Monday, November 16, 2009

Sama tapi tak serupa



Pada awal saya menonton drama ini, sangka saya, apa yang cuba diketengahkan adalah perwatakan orang yang berilmu agama adalah kasar,malas dan hipokrit. Saya geram dengan sikap Nurjani yang celik agama namun amat berkasar dengan isteri dan sesiapa sahaja orang-orang disekelilingnya, watak Nusri yang sambil lewa dalam pekerjaannya dan watak adik kepada Nusri yang berlagak alim kononnya ke masjid walhal menghisap ganja. Manakala keluarga fasha sandha pula kaya raya, selalu membuat kebajikan,keluarga yang penuh kasih sayang tetapi jahil dan jauh dari jalan Allah. Mereka minum arak dan bersosial melampau batasan.
Klimaks kepada cerita ini adalah apabila Fasha berdoa dengan penuh pasrah ketika ia cuba dirogol oleh adik Nusri. Dengan takdirNya, kilat menyambar dahan pokok yang menyebabkan terbunuhnya adik Nusri. Peristiwa ini berjaya menyentuh hati Fasha untuk berubah dan mengubah cara hidupnya dan keluarganya. Begitu juga dengan Nurjani,bapa kepada Nusri ia mula sedar dan ingin megubah akhlaknya. Drama ini memberi mesej yang saya kira jelas iaitu, semua manusia sama kerana tidak lepas daripada melakukan kesilapan tidak kira berilmu atau jahil cuma bagaimana cara dosa mereka dilakukan mungkin tidak serupa. Satu golongan mungkin berilmu namun dosanya banyak dari sudut tidak berakhlak manakala satu golongan pula jahil, dosanya banyak dari sudut amalan.
Semuanya menyimpulkan satu persoalan “ Bagaimanakah seorang mukmin yang ideal?”
Bagi saya mukmin ideal adalah apabila seorang muslim itu melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan Allah, mereka berakhlak mulia serta bersungguh-sungguh dalam apa sahaja perkara yang dilakukan. Memiliki keselesaan duniawi tanpa melupakan gagasan akhiratnya. Alangkah indahnya jika kita memiliki semua ciri-ciri ini. Untuk mencapai ciri pertama sahaja sudah sukar iaitu melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah. Suruhan Allah yang termaktub dalam al-quran seperti solat,puasa,menutup aurat,amar makruf nahi munkar dan lain-lain lagi apakah telah kita penuhi dengan sedaya upaya kita? Ataukah kita hanya melakukan dengan sambil lewa dan tidak sepenuh hati? Tiada penghayatan dan hanya sekadar memenuhi tuntutan?
Saya teringat, seorang tokoh pernah menyebut ketika bertemu dengan pelajar-pelajar luar Negara, “Ada segolongan pelajar yang sibuk berdemonstrasi dan berdakwah sehingga bilik kuliah dan perpustakaan menjadi kosong. Mereka hebat dalam bersuara dan berhujah namun memiliki gred yang rendah dalam akademik”. Apakah kita hanya mempunyai pilihan untuk mengakui kenyataan itu? Tidak! Kita mesti buktikan, pelajar yang peka dengan isu sekelilingnya dan dakwah tidak pernah lalai dengan amanah ilmu yang dipikul. Kita mampu berusaha dan menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Kita boleh buktikan, bahawa dakwah tidak pernah menjadi penyebab lemahnya akademik kita. Namun kita tidak bersungguh-sungguh.
Tidakkah kita merasa malu apabila kita telah berjanji dengan Allah untuk menyeru kepada kebenaran dalam masa yang sama kita mencampurkan kebatilan dalam usaha kita. Sikap mengambil mudah dan sambil lewa dalam menjauhi larangan Allah adalah nanah yang boleh menjadi barah pembunuh. Ia bakal memusnahkan organisasi dan ahli-ahlinya sedikit demi sedikit . Hingga suatu masa kelak yang tinggal hanya sekumpulan lelaki dan perempuan yang berkumpul untuk saling mngenali dalam satu organisasi,mereka lupa tujuan mereka berkumpul dan cara yang benar untuk mencapai tujuan mereka. Nauzubillah. Apakah kita mahu mengotori jalan-lajan dakwah yng suci ini?. Sudahkah kita lupa dengan peringatan Allah dalam al-quran
“Janganlah kamu mencampurkan adukkan haq dan batil. Dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu sedang kamu mengetahui”
(Al-Baqarah:42)
Haq dan batil tidak akan beriringan kecuali salah satunya mesti ditanggalkan samada haq ataupun batil. Saya menyeru kepada diri sendiri dan semua sahabat-sahabat,kembalilah kepada al-quran dan sunnah dalam apa juga perkara yang kita lakukan terutama apabila kita menggelarkannya kerja-kerja di jalan Allah. Jangan memandang remeh setiap laranganNya walaupun kecil kerana mungkin ianya perkara besar di sisi Allah.
Wallahua’lam.

2 comments:

  1. Sama tapi tak serupa..

    Begitulah realitinya yang berlaku di tempat kita yang digelar 1Malaysia.

    Maknanya disini semua orang tidak sempurna. ada ilmu agama tapi tak buat kerja. Buat amal kebajikan tapi jahil agama.

    Pendek kata setelah panjang kata ialah relitinya kebanyakan tidak mengambil Islam secara keseluruhan. Mereka suka mengambil apa yang mereka suka. Mereka rasa sudah memadai dengan bersedekah, menolong orang miskin dah kira baik dan tak perlu untuk menutup aurat, sembahyang dan lain-lain.

    Kita kira itu ialah kelemahan dan kekurangan masing-masing dan tugas kita ialah untuk menegur dan membaik pulih keadaan tersebut.

    Kita lihat dari kaca mata pendakwah yang ingin melihat perkara ini dipulihkan. dan jangan kita mengambil tindakan sebagai qadhi yang menghukum sesuatu perkara.

    Jadilah seperti nabi kita yang diutuskan untuk memberi rahmat keseluruh alam.

    ReplyDelete

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He