Friday, July 18, 2014

Projek Rumah Bebas Toksin


Assalamalaykum dan salam sejahtera!

Ramai yang dah ON mood raya kan? Baju raya, kuih raya, rumah raya, langsir raya? Wah bersedia sungguh! Well, tak salah pun selagi kita masih bersederhana, syawal kan tanda kemenangan kita. Tapi pastikan juga kita menang di pagi raya, jangan kalah dengan nafsu makan yang membuak tu. Kalau saya, selain persediaan fizikal, bersih rumah dan sebagainya,lebih fokus kepada persediaan nak hadapi juadah syawal yang memang dinanti-nanti, setahun sekali je kot? Tak kan nak tengok je makanan tu? Tapiiii dalam masa yang sama nak pastikan kolestrol jahatt tak menguasai tubuh. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan."

So saya dah bersedia dengan penghalang kolestrol saya, yes Phytocol! Jom baca mengenai phytocol di sini: http://www.mamavitalicious.com/2014/07/atasi-masalah-kolestrol-dengan.html

Persediaan dari segi kebersihan rumah, walaupun rumah tak banyak perhiasan apa yang lebih penting adalah bersih dan selamat. Disebabkan saya dalam usaha menyingkir dan mengurangkan toksin jadi mestilah saya nak pencuci yang bebas bahan bertoksin. Seronok sangat bila Shaklee tawarkan rangkaian produk yang bebas toksin dan organik! Shaklee Home Care yang terdiri daripada: 

¤ Basic H Organic Super Cleaning Concentrate
¤ Dish wash concentrate
¤ Fresh Laundry Concentrate
¤ Soft fabric concentrate




Ramai yang ingat kita dapat toksin daripada makanan je, no no. Kita dapat daripada semua benda di sekeliling kita, so kita kurangkan sikit-sikit dan yang termampu, supaya rumah kita jadi tempat yang selamat untuk kita, anak-anak kita dan planet kita, inshaallah. Yang bestnya lagi Shaklee Home Care ni sangat tahan lama dan jimat, penggunaan sehingga lima bulan ke atas! Jom kenali lebih lanjut produk penjagaan rumah daripada Shaklee ini, mengapa saya katakan ianya selamat, berkesan dan jimat?


So, kalian kisah tak kalau rumah kalian bertoksin? Saya kisah! Saya nak ubah, saya nak kurangkan toksin dalam hidup saya, inshaallah dan saya nak bantu kalian yang kisah sama dengan saya untuk dapatkan produk organik ini. Click di bawah untuk order online (Guna debit atau kredit card):


atau hubungi saya untuk konsultasi percuma:

Puan Zahra (Click untuk hubungi di FB)
0139944328

Thursday, July 17, 2014

Atasi Masalah Kolestrol dengan Fitosterol



Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Kolestrol bukan lagi perkataan asing atau pelik bagi kita, even orang di kampung pun ada kesedaran, biasa dengar perkataan kolestrol ni, tandanya maklumat sampai di mana-mana. Sebab apa famous sangat kolestrol ni? Sebab kebaikannya atau keburukkannya? Yes, kita kenal kolestrol sebab keburukannya, tapi sebenarnya kolestrol sangat penting bagi kita tau dan sebenarnya kolestrol ada dua jenis.

Fakta menunjukkan satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Paras kolestrol yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adaldah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung danhakikatnya, semakin tinggi paras kolestrol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi. Terdapat dua jenis kolestrol dalam darah kita, iaitu:

1. Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya dikenali sebagai "Kolestrol tidak baik" atau "Kolestrol Jahat".

2. Lipoprotein Ketumpatan tinggi (HDL) atau kolestrol baik yang dapat menyingkirkan kolestrol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan. 

Kita hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah. Walaupun paras kolestrol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya, iaitu dengan:
  • Mengamalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air.
  • Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap
  • Kurangkan berat badan berlebihan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan penambahna 2000mh Fitosterol ke dalam diet harian untuk mengurangkan kolestrol secara semulajadi
Bagaimana Fitosterol bertindak?

