi dengan alam barunya dan keadaan saya yang masih lemah. Tetapi cepat-cepat saya tegah dan saya yakin, bahwa rezeki si kecil ini sudah Allah tulis dan saya tidak akan berputus asa. Alhamdulillah hari ke 4 berpantang, pengeluaran susu rezeki si kecil sudah berhasil dan selepas seminggu saya berhasil mengepam susu pada satu-satu sesi sebanyak 3 setengah oz kemudian makin bertambah, alhamdulillah cukup dan berlebihan untuk mengisi perut si kecil. Minggu ke tiga berpantang, apabila ada yang menziarah pasti akan cakap saya kelihatan bertenaga dan seperti sudah lepas pantang, malah ada yang cakap dah macam anak dara semula (Sengih >__<). Alhamdulillah, saya tak ambil apa-apa jamu atau herba, hanya makan diet seimbang dan nutrien tambahan daripada supplement shaklee yang dengan izin Allah memberi tenaga dan keperluan yang cukup kepada saya dan si bidadari kecil.

Dengan pengalaman bersama shaklee yang singkat tetapi membuahkan hasil yang meyakinkan (ya, dengan izin Allah), saya dengan itu mengambil keputusan untuk berkongsi kebaikan ini bersama orang lain, yang baik kita jangan simpan sendiri, berkongsi manfaat, semoga kebaikan sentiasa bersama kita dan sekarang saya sudah bergelar pengedar sah shaklee bernombor ID 928161. Jika anda berminat untuk merasai sendiri manfaat makanan kesihatan (sebenarnya produk shaklee lebih daripada hanya makanan tambahan ;) ini atas nama berusaha kerana Allah, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya melalui:

Email: ababilzahra@gmail.com
SMS dan whatsapp: 0139944328
Inbox fb: http://www.facebook.com/fatimahzahrahasmara atau http://www.facebook.com/ababilzahra

Segala puji bagi Allah, segala yang berlaku hanya dengan izinNya. Semoga kita semua diberi kesihatan dan ditetapkan iman untuk sentiasa berada di jalan yang lurus, amin. Jom, dah asar :)

No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He