Wednesday, July 16, 2014

Nyahtoksin sebelum kurus dan cantik!


Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Ramai yang merungut, stress, mengadu dan tak puas hati. 

"Saya dah makan banyak ubat kurus, supplement, exercise dan macam-macam lagi tapi kenapa tak kurus-kurus ni?"

"Saya dah ambil macam-macam set kecantikan, tapi masih teruk keadaan kulit saya!"

Selain ambil "ubat" atau supplement, bersenam dan makan makanan yang seimbang, satu lagi faktor yang akan menggagalkan misi kurus dan cantik anda adalah TOKSIN! Badan kita memang diciptakan mampu memproses bahan buangan atau "sampah" dalam badan kita termasuk sampah toksin. Tapi apabila kemampuan memproses dan membuang toksin ini menurun, proses menurunkan berat badan akan menjadi sangat mencabar. Toksin disimpan didalam sel lemak bagi mengelakkan ia mengganggu organ-organ penting dalam badan kita. Lemak yang memerangkap toksin inilah yang sangat susah untuk dibuang. 

Apakah toksin dan puncanya? Baca di entry ini: http://www.mamavitalicious.com/2014/01/toksin-dalam-badan.html

Toksin bukan sahaja menggagalkan misi kurus anda, tapi juga melemahkan daya tahan, menganggu hromon dan kesuburan anda. Sangat susah untuk kita mengelakkan toksin pada zaman sekarang, pencemaran sangat berleluasa dan tidak dapat dibendung, akhirnya ia berkumpul di dalam badan kita! Sayangi diri kita, nyah-toksin dengan segera sebelum anda memulakan misi untuk hidup lebih sihat, cantik dan untuk tampil lebih kurus. Terdapat empat "jalan keluar" untuk tubuh kita membuang toksin, iaitu melalui air kecil, air besar, kulit dan paru-paru (pernafasan). 



Air Kecil
Ginjal bertanggungjawab membuang bahan buangan di dalam darah kita. Bantulah ginjal dengan minum air kosong yang bersih dan ditapis secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Melalui warna air kencing, kita dapat mengetahui sama ada kita minum air secukupnya atau pun tidak. Vitamin seperti B complexx juga mempengaruhi warna air kencing. Jika warna air kencing anda kuning gelap dan berbau kuat, ia bermaksud anda kurang minum air.

Air Besar
Membuang air besar sekali atau dua kali sehari adalah cara yang sangat baik dan penting untuk membuang toksin di dalam badan. Bantulah sistem penghadaman kita dengan mengambil makanan yang tinggi fiber dan minumlah air dengan banyak untuk memudahkan penghadaman dan melawaskan. Faktor usia juga mempengaruhi pelawasan. Dalam hal ini supplement mungkin membantu.

Kulit
Kulit kita adalah organ paling luas sekali untuk membuang toksin. Maksimumkan kemampuan liang kulit kita untuk membuang toksin dengan melakukan senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh, sekurang-kurangnya 20 minit, 3 kali seminggu. Sauna juga boleh mungkin membantu. Sesetengah kajian mendapati sauna meningkatkan pembuangan logam berat seperti Merkuri, Kadmium  dan lemak larut bahan kimia PCB, PBB dan HCB. 

Paru-paru 
Paru-paru juga memainkan peranan yang penting untuk membuang toksin melalui pernafasan. Setiap hari kita menghirup udara yang penuh dengan bahan kimia. Salah satu cara untuk nyahtoksin melalui pernafasan adalah dengan teknik "Belly breathe". Tarik nafas dan hembus dengan menggunakan otot perut. Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan dalam 3 kiraan selama 5 minit.  Lihat videohttp://www.mamavitalicious.com/2014/01/toksin-dalam-badan.html

Ambillah makanan yang boleh membantu proses membuang toksin daripada badan kita dan tingkatkan lagi dengan mengambil supplement yang betul. 


Shaklee menawarkan Set Super Detoks untuk membantu proses nyahtoksin yang optimum. Set Super Detoks terdiri daripada: Herblax, Alfalfa Complex, DTX complex dan Garlic complex.

1. DTX Complex (Detok hati)
Kandungan utamanya adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle) yang membantu tubuh manusi menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati. Mengawal paras gula dalam darah dengan menukar tiroksina-hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Membantu masalah hempedu. Rembesan hempedu-cecair rembensan disimpan di pundi hempedu untuk dikeluarkan melalui penghadaman.

2. Alfalfa Complex (Detoks darah)
Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. 
Membantu menyingkirkan toksin, mengawal kolestrol dalam darah,, mengurangkan paras gula, sakit otot dan sendi serta masalah sembelit.

3. Herblax (Detoks usus)
Kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu. 

4. Garlic Complex (Detoks logam berat)
Sebagai antibiotik semulajadi dan mampu meningkatkan sistem ketahanan badan. Agen nyahtoksin yang mampu mengeluarkan raksa dengan pantas dan menurunkan tekanan darah.


Anda tidak perlu mengambil kesemua supplement sekaligus, dapatkan konsultasi yang betul daripada saya sebelum anda memulakan program detoks anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut:


Puan Zahra (Click untuk hubungi saya di FB)
0139944328

No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He