Showing posts with label Anti-oksidan. Show all posts
Showing posts with label Anti-oksidan. Show all posts

Friday, April 10, 2015

Mengelakkan Endometriosis daripada berulang?




Dari meja pakar sakit puan, ambil masa 2 minit baca:

"Pesakit2 yang ditimpa endometriosis sering mengalami kelemahan dalam sistem pertahanan badan (low immunity) . Situasi ini munkin sudah bermula sejak umor remaja dan kanak2 apabila pemakanan mereka hanya tertumpu kepada nasi dan lauk sahaja atau terlalu banyak makanan segera tanpa makan buah2an dan sayur2an.

Situasi ini menjadi lebih buruk apabila gadis2 yang sudah mengalami masalah senggugut pergi belajar dipusat2 pengajian tinggi. Disamping masalah tidak seimbang zat dan mutu pemakanan ditambah pula faktor stress dan tekanan mental, fizikal dan emosi. Stress melemahkan lagi immunity seseorang dan ini bolih mencetuskan endometriosis." - Dr Hamid Irshat

So, jangan terkejut kalau kita makan jamu itu ini untuk kesihatan rahim tapi masih terkena endometriosis, sebab kuncinya di sini adalah pemakanan yang baik dan sistem imun yang kuat. Sejauh mana kita pasti dengan pola pemakanan seharian kita? Ayam dan daging yang kita makan adakah membekalkan zat atau memberi kesan yang lain kerana sudah disuntik dengan hormon, antibiotik atau malah vaksin? Setiap hari badan kita diserang radikal bebas. Radikal bebas boleh dilawan dengan anti-oksidan.




Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, ia diperolehi daripada sumber makanan. Antioksiddan dapat diperolehi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Beta carotin.  Kerana itu sangat dicadangkan untuk kita mengamalkan makanan tambahan yang boleh meningkatkan imun dan melengkapkan nutrisi diperlukan badan untuk melawan penyakit. Supplemen bukan diambil selepas kita sakit tapi sebelum kita sakit sebagai langkah pencegahan. Antara supplement tinggi antioksidan dan bersifat anti kanser yang ditawarkan Shaklee adalah Vivix (click untuk baca selanjutnya),  Carotomax (vitamin A), vitamin C, vitamin E dan GLA complex (click untuk baca lanjut).


Selain mengambil antioksidan, pemakanan juga mesti dijaga. Penyakit berpunca daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh kita. Check senarai makanan yang perlu dielak di sini (click untuk baca lanjut)
Shaklee yang berpengalaman 50 tahun membekalkan supplement berasaskan bahan alami (bukan sintetik) kepada pengguna dah ternyata sangat membantu. Jom cegah endometrisis daripada berulang, bagi yang belum terkena mulakan pengamalan antioksidan yang tinggi dan pemakanan yang sihat, inshaallah ini ikhtiar kita. Menjaga kesihatan itu satu AMANAH.

Your Truly SID

Thursday, April 9, 2015

Simptom-simptom Endometriosis

Senggugut : Tanda utama endometriosis




1. SENGGUGUT

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

2. SUKAR HAMIL.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Banyak juga yang mengalami keguguran diperingkat awal kehamilan. Ada pula yang gugur berulang2 kali.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan:

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Sumber pakar sakit puan: www.jabalnur.net

Langkah pencegahan yang boleh diambil adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat (kurangkan pengambilan daging/ayam disuntik), membekal nutrisi penting dan antioksidan yang secukupnya untuk tubuh melawan penyakit. Ini konsep paling asas dalam pencegahan penyakit. Supplement yang boleh diamalkan adalah multivitamin (Vitalea), antioksidan Carotomax (vitamin A), Vitamin C, E dan Omega 6 (GLA complex), inshaallah.



Hubungi saya untuk mendapatkan suplement berserta konsultasi percuma. Terima kasih sudi baca :)



Friday, July 11, 2014

Vivix, satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan tahap sellular



Assalamualaykum dan salam sejahtera.

