Thursday, January 28, 2016

Alergi sana sini


Kebelakangan ni makin teruk alaergi tangan saya ni. Teruk yang tahap dia gatal yakmat, bengkak, rasa panas kat tempat gatal. Satu je tempatnya, di permukaan tangan yang terdedah, part yg bukan aurat lah kiranya, hihu. Haura pun ada alergi gatal ni, rasa macam eczema pun ada, sebab gatal tu tak pernah nak elok, cuma boleh control. Haura jadi di pelipat kaki belakang lutut. Sebelah kiri yang teruk, kanan ok lagi. Hubby pula selalu stomach upset, loya, muntah, sakit kepala, rupanya ia juga salah satu simptom histamine intolerence. 



So, semalam scroll FB terjumpa pula penulisan Dr. Hafiz berkenaan Histamine Intolerence (perfect timing!) atau dalam bahasa Melayunya Alergi. Dah alang-alang dapat maklumat kenalah simpan di sini supaya tak hilang dan boleh orang lain rujuk juga kan? 

Ayat asli tidak diubahsuai dari post Dr Hafiz. Histamine Intolerence part 1 . Baca sampai habis ye!
Dewasa ini ramai sungguh yang alergik. Macam-macam. Dulu ayahanda memberitahu saya tak pernah pula lihat kes-kes eczema dan alergi yang makin teruk. Alergi ni biasanya memang genetik tapi "triggernya" yang mengaktifkannya pelbagai antaranya toksin dan logam berat, kerosakan perut dan stress.
Hakikatnya penyakit alergi ini masalah genetik. Setakat ini rawatan yang ada hanya mampu mengawalnya. Dan rawatan yang berpotensi merawatnya kemungkinan merupakan kaedah EPIGENETIK yang masih di tahap bayi. Namun saya percaya kaedah seperti terapi NUTRIGENOMIK dan ORTOMOLEKULAR yang menggunakan makanan sebagai nutrisi sel mampu menyokong gene anda dan menutup suis kepada pelbagai penyakit genetik ini insha Allah.
Antara Penyebab Utama Alergi Dari Pemakanan ialah keluarga AMINES, GLUTAMATE DAN SALICYLATE!
1. SALICYLATE:
Kompaun dalam tumbuhan dan buah-buahan serta herba. Akan saya huraikan di post akan datang.
2. GLUTAMATE:
Anda pasti kenal MSG (monosodium glutamate) bukan? Ia merupakan vasoactive amines (menyebabkan pengecutan salur darah ) mengakibatkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dll.
3. AMINES.
Biogenic amines merupakan hasil penguraian protein ataupun fermentasi makanan. Banyak bacteria dan yis mempunyai enzim histidine decarboxylase (HDC) yang menukarkan histidine kepada histamine ataupun mengaktifkan amines.
Antara ahli keluarga amines yang popular
a. Putrecine dan cadaverine : penyebab bau makanan busuk
b. Tyramine : Banyak dalam kambing, coklat, pisang.
c. HISTAMINE:
- Makanan laut, daging,terutamanya yang disimpan lama( segar tak mengapa).
- Makanan fermentasi: Kimchi, yogurt, kefir, kombutcha, keju, sauerkraut dan arak.
- Makanan proses dan jeruk: udang kering, belacan, sotong kering, ikan sardin tin.
- Tekanan perasaan seperti mabuk darat dan mabuk laut serta tekanan exam meningkatkan hormone stress kortisol yang meningkatkan histamin menyebabkan gastritis dan sakit kepala dan loya.
Izinkan saya tumpukan gosip pada Keluarga AMINES dahulu. Histamin merupakan agen signaling yang penting dalam badan antaranya sebagai neurotransmitter ( agen pembawa maklumat saraf). Namun histamine dalam kadar berlebihan dan tidak dibendung boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius termasuk kesempitan salur pernafasan (bronchoconstriction) dan masalah intoleransi yang lain.
Secara asasnya mengelakkan makanan tinggi histamine akan mengurangkan simtom alergi dan simtom yang saya sebutkan pada awal artikel ini.
Sekarang, cara untuk menundukkannya wink emoticon