Dengan struktur yang sama dengan kolestrol, Fitosterol akan bersaing mengalahkan kolestrol untuk penyerapan dala, usus. Ini bermakna, semakin banyak Fitosterol diambil maka semakin kurang kolestrol yang diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan paras kolestrol LDL anda.



Memperkenalkan PHYTOCOL-ST

Pilihan sihat dengan 2000mg Fitosterol Setaip Hari! Phytocol-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolestrol dan merendahkan paras kolestrol LDL.



Keistimewaan Shaklee:
  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
  • Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolestrol LDL dalam lebih 80 kajian 
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterolseperti yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan
  • Tiada pengawet, pewarna dan perisa atau pemanis tambahan.
Hadiahkan buat diri sendiri, buat yang tersayang, buat ibu ayah. Jom sediakan payung sebelum hujan, cegah sebelum parah :)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma:


Wednesday, July 16, 2014

Nyahtoksin sebelum kurus dan cantik!


Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Ramai yang merungut, stress, mengadu dan tak puas hati. 

"Saya dah makan banyak ubat kurus, supplement, exercise dan macam-macam lagi tapi kenapa tak kurus-kurus ni?"

"Saya dah ambil macam-macam set kecantikan, tapi masih teruk keadaan kulit saya!"

Selain ambil "ubat" atau supplement, bersenam dan makan makanan yang seimbang, satu lagi faktor yang akan menggagalkan misi kurus dan cantik anda adalah TOKSIN! Badan kita memang diciptakan mampu memproses bahan buangan atau "sampah" dalam badan kita termasuk sampah toksin. Tapi apabila kemampuan memproses dan membuang toksin ini menurun, proses menurunkan berat badan akan menjadi sangat mencabar. Toksin disimpan didalam sel lemak bagi mengelakkan ia mengganggu organ-organ penting dalam badan kita. Lemak yang memerangkap toksin inilah yang sangat susah untuk dibuang. 

Apakah toksin dan puncanya? Baca di entry ini: http://www.mamavitalicious.com/2014/01/toksin-dalam-badan.html

Toksin bukan sahaja menggagalkan misi kurus anda, tapi juga melemahkan daya tahan, menganggu hromon dan kesuburan anda. Sangat susah untuk kita mengelakkan toksin pada zaman sekarang, pencemaran sangat berleluasa dan tidak dapat dibendung, akhirnya ia berkumpul di dalam badan kita! Sayangi diri kita, nyah-toksin dengan segera sebelum anda memulakan misi untuk hidup lebih sihat, cantik dan untuk tampil lebih kurus. Terdapat empat "jalan keluar" untuk tubuh kita membuang toksin, iaitu melalui air kecil, air besar, kulit dan paru-paru (pernafasan). 



Air Kecil
Ginjal bertanggungjawab membuang bahan buangan di dalam darah kita. Bantulah ginjal dengan minum air kosong yang bersih dan ditapis secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Melalui warna air kencing, kita dapat mengetahui sama ada kita minum air secukupnya atau pun tidak. Vitamin seperti B complexx juga mempengaruhi warna air kencing. Jika warna air kencing anda kuning gelap dan berbau kuat, ia bermaksud anda kurang minum air.

Air Besar
Membuang air besar sekali atau dua kali sehari adalah cara yang sangat baik dan penting untuk membuang toksin di dalam badan. Bantulah sistem penghadaman kita dengan mengambil makanan yang tinggi fiber dan minumlah air dengan banyak untuk memudahkan penghadaman dan melawaskan. Faktor usia juga mempengaruhi pelawasan. Dalam hal ini supplement mungkin membantu.

Kulit
Kulit kita adalah organ paling luas sekali untuk membuang toksin. Maksimumkan kemampuan liang kulit kita untuk membuang toksin dengan melakukan senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh, sekurang-kurangnya 20 minit, 3 kali seminggu. Sauna juga boleh mungkin membantu. Sesetengah kajian mendapati sauna meningkatkan pembuangan logam berat seperti Merkuri, Kadmium  dan lemak larut bahan kimia PCB, PBB dan HCB. 