Semua tahu bahawa fungsi tubuh kita dipengaruhi oleh keupayaan memperbaharui sel dan apabila kita semakin tua, keupayaan ini turut menurun dan menyebabkan penuaan sel. Penuaan sel ini adalah disebabkan oleh kesan radikal bebas. Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat no. 1 supplemen makanan di Amerika. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

Empat Mekanisma Penuaan Pada Tahan Sellular

1. Krosakan DNA:
Setiap hari, setiap sel diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "error" (Kesilapan dari yang asal) yang kemudian akan mengganggu fungsi sel. Ramuan Vivivx melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Pengeluaran Tenaga yang Kian merosot oleh Sel-sel
Mitochondria (Penjana tenaga) dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. apabila kecekapan mitochondria merosot, fungsi sel turun menurun. Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (Pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation End Product) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan umur kita. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari Resveratrol (Kandugan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

VIVIX membantu dalam 4 mekanisme penuaan tahap sellular
Secara kesimpulannya, Vivix melawan penuaan pada  tahap sellular dan lebih dari itu. Di dalam kajian maklmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada taha sellular:
  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria = meningkatkan tahap tenaga di dalam sel 
  • Melambatkan pembentukan protin AGE.


RAMUAN SEMULAJADI 

Tuhan mengurniakan kita dengan sumber semulajadi yang sangat indah dan memberi manfaat yang begitu banyak terhadap kita. Ramuan Vivix adalah daripada sumber semulajadi ini yang dicampurkan bersama untuk impak maksimum kepada kita. Ramuannya terdiri daripada:

1. Muscadine Grape
Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang mana ahli sains percaya ia mengukuhkan profil polyphenol-nya dan berpotensi untuk manfaat kesihatan. ia juga mengandungi asif allagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan menunjukkan ciri-ciri kebolehna menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria. 

2. Purpel carrot
sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins, dan sesquiterpenes. ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah penyebab warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. berry mengandungi banyak anthocyanins terutama sekali blueberry, yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. kajian menunjukkan ia memberi kesan positif kepada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Elderberry (Sambucus Nigra)
Antara manfaat elderberry adalah keberkesanannya mengubati flu, terutamanya influenza B. Beryy mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dengan demikian mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan C juga nutrient seperti amino acids, carotenoid,  tannin dan rutin.  Ia juga bagus untuk jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes. Ia merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL (penyebab sakit jantung), memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

4. Polygonum Cuspidatum
Polygonum Cuspidatum (Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah. Kajian makmal menunjukkan, manfaat yang banyak daripada tumbuhan ini. Antaranya melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.


Dengan semua bahan-bahan yang hebat ini, terhasillah VIVIX - revolusi produk anti-penuaan pada tahap sellular!

Hubungi saya untuk mendapatkan vivix hari ini juga!



Puan Zahra
0139944328
Damansara Damai

Thursday, July 10, 2014

Bagaimana mengelakkan Cyst/Fibroid daripada berulang?

Assalamualykum wbt..

Jika anda pernah melakukan pembedahan kerana ketumbuhan cyst/fibroid, pasti ia menjadi mimpi ngeri bukan?  Ambillah langkah berjaga-jaga agar ketumbuhan ini tidak berlaku lagi. Dalam artikel yang lepas, punca cyst dan fiboid  ada dibincangkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh  radikal bebas dan hormon estrogen di dalam badan kita.




Radikal bebas adalah molekul yang kurang satu elektron menjadikannya tidak stabil dan mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Kehadiran radikal bebas dalam badan kita menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Radikal bebas boleh dilawan dengan anti-oksidan. Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, ia diperolehi daripada sumber makanan. Seperti yang diketahui ramai, antioksidan dapat diperolehi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Beta carotin. Shaklee menawarkan supplement antioksidan yang tinggi seperti Vivix (Mengandungi resveratrol dari kumpulan antioksidan pholyphenols, dan beta carotin yg tinggi), Vitamin C, Vitamin E dengan selenium dan Carotomax (mengandungi sumber beta karotin yg tinggi).




Selain radikal bebas, hormon estrogen juga mempengaruhi sistem biologi kita termasuk sistem rahim kita, jika ia tidak seimbang berlakulah gejala abnormal seperti cyst dan fibroid ini. Shaklee menawarkan supplement yang boleh mebantu mengawal hormon supaya seimbang, iaitu GLA complex.


NOTA TAMBAHAN

Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan:

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan:

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


Semoga dengan pengambilan suplement dan penjagaan makanan ini cyst/fibroid tidak akan lagi berulang, inshaallah. Nak bergantung harap pada lifestyle dan pemakanan kita memang tak menjamin. Suplemen bantu lengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan penyakit, inshaallah.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga terbaik:






0139944328
Damansara Damai

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He