Supaya anda dapat makan kambing dan tak bersin-bersin lagi di pagi hari masa mandi atau di pejabat berhawa dingin dan berhabuk.
Tak sakit kepala dan migrain lagi bila datang period.
(hormon wanita estrogen meningkatkan histamine dan histamine meningkatkan estrogen)
Tak takut makan nanti sakit perut. (asid perut tinggi meningkatkan histamin dan histamin tinggi juga meningkatkan asid perut).
Tak mabuk laut atau mabuk darat lagi atau mabuk todi dan arak.
p/s: orang mabuk kalau kurangkan histamine mabuk (hangover) akan hilang cepat.
Kurang gatal-gatal kulit, kurang ruam yang meradang! dan menyebabkan anda stress.
----------------------------------------------------------------------------------------------
DAO Merupakan seteru kuat keluarga Amines!
(Tiada kaitan dengan Dr Azizan Osman atau nama yang serupa dengannya)
DAO merupakan enzim yang banyak terdapat dalam mukosa yang menyelaputi usus kecil dan besar serta buah pinggang. Sebab itu pentingnya perut yang sihat dan tidak bocor (leaky gut), pencegahan SIBO (kuman perut jahat), kecacingan (parasit perut) dan gut dysbiosis ( kuman perut kacau bilau). Ini kerana pada lining perut ini paling tinggi enzim DAO ini. Sup tulang, sup tulang dan sup tulang yang fresh..merupakan bahan penempel usus yang cemerlang dalam hal ini.
Fungsinya ialah MENGURAIKAN HISTAMIN.
[ Kebanyakan pesakit alergi dan histamine intolerance secara genetiknya mempunyai kekurangan enzim DAO]
Berbeza dengan ubat-ubatan yang mempunyai kesan yang singkat (dos 8-24jam), peningkatan enzim DAO bermakna kesan yang lebih berpanjangan. Caranya anda perlu kurangkan makanan tinggi histamin dan banyakkan makanan yang meningkatkan DAO seperti:
- Makanan tinggi Vitamin C.
- Makanan tinggi vitamin B6.
- Makanan tinggi Quercetin.
- Taugeh (pea sprout).
Insha Allah kesannya juga lebih berpanjangan berbanding ubatan antihistamin seperti H1blocker (loratadine) dan H2 blocker (ranitidine) .
Terdapat juga terapi holistik yang meningkatkan enzim DAO ini dengan sangat berkesan dan cepat.
Saya
Tuan-tuan dan Puan-puan, jangan pantang lama-lama….Pantang tak merawat masalah anda…
Makanan yang tinggi dan padat nutrisilah yang akan menyokong gene yang sihat.
Berilah spare part yang berkualiti untuk gene anda membina tubuh yang sihat.
Setelah DAO anda tinggi, dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi sedikit demi sedikit sehingga anda dan keluarga anda boleh makan kambing lagi.
Anda akan terperanjat ujian alergi RAST akan berkurangan dengan mendadak insha Allah.
Poin yang saya ingin tegaskan ialah.
1) Kepentingan memelihara kesihatan perut. Elakkan toksin. Banyakkan probiotik (kuman baik) dan prebiotik (makanan kepada kuman baik seperti almanna, sayuran hijau, kekacang) .Pelihara dan pulihkan perut anda yang rosak dengan pemakanan tertentu seperti sup tulang dan makanan lain yang tinggi zat mineral dan vitamin.
*Probiotik banyak terdapat pada makanan fermentasi. Kuman baik probiotik boleh meningkatkan DAO namun bagi yang mempunyai histamine intolerance sebaiknya jangan mulakan dengan probiotik. Tingkatkan kuman baik sedia ada dengan prebiotik.
2) Pantang sekejap : kurangkan makanan tinggi histamine awalnya dan dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi untuk menyokong gene yang sihat secara beransur. Dah ok DAO, boleh makan kambing dan seafood balik.
3) Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Makan banyak perut stress, asid perut tinggi, histamin tinggi bang.
4) Tingkatkan enzim DAO anda. Sangat berkesan insha Allah.
MESTI elak makan2 ni kalau tengah alergi