Paru-paru 
Paru-paru juga memainkan peranan yang penting untuk membuang toksin melalui pernafasan. Setiap hari kita menghirup udara yang penuh dengan bahan kimia. Salah satu cara untuk nyahtoksin melalui pernafasan adalah dengan teknik "Belly breathe". Tarik nafas dan hembus dengan menggunakan otot perut. Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan dalam 3 kiraan selama 5 minit.  Lihat videohttp://www.mamavitalicious.com/2014/01/toksin-dalam-badan.html

Ambillah makanan yang boleh membantu proses membuang toksin daripada badan kita dan tingkatkan lagi dengan mengambil supplement yang betul. 


Shaklee menawarkan Set Super Detoks untuk membantu proses nyahtoksin yang optimum. Set Super Detoks terdiri daripada: Herblax, Alfalfa Complex, DTX complex dan Garlic complex.

1. DTX Complex (Detok hati)
Kandungan utamanya adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle) yang membantu tubuh manusi menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati. Mengawal paras gula dalam darah dengan menukar tiroksina-hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Membantu masalah hempedu. Rembesan hempedu-cecair rembensan disimpan di pundi hempedu untuk dikeluarkan melalui penghadaman.

2. Alfalfa Complex (Detoks darah)
Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. 
Membantu menyingkirkan toksin, mengawal kolestrol dalam darah,, mengurangkan paras gula, sakit otot dan sendi serta masalah sembelit.

3. Herblax (Detoks usus)
Kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu. 

4. Garlic Complex (Detoks logam berat)
Sebagai antibiotik semulajadi dan mampu meningkatkan sistem ketahanan badan. Agen nyahtoksin yang mampu mengeluarkan raksa dengan pantas dan menurunkan tekanan darah.


Anda tidak perlu mengambil kesemua supplement sekaligus, dapatkan konsultasi yang betul daripada saya sebelum anda memulakan program detoks anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut:


Puan Zahra (Click untuk hubungi saya di FB)
0139944328

Tuesday, July 15, 2014

Tips bersenam di rumah




Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Bagi sesetengah orang kurus bermaksud sihat, kurus bermaksud cantik, kurus bermaksud menarik. Memang tak dinafikan ramai yang obses nak kurus, terutamanya kaum wanita. Lebih-lebih lagi bila sering disajikan gambar-gambar artis yang berbadan cantik hampir setiap hari. Ramai yang pilih cara mudah, beli ubat kurus, beli online tanpa selidik bahan di dalamnya demi nak kurus bahaya tak fikir lagi. Cuba berhenti sebentar dan tanya pada diri. Nak kurus sebab nak tarik perhatian atau nak SIHAT?

 Kurus tak semestinya sihat. Kurus dengan ubat kurus secara mendadak kemudian bila berhenti, berat naik pun mendadak semula, malah mungkin memudaratkan buah pinggang! Ubah cara fikir kita, stop being too THIN, just keep FIT! How? Selain mengambil nutrisi yang selamat, click sini : http://www.mamavitalicious.com/2014/01/happy-hour.html untuk bantu buang lemak dengan lebih efisien dan pemakanan yang seimbang, kita juga mesti sentiasa aktif dan melakukan senaman. Boleh rujuk entry ini : http://www.mamavitalicious.com/2014/07/tips-turunkan-berat-badan-secara.html dan ini http://www.mamavitalicious.com/2014/07/kalori-dalam-makanan.html untuk tips makanan kalau nak kurus. Bagaimana nak mulakan senaman atau work out di rumah?

