Semalam anak-anak buah Shaklee saya ada bertanya mengenai masalah fibroid, maka terjadilah perbincangan di dalam group Whatsapp kami, masing-masing share pengetahuan yang ada, tapi macam ragu-ragu dan tak berapa pasti. So, sebagai 'mak', saya pun ambil alternatif untuk buat sikit assignment melalui internet, cari dan kumpul maklumat mengenai cyst dan fibroid sebab kadang-kadang keliru perbezaan kedua-dua jenis ketumbuhan di rahim ini. So inilah carian yang saya dapat, moga-moga bermanfaat :)
PERBEZAAN CYST DAN FIBROID
Fibroid
Cyst
Fibroid biasanya berlaku di dalam RAHIM, manakal cyst kebiasaan pada OVARI (kiri atau kanan, atau kedua-duanya). Jenis cyst ovari yang terjadi bersama fibroid dikenali sebagai 'endometriotic cyst. selain 'endometriotic cyst,' terdapat pelbagai cyst lain pada ovari (rujuk gambar)
SIMPTOM FIBROID & CYST
Dari artikel Prof. Dr. Hamid Arshat, di antara simptom seseorang mempunyai masalah fibroid atau cyst adalah:
Gangguan haid
seperti pendarahan yang banyak dan berpanjangan, berketul-ketul, atau terlalu sedikit. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Kerap Keguguran atau Bayi Songsang
Ketumbuhan yang terlalu besar akan menekan rahim dan boleh menyebabkan risiko keguguran atau masalah pada kedudukan bayi. Ia juga boleh menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvic. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini boleh menjadi tegang dan tertekan.
Kerap Terkucil / Kencing
Oleh kerana pundi air kencing terletak di sebelah rahim, maka jika ada ketumbuhan dalam rahim, pundi kencing akan tertekan. Akibatnya wanita itu akan menghadapi masalah kerap kencing atau terkucil (tidak dapat menahan kencing apabila batuk atau bersin.
Senggugut Yang Teruk
Perut buncit yang ketara atau seperti mengandung
Jika kita merasakan terdapat tanda-tanda sedemikian, eloklah kita pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
PUNCA TERJADI FIBROID & CYST
Puncanya tidak diketahui secara terperinci, tetapi menurut pakar sakit puan, perkara-perkara di bawah boleh menjadi punca kepada fibroid dan cyst:
Ketidakseimbangan Hormon
Wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan parasprogesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Kandungan estrogen dan progesteron dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak. Menurut Dr Hamid, fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
Pemakanan Yang Tidak Sihat
Diet atau corak pemakanan seseorang turut mempengaruhi badan sesorang. Wanita yang tidak menjaga pemakanan, terutamanya yang sering makan makanan segera, lebih berisiko tingggi untuk mendapat endriometriosis, fibroid atau cyst
Tekanan Hidup
Kehidupan wanita zaman ini sangat mencabar, menyebabkan sering tertekan fizikal dan jiwanya. Jiwa yang tertekan boleh menyebabkan system pertahanan badan (imunisasi) menjadi lemah. Oleh sebab itu bermacam-macam penyakit akan timbul termasuk Endrometriosis, Fibroid & Cyst.
0139944328
Damansara Damai
No comments:
Post a Comment
We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)