HISTAMINE INTOLERANCE PART 2
______________________________________
ANTARA PUNCA :

-KULIT JADI GATAL, BENGKAK DAN RUAM2? ATAU RESDUNG
-MIGRAIN
-VERTIGO
-GASTRITIS, REFLUKS ASID (GERD)
-ANXIETY & PANIC
-INSOMNIA
-IBS (PERUT SENSITIF), PERUT MERADANG(CROHN’S DAN ULCERATIVE COLITIS)

Makanan yang kita makan sedikit sebanyak pasti ada kandungan amines. Histamin merupakan salah satu daripadanya yang menjadi punca kegatalan, ruam dan bengkak sekiranya berlebihan dalam badan tak terkawal.

Histamin yang di makan atau disebabkan ransangan alergen , “stress” menyebabkan “antibody” menyerang badan sendiri kerana diingatkannya ransangan itu sebagai MUSUH.

Histamin merupakan SIGNAL yang mengarah antibody menyerang kawasan yang dirasakan tidak selamat. Bila terdapat berlebihan histamin dalam badan, dan tidak terkawal..contohnya kawasan yang digaru mengalami ransangan SIGNAL BERLEBIHAN. Ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami KERADANGAN.

Sila ingat 5 simtom utama KERADANGAN ini.

- Panas
- Sakit @ gatal dalam kes ekzema.
- Bengkak
- Merah
- Hilang Fungsi.

Dalam kes eczema, hilang fungsi kulit sebagai penebat haba, pelindung kuman dan lain2 fungsi kulit. Dalam kes resdung, dah tak boleh bau dah..dalam kes lelah asma..susah nak bernafas.
BAGAIMANA ANTIHISTAMIN BERFUNGSI.
------------------------------------------------------------------------------
Ubatan Antihistamine
Antihistamin H1blocker gen1 : p*riton tahan 8jam.
Antihistamin H1 blocker gen2 : c*trizine, l*ratadine, cl*rinase.

Mengapa ubatan antihistamine tidak berkesan untuk masalah alergi buat jangka masa panjang.Ubatan antihistamine merupakan PENAHAN SEMATA…sebab itu dipanggil histamine receptor BLOCKER.

Antihistamin akan bersaing untuk berebut tempat kosong (reseptor) dengan histamine. Kalau biasanya histamine yang duduk di reseptornya maka KERADANGAN akan berlaku.

Bila makan antihistamin, molekul antihistamin akan mencuri tempat kosong di resptor, maka berputih matalah histamine. Maka gembiralah tuan rumah kerana tiada lagi keradangan – kegatalan dan bersin2. Rujuk rajah di bawah.

Namun antihistamin cepat pancit tahan 8 jam dan 12 jam sahaja. Selepas itu histamine akan kembali bermaharajalela seperti sediakala. Maka anda perlu sentiasa mengambil antihistamin untuk melegakan simtom anda. Ia BUKAN SOLUSI KEKAL.

ENZIM [ DAO ] SEBAGAI ANTIHISTAMINE SEMULAJADI.
-----------------------------------------------------------------------
Badan anda mempunyai enzim diamine [DAO] untuk menguraikan histamine. Namun secara genetiknya didapati mereka yang histamine intolerance atau alergi mengalami kekurangan enzim ini.
Protokol yang saya guna dalam perawatan masalah histamine intolerance menekankan:
MENINGKATKAN DAO
------------------------------
- RedoXamin.
- Vit C
- Vit B6
- Quercetin
- Pea sprouting (taugeh)

2) MENGEKALKAN PENGHASILAN OPTIMUM DAO
------------------------------------------------------------------------
Pulihkan perut dari masalah perut bocor (LEAKY GUT): DAO banyak dihasilkan di selaput usus. Elakkan Gluten, Casein, asid Phytic, Lectin, pewarna perisa tambahan dan makanan proses.