1. Set target. Berapa berat yang kita mahu. Kenapa kita nak kurus? Tulis, tulis!

2. Tanam azam nak kurus, set satu masa untuk bersenam setiap hari, hanya di rumah.

3. Buang jauh-jauh segala alasan, TAK CUKUP MASA, PENAT, TAK BOLEH. No no no, kata nak kurus kan? NO PAIN NO GAIN!

4. Catat berat anda sekarang.

5. Jangan mendadak memaksa tubuh anda untuk bersenam dengan lama.Mulakan dengan 10 minit, rehat 5 minit dan sambung lagi 10 minit. Dah seminggu, boleh lamakan sikit masa mengikut kemampuan anda.

6. Ambil suplement pembakar lemak (Lecithin atau Omega Guard) sebelum memulakan aktiviti work out. Antara work out yang boleh dilakukan di rumah:

Antar senaman atau work out yang boleh dilakukan di rumah oleh sesiapa sahaja

Banyak video di Youtube yang boleh dirujuk untuk mulakan work out ni. Saya senaraikan beberapa, sila click pada tulisan:




6. Kalau tak sempat work out, banyakkan aktiviti fizikal, kemas rumah atau stor, naik turun tangga, basuh kereta, membersihkan laman rumah, pendek kata aktiviti yang mengeluarkan peluh.

7. Mesti konsisten work out dan sentiasa bermotivasi. Ingat setiap peluh kita, adakah pembakaran LEMAK kita. Semakin berpeluh, semakin bagus! :)

7. Ambil minuman protein anda selepas bersenam (ESP atau Chinck Shake Mix) untuk membantu mengekalkan otot, menghalang kulit daripada mengelebeh bila dah kurus.

8. Timbang berat anda semula selepas sebulan! :)

SELAMAT SIHAT DAN KURUS!


Hubungi saya untuk informasi dan tips:

0139944328

Monday, July 14, 2014

Shape up Programme



Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Lambakan ubat kurus di pasaran memang tak dapat dinafikan lagi. Daripada yang berharga puluhan angka sampai ke ratusan angka. Ramai juga yang hubungi saya untuk dapatkan ubat kurus daripada Shaklee. Suka saya betulkan di sini, Shaklee bukan ubat, ia hanya makanan tambahan. Ubat biasanya akan ada unsur drugs atau dadah di mana ia hanya menekan simptom dan tidak merawat. 

Makanan tambahan adalah untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh kita, supaya dapat melengkapkan nutrisi yang mungkin hilang daripada makanan. Ia tidak menekan simptom, tapi membantu sistem badan untuk berfungsi secara optimum. Dalam entry yang lepas, tips menurunkan berat badan secara semulajadi, selain pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal, makanan tambahan juga mampu membantu proses penurunan berat badan dengan selamat. Shaklee menawarkan Shape Up Programme untuk pengguna.

Shape up Programme

Program untuk mendapatkan berat badan ideal secara sihat dan selamat. Terdiri daripada:

Chinch Shake Mix
Campuran proprietari Protein dengan leucine yang bebas laktos, rendah glisemik dan soya bukan GMO. Diperkaya dengan leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan. Kaya dengan protein yang memberi rasa kenyang dan puas. Tinggi serat dengan 6 gram untuk setiap hidangan.

Chinch Tea Mix
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang dipetik dan diadun dengan berhati-hati. Meningkatkan tenaga secara semulajadi. Boleh diminum secara sejuk atau panas. Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.Alternatif minuman bergula dan kopi terbaik. Membantu meningkatkan metabolisme badan.

Lecithin
Lecithin adalah pengemulsi atau pelarut lemak. Untuk kesan optimum sangat elok diambil selepas makan dan sebelum bersenam.

Herblax
Membantu proses nyahtoksin di dalam usus. Herblax adalah kombinasi herba yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan pencernaan. Mengandungi alfalfa tidak sesuai untuk individu yang mempunyai masalah SLE.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa pilihan set untuk kuruskan berat badan bergantung kepada bajet anda. Antar set yang sentiasa dapat sambutan adalah:

Set A : Lecithin & Herblax Atau Alfalfa
Set B: Lecithin, Herblax & ESP
Set C: Omega Guard & Herblax atau alfalfa

