Wednesday, November 16, 2016

Bolehkah Anak Istimewa Pulih?


Bismillah.

Semua ibu bapa mahu anak yang dilahirkan sihat bukan? Macam-macam usaha dibuat, dijaga dengan teliti demi zuriat yang dikandung, Tapi alam rahim adalah alam yang terlalu rahsia, kita langsung tak dapat teka apa yang berlaku selama seminit apatah lagi sejam, sehari dan sebulan. 
"....dan Dialah yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim.." (Luqman : 34)
Bagaimana anak yang dikandung pada awalnya sihat mengikut perkiraan kita tiba-tiba pada suatu hari atau mungkin hanya sesaat ada sesuatu yang berlaku, mungkin tali pusatnya tersepit lalu supply darah kepada baby terganggu menyebabkan perkembangan termasuk otaknya terganggu, mungkin ada bahan toksik dari pelbagai sumber yang menyerangnya lalu menyebabkan pengubahsuaian gen berlaku, mungkin ada nutrient yang tak dapat diserap kepada bayi, mungkin bayi diserang virus atau antibodi ibu sendiri, mungkin mungkin dan bermacam lagi kemungkinan yang kita manusia lemah tak dapat nak elak dan yang pasti ia bukan salah si bayi atau sesiapa. 

Kecuali jika si ibu dengan sengaja dan penuh kesedaran melakukan sesuatu yang dia tahu akan memudaratkan bayi. Ada yang tak sempat menjenguk dunia, ketika dah hampir sangat dengan tarikh jangkaan kelahiran, Allah ambil semula. Allahuakbar betapa kita terlalu kerdil mentafsir apa yang bakal berlaku sesaat pun dalam hidup kita.

Jadi, apa kita perlu buat bila Allah beri kita anak yang berlainan daripada kebiasaan atau kita panggil anak istimewa. Saya lebih memilih untuk sebut mereka sebagai anak yang 'cedera' walau apa pun diagnos yang doktor berikan. Kerana cedera bermaksud ia masih punya potensi dan harapan untuk pulih. Cedera bermaksud ia sementara dan tidak kekal. Reaksi kita sebagai manusia biasa semestinya pada awalnya kita bakal bersedih dan sifat manusia memang panjang angan, kita mula membayangkan masa depan anak kita, yang lebih bahaya bila kita membayangkan masa depan yang gelap, nauzubillahi min zhalik. 

Jangan berlamaan di fasa itu, cepat keluar dan bangkit, kita mesti lakukan sesuatu, anak kita perlukan kita, semakin lama kita biarkan semakin  teruk 'kecederaan' mereka. Carilah ilmu kerana kita sering takut akan perkara yang kita tidak tahu. Bukankah Allah mengatakan setiap sakit itu ada penawarnya, Allah juga berfirman, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya dan menerusi lidah Rasulullah saw beliau menyampaikan kata-kata Allah, Bahawa Allah mengikut sangkaan hambaNya. 

Maka, kita pilih mahu bersangka bagaimana pada Allah? 





Kecederaan anak istimewa bukan pada fizikal mereka, yang kita nampak pada zahirnya itu adalah simptom kepada kecederaan mereka di otak. Ya, di otak. Ia suatu yang positif kerana ia bermaksud mereka punya khazanah yang sama yang Allah beri pada setiap manusia iaitu otak dan otak manusia terlalu kompleks dan menakjubkan kajian hari ni mungkin hanya beberapa persen sahaja tentang otak belum menyeluruh dan boleh berubah.
Betapa hebat otak ciptaan Allah Maha Besar, biarpun ia tercedera tidak kira ketika dalam kandungan, semasa proses kelahiran atau selepas kelahiran sekali pun, ia boleh dibangunkan serta dipulihkan dan seterusnya simptom luaran juga akan semakin baik.
Bila doktor mengatakan anak kita 'cedera' jangan menganggap ia cedera yang kekal jangan membuang segala peluang yang mesti kita beri pada anak kita. Jangan sesekali. Sains sudah membuktikan yang kita memang menebar aura pada orang lain. Maka jangan sesekali merasa putus asa dengan anak, jangan cakap mereka tak sempurna dan membanding, jangan memandang mereka dengan pandangan sedih semata, mereka boleh rasa!

