Alhamdulillah, dah masuk hari ke tujuh kita berpuasa. So, macam mana? Berat makin bertambah ke dah berkurang? Haaa sila ukur di penimbang masing-masing, kalau makin bertambah tu, muhasabah lah diri ye? Kita berpuasa untuk nak reset sistem badan kita, nak nyahtoksin dari lemak-lemak kita. Kalau sebaliknya berlaku, please semak CARA kita berpuasa. Makan apa masa sahur? Masa berbuka? Sebab tu penting untuk kita tahu berapa kalori kita dah ambil setiap hari. Well, itu pun kalau kita betul-betul nak sihat, nak kurus cara sihat.
APA ITU KALORI?
Unit untuk mengukur tenaga
ADAKAH KITA MEMERLUKAN KALORI?
Ya, kita memerlukan kalori untuk mendapat tenaga, tetapi bila berlebihan kalori (makan berlebihan) dan kalori tidak dibakar (Tidak bersenam), ia bertukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Haa inilah penyebab kepada pertambahan berat badan.
BAGAIMANA MENGIRA KALORI DALAM MAKANAN?
Biasanya setiap produk mempunyai kiraan kalori pada labels dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam gram nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disediakan.
Karbohidrat didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein didarab dengan 4 kalori setiap gram
Lemak didarab dengan 9 setiap gram
Contoh:
Satu hidangan sos cili mengandungi:
Karbohidrat : 53g (53g X 2 = 106 kalori)
Protein : 1g (1g X 4= 4 kalori)
Gula (Karbohidrat_ : 16 g (16g X 4 = 64 kalori)
Jadi, satu tuangan sos cili bernilai 174 kalori!
BERAPA KALORI DIPERLUKAN OLEH LELAKI DAN WANITA DEWASA DALAM SEHARI?
Lelaki : 2000-2500 kalori
Wanita : 1600-2000 kalori
APA AKAN BERLAKU JIKA KITA MAKAN LEBIH DARIPADA ITU?
Setiap 8000 kalori yg terkumpul (Tidak terbakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
BAGAIMANA NAK BAKAR KALORI?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, bersenam. Kurangkan menonton TV atau bermain komputer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit untuk aktiviti begini dan ia sama dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
BERAPA KALORI DIBAKAR DENGAN AKTIVITI YANG KITA LAKUKAN?
1. Menonton TV = 40 kalori
2. Berjalan pantas = 300 kalori
3. Bermain bole keranjang = 450 kalori
4. Mengemas rumah = 240 kalori
5. Berkebun = 320 kalori
6. Bermain golf = 385 kalori
7. Berbasikal statik = 380 kalori
8. Senaman aerobik = 405 kalori
9. Ping pong = 280 kalori
NILAI KALORI MAKANAN ORANG MALAYSIA?
Dapatkan E-book panduan nilai kalori 200 jenis makanan secara percuma daripada saya dengan menghubungi saya melalui FB, atau SMS/Whatsapp di nombor 0139944328.
NUTRISI CADANGAN UNTUK MEMBANTU MENGAWAL KOLESTROL (Click untuk order):
# Phytocol-st (Click for more details)
Khas untuk anda yang membeli nutrisi SHaklee melalui saya:
013- 99 44 328
Damansara Damai
No comments:
Post a Comment
We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)