Banyak testimoni terkumpul yang membuktikan keberkesanan program ini. Bergantung pada individu, setiap individu memerlukan masa yang berbeza untuk mendapat hasil kerana sistem tubuh setiap individu adalah berlainan. Antara testimoni terkumpul yang berjaya menurunkan berat :







Untuk mendapatkan set pengurusan berat badan sila click di bawah, mengikut pilihan anda:


Atau hubungi saya untuk harga terbaik dan konsultasi percuma:


0139944328

Sunday, July 13, 2014

Tips turunkan berat badan secara semulajadi


Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Kegemukan bukan hanya melibatkan persepsi sahaja, jauh daripada itu, ia melibatkan kesihatan, kesuburan dan keaktifan seseorang. Banyak faktor yang mempengaruhi kegemukan dan faktor yang paling utama adalah gaya hidup merangkumi makanan yang kita ambil, nutrisi yang kita perolehi, waktu tidur dan aktiviti harian kita yang melibatkan fizikal. Penyakit-penyakit yang disebabkan kegemukan juga sangat banyak untuk disenaraikan. Antaranya adalah sakit jantung, darah tinggi, PCOS, masalah kesuburan, sendi dan lain-lain. 




Antara tips untuk menurunkan berat badan supaya dapat kurangkan risiko penyakit-penyakit bahaya yang disenaraikan adalah:


1. Mulakan dengan niat yang betul, tulis dan set target. Tuliskan apa yang kita perlu buat dan ubah untuk jadi lebih sihat. Sertai kumpulan-kumpulan sokongan di facebook atau mana-mana laman sosial untuk sentiasa mendapat motivasi.


2. Makan dengan perlahan, ambil masa sehingga 20 minit, kunyah makanan sehingga lumat.


3. Tidur yang cukup atau lebihkan sejam kerana kurang tidur boleh meningkatkan selera makan dan keinginan untuk makan makanan sampingan

4. Lebihkan makan sayur dan buah. Hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam. Kurangkan penggunaan minyak. Sayur dan buah mengandungi fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang nilai kalori. Mulakan makan buah diikuti sup sayur. Buat sendiri stok ayan atau ikan bilis untuk sup. Jangan guna perasa.


5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Masak sendiri di rumah sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. 

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.

11. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

12. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

13. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

14. Bersenam selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau kemas rumah pendek kata, aktiviti yang mengeluarkan peluh.


Selain tips ini, kita juga mempunyai alternatif tambahan untuk membantu proses menurunkan berat badan secara optimum. Shaklee menawarkan shape up programme yang terdiri daripada Lecithin, Herblax, Chinch Shake Mix dan Chinch Energy Tea Mix.




Baca lebih lanjut mengenai Shaklee Shape up Programme di sini: http://www.mamavitalicious.com/2014/01/happy-hour.html

Click untuk dapatkan set ini:


Atau hubungi saya untuk mendapat harga terbaik dan konsultasi percuma:

Puan Zahra
0139944328

Saturday, July 12, 2014

Tips Mudah Hamil



Assalamualaykum dan salam sejahtera!


Setiap yang mendirikan rumahtangga pasti mahukan cahaya mata kan? Ada yang sudah setahun lebih berkahwin namun masih belum mendapat rezeki anak. Saya ingin kongsikan tips mudah hamil daripada pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat. 

1.  Berkahwin pada usia muda bagi wanita. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Ketika itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan buat ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam. Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan. Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan. Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation. 

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods

10. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Apa yang saya dapat daripada tips ini adalah kedua-dua suami dan isteri mesti mengamalkan gaya hidup sihat, makan yang seimbang, bersenam , berfikiran positif, berdoa dan mengamalkan vitamin yang boleh membantu. Shaklee menawarkan kesemua vitamin yang dinyatakan oleh Dr Hamid. Ramai pasangan yang berjaya hamil dengan izin Allah melalui pengambilan konsisten vitamin-vitamin ini. Ada yang 9 tahun menunggu zuriat dan selepas 2 bulan ambil supplement mereka berjaya hamil, alhamdulillah!.