*Antara Kepantangan Utama :

1) Elakkan Roti, kek, kuih melainkan dari tepung gluten free dan home made. Elakkan makanan berperisa tambahan, pewarna, gula proses, dan makanan2 proses.

2) Pantang dulu awal2 makanan tinggi histamine seperti makanan tak fresh, probiotik dan makanan hasil tapaian. Makanan seperti prebiotik(sayuran, kekacang, al manna, oligofruktosa,inulin ), probiotik ( kefir,kombutcha, yogurt, kimchi,tempe) penting kemudiannya untuk kesihatan perut. Perut sihat menghasilkan paras DAO yang optimum.

3) Pantang makanan casein A1 penyebab ketidakhadaman dan keradangan.
Casein A1 ialah hasil daripada lembu yang termutasi.
- ni spesis lembu Australia dan New Zealand ni. Yang dalam susu kotak biasanya Casein A1.

Pilih susu lembu A2 spesis kampung ni.. dan SUSU KAMBING 100% CASEIN A2! LULUS cemerlang!

4) Elakkan Proton Pump Inhibitor (PPI) seperti Pantoprazole, Omeprazole dan keluarga belakang “Ole” ni : Ubat2an ini mengurangkan asid perut dengan sgt drastik.Bila asid perut yang penting utk mencerna makanan berkurangan, makanan jadi tak hadam. Kuman jahat melepasi perut dan merosakkan usus menyebabkan Leaky gut, SIBO, gut dysbiosis dan sebagainya.

5) Elakkan CIMETIDINE (T*gamet) yang mengurangkan DAO. Ranitidine takpe.

Sebagai ringkasan, peliharalah kesihatan perut anda. Perut yang meradang menyebabkan emosi yang tidak stabil dan menjejaskan fokus dan kesihatan fizikal dan mental anda…tidak kurang juga spiritual anda. Elakkan ubatan yang boleh menjadikan kesihatan anda lebih teruk. Berbincanglah dengan doktor kesan ubatan yang anda ambil dan solusi terbaik yang boleh diambil. Semoga perkongsian ini memberi kesedaran dan manfaat kepada yang memerlukan insha Allah.
---------------------------------------------------
So, daripada artikel Dr Hafiz ni, dapat saya simpulkan, kalau kita ada simptom histamine intolerence, cepat2 stop dahulu makanan  yang high histamine. Makan makanan yang tinggi anti histamine ya seperti :
> Quercetin (google food with high quercetin)
> Makanan sumber vitamin C atau suplement Vit C
> Vitamin B6
> Taugeh
Jaga juga kesihatan bakteria baik dalam perut dengan mengambil prebiotik (gum arabic a.k.a almanna), untuk permulaan jangan ambil probiotik (makanan yang ditapai) lagi. 
Bentuk asal gum arabic dari pokok
RUpa bentuk di pasaran

Tetiba saya teringat, Vitamin C shaklee memang best sebab ada gum arabic (almanna) di dalamnya. B complex pula memang lengkap dengan B6. So lepas ni memang wajib ada dirumah. Ilmu tanpa amal memang sia-sia dan tak menguntungkan, setuju? Bagi yang nak dapatkan supplement Shaklee, contact saya untuk konsultasi dahulu ya :D

FB : Azzahra Asmara SMS/WA only 0139944328

Friday, April 10, 2015

Mengelakkan Endometriosis daripada berulang?




Dari meja pakar sakit puan, ambil masa 2 minit baca:

"Pesakit2 yang ditimpa endometriosis sering mengalami kelemahan dalam sistem pertahanan badan (low immunity) . Situasi ini munkin sudah bermula sejak umor remaja dan kanak2 apabila pemakanan mereka hanya tertumpu kepada nasi dan lauk sahaja atau terlalu banyak makanan segera tanpa makan buah2an dan sayur2an.

