Showing posts with label Endometriosis. Show all posts
Showing posts with label Endometriosis. Show all posts

Friday, April 10, 2015

Mengelakkan Endometriosis daripada berulang?




Dari meja pakar sakit puan, ambil masa 2 minit baca:

"Pesakit2 yang ditimpa endometriosis sering mengalami kelemahan dalam sistem pertahanan badan (low immunity) . Situasi ini munkin sudah bermula sejak umor remaja dan kanak2 apabila pemakanan mereka hanya tertumpu kepada nasi dan lauk sahaja atau terlalu banyak makanan segera tanpa makan buah2an dan sayur2an.

Situasi ini menjadi lebih buruk apabila gadis2 yang sudah mengalami masalah senggugut pergi belajar dipusat2 pengajian tinggi. Disamping masalah tidak seimbang zat dan mutu pemakanan ditambah pula faktor stress dan tekanan mental, fizikal dan emosi. Stress melemahkan lagi immunity seseorang dan ini bolih mencetuskan endometriosis." - Dr Hamid Irshat

So, jangan terkejut kalau kita makan jamu itu ini untuk kesihatan rahim tapi masih terkena endometriosis, sebab kuncinya di sini adalah pemakanan yang baik dan sistem imun yang kuat. Sejauh mana kita pasti dengan pola pemakanan seharian kita? Ayam dan daging yang kita makan adakah membekalkan zat atau memberi kesan yang lain kerana sudah disuntik dengan hormon, antibiotik atau malah vaksin? Setiap hari badan kita diserang radikal bebas. Radikal bebas boleh dilawan dengan anti-oksidan.




Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, ia diperolehi daripada sumber makanan. Antioksiddan dapat diperolehi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Beta carotin.  Kerana itu sangat dicadangkan untuk kita mengamalkan makanan tambahan yang boleh meningkatkan imun dan melengkapkan nutrisi diperlukan badan untuk melawan penyakit. Supplemen bukan diambil selepas kita sakit tapi sebelum kita sakit sebagai langkah pencegahan. Antara supplement tinggi antioksidan dan bersifat anti kanser yang ditawarkan Shaklee adalah Vivix (click untuk baca selanjutnya),  Carotomax (vitamin A), vitamin C, vitamin E dan GLA complex (click untuk baca lanjut).


Selain mengambil antioksidan, pemakanan juga mesti dijaga. Penyakit berpunca daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh kita. Check senarai makanan yang perlu dielak di sini (click untuk baca lanjut)
Shaklee yang berpengalaman 50 tahun membekalkan supplement berasaskan bahan alami (bukan sintetik) kepada pengguna dah ternyata sangat membantu. Jom cegah endometrisis daripada berulang, bagi yang belum terkena mulakan pengamalan antioksidan yang tinggi dan pemakanan yang sihat, inshaallah ini ikhtiar kita. Menjaga kesihatan itu satu AMANAH.

Your Truly SID

Thursday, April 9, 2015

Simptom-simptom Endometriosis

Senggugut : Tanda utama endometriosis




1. SENGGUGUT

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

2. SUKAR HAMIL.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Banyak juga yang mengalami keguguran diperingkat awal kehamilan. Ada pula yang gugur berulang2 kali.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan:

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Sumber pakar sakit puan: www.jabalnur.net

Langkah pencegahan yang boleh diambil adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat (kurangkan pengambilan daging/ayam disuntik), membekal nutrisi penting dan antioksidan yang secukupnya untuk tubuh melawan penyakit. Ini konsep paling asas dalam pencegahan penyakit. Supplement yang boleh diamalkan adalah multivitamin (Vitalea), antioksidan Carotomax (vitamin A), Vitamin C, E dan Omega 6 (GLA complex), inshaallah.



Hubungi saya untuk mendapatkan suplement berserta konsultasi percuma. Terima kasih sudi baca :)



Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He