Assalamualaykum dan salam sejahtera!
Kolestrol bukan lagi perkataan asing atau pelik bagi kita, even orang di kampung pun ada kesedaran, biasa dengar perkataan kolestrol ni, tandanya maklumat sampai di mana-mana. Sebab apa famous sangat kolestrol ni? Sebab kebaikannya atau keburukkannya? Yes, kita kenal kolestrol sebab keburukannya, tapi sebenarnya kolestrol sangat penting bagi kita tau dan sebenarnya kolestrol ada dua jenis.
Fakta menunjukkan satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Paras kolestrol yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adaldah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung danhakikatnya, semakin tinggi paras kolestrol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi. Terdapat dua jenis kolestrol dalam darah kita, iaitu:
1. Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya dikenali sebagai "Kolestrol tidak baik" atau "Kolestrol Jahat".
2. Lipoprotein Ketumpatan tinggi (HDL) atau kolestrol baik yang dapat menyingkirkan kolestrol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.
Kita hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah. Walaupun paras kolestrol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya, iaitu dengan:
- Mengamalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air.
- Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap
- Kurangkan berat badan berlebihan
- Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan penambahna 2000mh Fitosterol ke dalam diet harian untuk mengurangkan kolestrol secara semulajadi
Bagaimana Fitosterol bertindak?
Dengan struktur yang sama dengan kolestrol, Fitosterol akan bersaing mengalahkan kolestrol untuk penyerapan dala, usus. Ini bermakna, semakin banyak Fitosterol diambil maka semakin kurang kolestrol yang diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan paras kolestrol LDL anda.
Memperkenalkan PHYTOCOL-ST
Pilihan sihat dengan 2000mg Fitosterol Setaip Hari! Phytocol-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolestrol dan merendahkan paras kolestrol LDL.
Keistimewaan Shaklee:
- Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
- Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
- Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolestrol LDL dalam lebih 80 kajian
- Membekalkan 100% nilai harian fitosterolseperti yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan
- Tiada pengawet, pewarna dan perisa atau pemanis tambahan.
Hadiahkan buat diri sendiri, buat yang tersayang, buat ibu ayah. Jom sediakan payung sebelum hujan, cegah sebelum parah :)
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma:
No comments:
Post a Comment
We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)