Thursday, November 17, 2016

Kerana kasih seorang ibu



Bismillah..

Ini kisah benar seorang bayi yang dinamakan Forrest. Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Tubuhnya pucat dan biru. Pelbagai usaha dibuat oleh bidan dan doktor untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Mendengar kata-kata doktor, ayahnya seolah give up dan hanya tunggu je anaknya meninggal. Tapi tidak bagi ibunya. Si ibu tak mahu  mengalah. Ibunya tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan baby Forrest.

Akhirnya ayahnya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.

Ibu dia pula terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak-gerak tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangun dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak-kanak dan remaja yang happy.  Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest taknak give up. Antara motivasinya sebab dia mahu terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba dan buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome untuk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.


Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah-olah macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Ada dua perkara saya dapat daripada kisah ini.

Pertama. Kerisauan seorang ibu dan kasih seorang ibu sesungguhnya sangat releven bagi anak yang dikandungnya sendiri. Di sebabkan kerisauan dan sikap tak mudah mengalah dengan situasi, Forrest mendapat peluang untuk hidup. Bayangkan jika ibunya juga mengalah? Begitulah kerisauan seorang ibu sepatutnya mendorong si ibu untuk berusaha lebih lagi dan sentiasa beri peluang pada si anak di saat semua orang sudah mula give up. Sama situasinya dengan anak cedera, kerisauan ibu dan sikap tak mahu mengalah itulah yang akan mendorong untuk ibu terus kuat berusaha demi anak.

Kedua. Kejayaan Dr Forrest Shaklee hari ini bermula dengan satu perjalanan yang sukar, bukan mudah nak hasilkan supplement yang berasaskan alam semulajadi di saat kebanyakan ubat-ubatan dihasilakan secara sintetik. Nak mengekalkan reputasi sehingga ke hari ini juga bukan perkara mudah. Semoga usaha beliau terus memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

Disebabkan reputasi shaklee ini jugalah saya memilih untuk menjadi shaklee distributor semenjak tahun 2013 lagi. Alhamdulillah seronok bila boleh bantu orang dapatkan produk berkualiti dan bermanfaat. Semoga ia juga memberi manfaat buat saya, inshaallah.

Xoxo
Mama Haura Nuha

No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He