Situasi ini menjadi lebih buruk apabila gadis2 yang sudah mengalami masalah senggugut pergi belajar dipusat2 pengajian tinggi. Disamping masalah tidak seimbang zat dan mutu pemakanan ditambah pula faktor stress dan tekanan mental, fizikal dan emosi. Stress melemahkan lagi immunity seseorang dan ini bolih mencetuskan endometriosis." - Dr Hamid Irshat

So, jangan terkejut kalau kita makan jamu itu ini untuk kesihatan rahim tapi masih terkena endometriosis, sebab kuncinya di sini adalah pemakanan yang baik dan sistem imun yang kuat. Sejauh mana kita pasti dengan pola pemakanan seharian kita? Ayam dan daging yang kita makan adakah membekalkan zat atau memberi kesan yang lain kerana sudah disuntik dengan hormon, antibiotik atau malah vaksin? Setiap hari badan kita diserang radikal bebas. Radikal bebas boleh dilawan dengan anti-oksidan.




Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, ia diperolehi daripada sumber makanan. Antioksiddan dapat diperolehi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Beta carotin.  Kerana itu sangat dicadangkan untuk kita mengamalkan makanan tambahan yang boleh meningkatkan imun dan melengkapkan nutrisi diperlukan badan untuk melawan penyakit. Supplemen bukan diambil selepas kita sakit tapi sebelum kita sakit sebagai langkah pencegahan. Antara supplement tinggi antioksidan dan bersifat anti kanser yang ditawarkan Shaklee adalah Vivix (click untuk baca selanjutnya),  Carotomax (vitamin A), vitamin C, vitamin E dan GLA complex (click untuk baca lanjut).


Selain mengambil antioksidan, pemakanan juga mesti dijaga. Penyakit berpunca daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh kita. Check senarai makanan yang perlu dielak di sini (click untuk baca lanjut)
Shaklee yang berpengalaman 50 tahun membekalkan supplement berasaskan bahan alami (bukan sintetik) kepada pengguna dah ternyata sangat membantu. Jom cegah endometrisis daripada berulang, bagi yang belum terkena mulakan pengamalan antioksidan yang tinggi dan pemakanan yang sihat, inshaallah ini ikhtiar kita. Menjaga kesihatan itu satu AMANAH.

Your Truly SID

Thursday, April 9, 2015

Simptom-simptom Endometriosis

Senggugut : Tanda utama endometriosis




1. SENGGUGUT

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

2. SUKAR HAMIL.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Banyak juga yang mengalami keguguran diperingkat awal kehamilan. Ada pula yang gugur berulang2 kali.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan:

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Sumber pakar sakit puan: www.jabalnur.net

Langkah pencegahan yang boleh diambil adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat (kurangkan pengambilan daging/ayam disuntik), membekal nutrisi penting dan antioksidan yang secukupnya untuk tubuh melawan penyakit. Ini konsep paling asas dalam pencegahan penyakit. Supplement yang boleh diamalkan adalah multivitamin (Vitalea), antioksidan Carotomax (vitamin A), Vitamin C, E dan Omega 6 (GLA complex), inshaallah.



Hubungi saya untuk mendapatkan suplement berserta konsultasi percuma. Terima kasih sudi baca :)



Wednesday, April 8, 2015

Penapis Air Murah


Assalamualaykum dan salam sejahtera. Air adalah benda paling asas kita perlukan dalam hidup, dan air yang bersih sangat penting untuk tubuh kita. Disebabkan itu saya rasa sangat penting juga untuk kongsikan satu penapis yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyrakat. Tak mahal dan sangat berkualiti, ciri-ciri yang kita cari kan? 


Air yang ditapis sebelum dan selepas

"Menarik! Murah dan senang nak pasang la.."