SUPPLEMENT CADANGAN UNTUK KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI

Dapatkan Vitamin kesuburan suami dan isteri di sini:


Atau hubungi saya untuk mendapat harga terbaik dan konsultasi percuma:


Puan Zahra
0139944328

Friday, July 11, 2014

Vivix, satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan tahap sellular



Assalamualaykum dan salam sejahtera.

Semua tahu bahawa fungsi tubuh kita dipengaruhi oleh keupayaan memperbaharui sel dan apabila kita semakin tua, keupayaan ini turut menurun dan menyebabkan penuaan sel. Penuaan sel ini adalah disebabkan oleh kesan radikal bebas. Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat no. 1 supplemen makanan di Amerika. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

Empat Mekanisma Penuaan Pada Tahan Sellular

1. Krosakan DNA:
Setiap hari, setiap sel diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "error" (Kesilapan dari yang asal) yang kemudian akan mengganggu fungsi sel. Ramuan Vivivx melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Pengeluaran Tenaga yang Kian merosot oleh Sel-sel
Mitochondria (Penjana tenaga) dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. apabila kecekapan mitochondria merosot, fungsi sel turun menurun. Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (Pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation End Product) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan umur kita. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari Resveratrol (Kandugan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

VIVIX membantu dalam 4 mekanisme penuaan tahap sellular
Secara kesimpulannya, Vivix melawan penuaan pada  tahap sellular dan lebih dari itu. Di dalam kajian maklmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada taha sellular:
  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria = meningkatkan tahap tenaga di dalam sel 
  • Melambatkan pembentukan protin AGE.


RAMUAN SEMULAJADI 

Tuhan mengurniakan kita dengan sumber semulajadi yang sangat indah dan memberi manfaat yang begitu banyak terhadap kita. Ramuan Vivix adalah daripada sumber semulajadi ini yang dicampurkan bersama untuk impak maksimum kepada kita. Ramuannya terdiri daripada:

1. Muscadine Grape
Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang mana ahli sains percaya ia mengukuhkan profil polyphenol-nya dan berpotensi untuk manfaat kesihatan. ia juga mengandungi asif allagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan menunjukkan ciri-ciri kebolehna menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria. 

2. Purpel carrot
sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins, dan sesquiterpenes. ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah penyebab warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. berry mengandungi banyak anthocyanins terutama sekali blueberry, yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. kajian menunjukkan ia memberi kesan positif kepada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Elderberry (Sambucus Nigra)
Antara manfaat elderberry adalah keberkesanannya mengubati flu, terutamanya influenza B. Beryy mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dengan demikian mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan C juga nutrient seperti amino acids, carotenoid,  tannin dan rutin.  Ia juga bagus untuk jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes. Ia merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL (penyebab sakit jantung), memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

4. Polygonum Cuspidatum
Polygonum Cuspidatum (Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah. Kajian makmal menunjukkan, manfaat yang banyak daripada tumbuhan ini. Antaranya melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.


Dengan semua bahan-bahan yang hebat ini, terhasillah VIVIX - revolusi produk anti-penuaan pada tahap sellular!

Hubungi saya untuk mendapatkan vivix hari ini juga!



Puan Zahra
0139944328
Damansara Damai

Thursday, July 10, 2014

Bagaimana mengelakkan Cyst/Fibroid daripada berulang?

Assalamualykum wbt..

Jika anda pernah melakukan pembedahan kerana ketumbuhan cyst/fibroid, pasti ia menjadi mimpi ngeri bukan?  Ambillah langkah berjaga-jaga agar ketumbuhan ini tidak berlaku lagi. Dalam artikel yang lepas, punca cyst dan fiboid  ada dibincangkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh  radikal bebas dan hormon estrogen di dalam badan kita.