Layanlah mereka macam kita layan anak normal, yang seawal usia seminggu kita dah mula bercakap dengan dia, bergurau, ajar main toys, ajar dia itu ini. Lakukan yang sama, lakukan yang sama!
One generation full of deeply loving parents would change the brain of the next generation, and with that, the world - Dr. Charles Raison

Jika anak normal kita ajar baca, ajar adab dan ajar segala macam begitu juga pada anak yang cedera. Jangan anggap mereka tak faham, otak yang membangun terutama pada umur 0-6 tahun akan serap informasi tanpa memilih susah atau mudah. Teruskan memberi rangsangan, mereka perlukan LEBIH, mereka perlukan ransangan yang berulang yang intensif dan konsisten. 

Hairan bila orang non muslim mampu percaya dan buktikan mereka boleh pulihkan anak yang 'cedera', orang muslim percaya pun belum 100% menyebabkan kita sambil lewa berusaha, sedangkan kita ada senjata ampuh iaitu DOA. Orang non muslim biar pemulihan itu ambil masa berpuluh tahun dia tetap tak putus asa, orang kita anak itu sebaik dilahirkan terus dikatakan terlantar seumur hidup. Allah.






Diantara figura terawal yang merintis jalan ke arah pemulihan anak cedera adalah Glenn Doman. Saya bukanlah mengagungkan Glenn Doman (mendiang). Tapi jasanya memang wajar dipandang tinggi. Ketika perang dunia ke dua, di saat dunia pejam mata pada potensi anak cedera untuk pulih, di saat anak cedera dibiar terus cedera dan terlantar terkadang dikurung dalam kandang, beliaulah yang membuktikan bahawa anak-anak ini jika dirawat dengan betul boleh pulih malah lebih cemerlang berbanding yang dikatakan normal. 

Ketakjuban beliau terhadap otak, ciptaan Allah telah membawa beliau kepada perjuangan membuka mata dunia bahawa anak cedera berpotensi untuk pulih. Beliau menubuhkan Institute for Achievement of Human Potential untuk menjalankan program-program pemulihan sampai ke hari ini. 




Ibu bapa seluruh pelusuk dunia datang ke institut beliau berbekalkan pengorbanan masing-masing untuk memulihkan anak mereka.  Dalam buku beliau (What to do about your brain injured child) diceritakan perjalanan beliau dalam program pemulihan anak istimewa, bagaimana anak yang dikatakan buta, pekak, bisu, lumpuh pada akhirnya dapat membaca, mendengar, bercakap dan berlari.

Beliau dan pasukan menjelajah ke pelusuk seluruh dunia termasuk daerah pedalaman seperti Amazon untuk lebih memahami perkembangan anak manusia dan mencari jawapan kepada penyelesaian kepada kecederaan anak-anak ini (mereka tak disponsor pun semua pakai duit sendiri demi anak-anak harapan)

Beliau tak pernah label anak yang 'cedera' dengan apa pun diagnose mereka, bagi beliau semuanya sama, mempunyai otak yang berkualiti cuma 'tercedera' dan boleh dipulihkan.  Method beliau pada mulanya ditentang hebat oleh aliran perubatan kotemporari tapi lepas lihat sendiri hasil program beliau mereka terpaksa akui ianya berkesan.

Syukur sebab di Malaysia, Institut NURY mengadaptasi program pemulihan ini. Pengasas NURY Dato Dr Noor Laily sendiri kenal dan berkerja rapat dengan Glenn Doman untuk program-program pembangunan ini (Baca di blog Nuha lebih lanjut berkenaan program pemulihan ini http://mimpiulinnuha.blogspot.my ) Nuha anak ke-2 saya, adalah anak yang cedera ketika dalam kandungan, selepas sudah melalui 7 bulan yang lancar, entah apa yang berlaku hanya Allah yang tahu yang menyebabkan perkembangan otaknya menjadi perlahan detik itu dan saya dah lama tinggalkan persoalan WHY is this happened sekarang hanya tahu HOW to help her.
Our lovely Ulin Nuha is appreciating the opportunity given to her


Perjalanan ini masih jauh, mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa anak cedera boleh sembuh juga bukan mudah. Masih ramai yang memandang mereka dengan pandangan simpati sedangkan mereka memerlukan pandangan positif, penuh keyakinan dan harapan bukan ratapan. Tak kira apa jenis rawatan yang kita pilih pada akhirnya keyakinan kita pada anak sangat penting, dan lebih besar keyakinan kita bahawa Allah Maha Berkuasa menyembuhkan. 