Ini respon ramai berkenaan portable water filter yang saya dapat. Saya sendiri pun pakai di rumah, nak pasang water filter yang harga ribu-ribu bayar bulan-bulan tak sanggup rasa, hihi. So, this is my solution untuk dapat air bersih buat minum dan masak. Pasang 5 minit, tadaaaa dah boleh pakai. Tadah bawah air paip, terus ditapis dan boleh minum.

Air paip yang dimasak dengan yang ditapis lain tau, yang dah dimasak zat-zat mineral dah banyak hilang. Manakala yang ditapis masih ada mineral tapi bebas bahan kimia dan logam yang mungkin terkandung.

Jom dapatkan Get Clean Pitcher sementara stock masih ada. 
Tak perlu spend ribu riban pun dah boleh nikmati air tapisan bersih dan sedap. Yang bestnya portable water filter, boleh bawak g picnic, balik kampung ke. Really fall in love dengan penapis ni. Adik ipar pun dah bawa satu g asrama dia, tak payah susah2 tahan air kat mesin, just tadah air paip, siap tapis untuk diminum. Best ke best?



Proses penghasilan penapis air ini juga sangat menjaga alam sekitar iaitu melalui proses yang zero-emission (tidak menghasilkan bahan buangan yang mencemarkan alam).


Minum air paip tanpa was-was dengan jag penapis get clean ni, alhamdulillah. Murah, ringan, selamat, mesra alam. Dapat menuras 303 litter air bagi setiap turasan- 2 kali ganda lebih daripada jenama terkemuka. Secara ringkasnya penapis air ini:

✔ Mudah & ringkas - seperti jug air yang boleh digunakan di rumah atau dibawa ke mana-mana sahaja ✔ Boleh dipasang sendiri, tak perlu upah orang. ✔ Tak perlu maintenance! JIMAT ✔ Semudah alif, ba, ta - Masukkan air paip, tapis dan terus boleh diminum. ✔ Boleh bukak sendiri, alirkan air kepada filter (jika air lambat ditapis) ✔ Air rasa SEDAP! Dah boleh minum air kosong banyak-banyak ✔ Diuji dan diiktiraf oleh WQA - Mendapat NSF Standard 42 & 53.


Set lengkap Penapis Air Get Clean Water

Harga pasaran bagi satu set permulaan Get Clean Water Pitcher (Housing + Jug + 3 filter) adalah RM460. Satu filter bertahan sehinga 3-4 bulan. Tiga filter bersamaan penggunaan untuk setahun. Selepas itu hanya perlu beli satu set filter yang ada 3 filter dengan harga RM161. Murah dan jimat kan? Hanya spend RM161 tahunan untuk dapatkan air yang bersih dan sihat :)

Hubungi saya segera untuk dapatkan penapis air termurah di pasaran! 



smile emoticon

Tuesday, April 7, 2015

Lecithin Shaklee


Asslaamualaykum & salam sejahtera!

Ok, we move on next item yang tengah promotion ni, Lecithin! Orang yang nak kurus mesti kenal lecithin selalunya, yang tak kenal tak apa, meh akak nak kenalkan :)

Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mh kolin dan 48mg inositol. Jom ketahui apa manfaat utama Lecithin?

MANFAAT UTAMA:

  • Menyerap vitamin larut-lemak : Membantu tubuh dala menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati dengan menghalang enapan lemak i hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol : Lecithin bertindak sebagai "pembersih" saludarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelangsingan : Menghalang obesiti, pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seibang.
  • Mencantikkan otot dan kulit : Membentuk membran sel, melembap dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik.
  • Memperbaiki alergi : Menghalang platlet darah dari menghaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dematitis, demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karan : 905 dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantaran untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzhemier dan meringankan stress.
  • Menghalang tekanan darah tinggi : Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan  menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki : Kajian menunjukkan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak.
  • Meringankan smebelit : Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ia melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Ternyatan bukan untuk kurus saja, lecithin banyak manfaat lainkan? Nak dibandingkan dengan harganya terlalu bernilai tau. Dapatkan lecithin hari ini daripada saya :)

Your truly SID

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He