Radikal bebas adalah molekul yang kurang satu elektron menjadikannya tidak stabil dan mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Kehadiran radikal bebas dalam badan kita menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Radikal bebas boleh dilawan dengan anti-oksidan. Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, ia diperolehi daripada sumber makanan. Seperti yang diketahui ramai, antioksidan dapat diperolehi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Beta carotin. Shaklee menawarkan supplement antioksidan yang tinggi seperti Vivix (Mengandungi resveratrol dari kumpulan antioksidan pholyphenols, dan beta carotin yg tinggi), Vitamin C, Vitamin E dengan selenium dan Carotomax (mengandungi sumber beta karotin yg tinggi).




Selain radikal bebas, hormon estrogen juga mempengaruhi sistem biologi kita termasuk sistem rahim kita, jika ia tidak seimbang berlakulah gejala abnormal seperti cyst dan fibroid ini. Shaklee menawarkan supplement yang boleh mebantu mengawal hormon supaya seimbang, iaitu GLA complex.


NOTA TAMBAHAN

Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan:

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan:

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


Semoga dengan pengambilan suplement dan penjagaan makanan ini cyst/fibroid tidak akan lagi berulang, inshaallah. Nak bergantung harap pada lifestyle dan pemakanan kita memang tak menjamin. Suplemen bantu lengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan penyakit, inshaallah.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga terbaik:






0139944328
Damansara Damai

Wednesday, July 9, 2014

Cyst dan fibroid, alternatif selain pembedahan?



Assalamualaykum..

Post yang lepas saya ada kongsikan perbezaan cyst dan fibroid, punca dan simptom-simptomnya. Kalau anda salah seorang yang mempunyai masalah cyst/fibroid, berbincanglah dengan doktor sama ada perlu melakukan pembedahan atau pun tidak. Biasanya jika kecil saiznya, rawatan lain mampu mengecutkan cyst dan firboid itu. Antara alternatif selain pembedahan yang boleh difikirkan adalah dengan pengambilan supplement yang betul. 

Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini seterusnya menghilangkannya tanpa pembedahan. Ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena dan 400 mikrogram selenium setiap hari sehingga cyst fibroid hilang. Shaklee menawarkan suppelement yang boleh menstabilkan hormon dan supplement yang tinggi anti-oksidan ini untuk melawan radikal yang boleh menyebabkan masalah seperti kanser termasuklah kanser rahim. Supplement yang dicadangkan adalah:

Set cadangan A:

1. GLA Complex
2. Vivix






Set cadangan B:

1. GLA
2. Vitamin C
3. Carotomax
4. Vitamin E




Mengapa dicadangkan supplement-supplement ini?

GLA complex bertindak membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit pada payudara.Ia juga anti oksidan yang meningkatkan imun badan seseorang untuk melawan radikal bebas.
Extra bonus: Mencantikkan kulit, menghalang tekanan darah tinggi dan menghalang komlikasi diabetes.

Vivix Shaklee bertindak pada tahap sel selular dimana Vivix Shaklee memperbaiki sel pada tahap DNA.Memperbaiki sel yang rosak dan mengembalikan funsi dan keadaanya kepada yang asal.Kanser bermula dari sel yang telah bermutasi ,menjadi abnormal dan merebak sebagai kanser.

{TAHUKAN ANDA?}

Vivix Shaklee kaya dengan unsur RESVERATROL yang berupaya untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser secara signifikan.Kalau dahulu RESVERATROL hanya ditemui di dalam wain merah yang tinggi anti oksida tetapi kini RESVERATROL terdapat dalam Vivix Shaklee. RESVERATROL yang terdapat dalam Vivix Shaklee adalah100x lebih tinggi kandungannya berbanding wain merah.

Vitamin A (Carotomax), C dan E merupakan vitamin yang sangat tinggi anti-oksidan jika diambil bersama, untuk melawan kanser, meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan menghapus radikal bebas. Extra Bonus: Mencantikkan kulit. Wah double benefits! :)


TESTIMONI 






Dapatkan supplement cadangan untuk masalah cyst dan fibroid di sini:




ATAU 

Hubungi saya untuk dapatkan harga terbaik dan konsultasi percuma:




0139944328
COD Damansara Damai/Kepong/Sg. Buloh

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He