Teruslah berusaha untuk mereka, minta kekuatan padaNya. Sungguh tiada daya upaya kita melainkan pertolongan dariNya. Cubalah dapatkan buku ini (di bookdepository.com ) untuk kita lebih faham tentang kecederaan anak, baca dan hadam betul-betul setiap satunya. Rasai sendiri bagaimana perubahan persepsi anda pada anak cedera berlaku dengan sendirinya. 

Saya tak kisah andai ada yang rasa saya terlalu berharap pada pemulihan Nuha, kerana harapan dan kerisauan inilah yang bantu saya untuk terus bermotivasi melakukan terapi setiap hari. Seperti mana kata Dr. Veras (teman baik Glenn Doman dan pengasas IAHP di Brazil) dalam bukunya, Children of Dreams, Children of Hope:
A mother recently said to me that her child's pediatrician told her that she should adjust to her child's condition and not to expect him to get better. 
I told her, "Forget that doctor, he does not believe in success. He believes only in failure. He does not believe in your child. Therefore he is not worthy of the privilege of being your child's doctor." 
Another mother said to me that her child's pediatrician told her to join a woman's club and to keep busy so she would not to worry much about her child. 
I said to her, "You tell your doctor to join that club because it is your worry and your determination that provide your child with his only chance to get well."
Allah itu baik, dia memandang usaha kita, Dia memberi apa yang terbaik di sisiNya dan Dia membenci sifat putus asa. Semoga Allah lorongkan semua ibu bapa yang mempunyai anak yang cedera ke arah kesembuhan. Semoga semua ibu bapa mengubah cara pandang anak istimewa bahawa mereka punya satu khazanah yang sama diberi pada setiap manusia, iaitu OTAK.


Sungguh saya tak ada jawapan kepada persoalan ini untuk setiap ibu ayah yang ada anak cedera kerana ia bergantung pada ibu ayah sendiri, adakah mahu jawab BOLEH atau TIDAK. 

**************************************
Note from Isa's parents : Newly diagnosed? Where & How to start:
If you are like us, the moment you think your child has a developmental delay, the world seems to start crashing around you. At this point we say just let it out… cry & cry & cry. Then when your done, get on your PC and start reading. Knowledge is power when your faced with CP/ ASD / Dyspraxia / Dyslexia / ADHD / ADD / PDD NOS / ABCDEFGHIJKLMNOP… (might as well use the full alphabet, because labels are just labels that cannot by themselves limit what is possible with our children)
Learning Therapies, Diet & Biomed:
Each child responds differently to different therapies & treatments. What may work for my child may be less effective for another. Look at nuts for example, for most people they are a fantastic source of nutrients. However for some it can even cause death. Hence a journey of trying out various methods is a necessity. In Isa's journey, we contacted 6 learning centers & met the therapists at 3 of them. 3 centers run ABA while the rest primarily use Occupational & Speech therapy.
A word of advice to parents whose child is 'only' mild-moderate developmental delay & hence you may assume or be told only the bare minimum of intervention is needed…. please do not make that mistake. The fact that your child is 'Mild' means he/she is closer to the goalpost of being fully recovered. If you give it your all now it will help your child immensely.
For those with 'severe' children, don't lose hope! Much can be done to help improve their daily living & self help capabilities. Recovery is definitely not impossible.
Our main aim is to have children that will be able to be independent adults who can care for themselves & even contribute meaningfully to society.
If your gut instinct tells you to keep looking for better methods of treatment for your child, follow it! Don't settle for anything mediocre. Give it your all for several years & your child may be able to recover. What is important is the Effort, Determination & Love for our children no matter the outcome.
**************************************************************

Xoxo

Mama Haura Nuha

No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He