Saturday, February 23, 2013

Sindrom sayang anak




Assalamualaykum..

Sindrom sayang anak? Sindrom ini biasanya akan menyerang umat manusia yang baharu bergelar ibu dan bapa, hohoho. Well, actually that is not my main point here. The title is actually combination of "Sayang anak timang-timangkan" dan "Shaken Baby Syndrome". So I combine jadi la Sindrom sayang anak., bijak kan? Jimat pun jimat, jimat space dan tenaga (APAKAH???). Ok back top the topic, Shaken Baby Syndrome atau nama glam nya SBS. As a new parents, especially at the very early days, the sounds of our baby's crying will freak us out, REALLY. Terutama baby yang vokal tinggi like my daughter, time dia tarik vokal semua orang memandang, jiran di tingkat bawah sekali pun boleh dengar, kucing terpinga-pinga memandang ke sana sini. Disebabkan itu, cepat-cepat je nak bagi dia tenang sampai kadang-kadang tergoncang bayi yang suci tak bersalah itu, when I recall those days I really regret it and I will cepat-cepat minta maaf kat my baby and kiss her bertubi-tubi tanda menyesal sebab kurang sabar masa tu. Bila jumpa artikel berkenaan SBS ni, rasa bersalah tu makin membuak-buak tak dapat bendung, huhu. Forgive me my Lord, forgive me my child, for being impatient  :(





So what is SBS actually?

Shaken baby syndrome is a severe form of child abuse caused by violently shaking an infant or child. Shaken baby syndrome can occur from as little as 5 seconds of shaking. Shaken baby injuries usually occur in children younger than 2 years old but may be seen in children up to the age of 5. When an infant or toddler is shaken, the brain bounces back and forth against the skull. This can cause bruising of the brain (cerebral contusion), swelling, pressure, and bleeding in the brain. The large veins along the outside of the brain may tear, leading to further bleeding, swelling, and increased pressure. This can easily cause permanent brain damage or death. Shaking an infant or small child may cause other injuries, such as damage to the neck, spine, and eyes.

Artikel daripada seorang doktor:

"SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.."

So what is the PREVENTION of this syndrome?
  
>Do not shake your baby when you are angry or to play. 
>Do not hold your baby when you are angry. 
>If you can not calm your baby, leave your baby for a while in the crib or to others. 
>Ask for help from others.
>Cradle should be our last choice to make our baby sleep (Crying T_T)


Yang prevention last sekali tu agak sukar sekali coz my baby tidur siang dalam buai but not all the time :'( . I will try my best to minimize using the cradle, inshaallah. You all boleh tengok secara 3D tanpa perlu pakai cermin mata 3D, macam mana gejala SBS ni berlaku dalam badan bayi kita di youtube. Ngeri siot, sumpah tak goncang dah my baby even dia menangis on top of her lungs! Taubat!


No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He