Monday, January 27, 2014

Toksin dalam badan


Kita selalu dengar orang cakap mengenai toksin bukan? Sejauh mana kita tahu berkenaan toksin ini? 

"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia."

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.

Apakah Toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.



Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah:

1) Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

2) Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

3) Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4) Penyakit Jantung Dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

5) Alergi, Asma, Pundi Hempudu Dan Karang, Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Bagaimana kita boleh menyingkirkan toksin yang terkumpul di dalam badan kita? Salah satu caranya dengan mengambil supplement. Tapi pastikan anda memilih supplement yang bersumber bahan semulajadi, kerana supplement sintetik malah akan menambah toksin dalam badan. Dapatkan supplement Shaklee nyahtoksin, anda mungkin akan mengalami 'Healing crisis' beberapa tempoh tapi jika anda bersabar anda akan merasa manisnya apabila toksin sudah tersingkir! :)

Dapatkan dari saya,
Zahra SID 928161
0139944328

Sunday, January 19, 2014

Vitamin Sintetik VS Vitamin Organik



Supplement bukan ubat yang menekan simptom sakit, ia nutrisi yang meningkatkan fungsi sistem badan untuk melawan penyakit. Bukan merawat tapi membantu proses membaik pulih yang akan dilakukan oleh sistem tubuh secara semulajadi. Sebab tu kesannya tak secepat ubat dan ada yang mengalami 'healing crisis' untuk membuang toksin. 

Tapi berhati-hatilah dalam memilih supplement. Pilihlah yang bersumberkan bahan semulajadi, bukan bahan sintetik. Apa beza vitamin sintetik dan semulajadi? 

SEMULAJADI 
  • Di hasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan is ditemui dalam alam semulajadi
  • kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding sintentik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti
  • kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (Rujuk : A consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
SINTETIK
  • nutrien yang di hasilkan dalam persekitaran makmal
  • bersumberkan tar arang batu
  • paling murah. Komponennya bahan kimia
  • kebanyakkan makanan tambahan adalah dalam jenis ini
  • syarikat yang pentingkan keuntungan gunakan cara ini
  • biasanya di jual di farmasi
  • walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
  • dari label - di labelkan dengan huruf "l" berbanding huruf "d" bagi semulajadi (Rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller).
ORGANIK
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat
  • ia tidak sama dengan semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • semasa pemprosesan, ia melibatkan :
    • haba yang berlebihan
    • produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien
  • ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa di ganti 
MENGAPA SEMULAJADI?
  1. enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  2. tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  3. penyediaan bahan mentah dai sumber semulajadi yang berkualiti
  4. imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  5. semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintentik
  6. semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya
MENGAPA ELAKKAN SINTENTIK?
  1. tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh - struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal
  2. percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintentik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri
  3. semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sintentik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.
 BAGAIMANA MENGENAL SEMULAJADI ATAU SINTETIK?
  • melalui pembacaan label - huruf "l" bagi tiruan dan " d" bagi semulajadi
  • melalui kehadiran pad "gel silika" dalam bekas sintetik..alaaaaaa pad yang ada tulis "do not eat" tu...selalu ada dalam handbag, kasut...gel silika kan untuk menyerap kelembapan....so vitamin yang semulajadi memang tak perlukan gel silika ni ^^
  • dan sudah semestinya anda boleh beli Shaklee dangan yakin ^^ (Rujuk : Shaklee Food Supplement - A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
so bila anda dah tahu perbezaan antara vitamin-vitamin ni, berhati2 lah dalam memilih makanan tambahan anda ^^

Jom pilih vitamin bersumberkan semulajadi di sini: https://www.facebook.com/MamaVitalicious


Zahra ID 928161
0139944328

Saturday, January 18, 2014

Ubat Kurus Shaklee?


Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Lambakan ubat kurus di pasaran memang tak dapat dinafikan lagi. Daripada yang berharga puluhan angka sampai ke ratusan angka. Ramai juga yang hubungi saya untuk dapatkan ubat kurus daripada Shaklee. Suka saya betulkan di sini, Shaklee bukan ubat, ia hanya makanan tambahan. Ubat biasanya akan ada unsur drugs atau dadah di mana ia hanya menekan simptom dan tidak merawat. 

Makanan tambahan adalah untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh kita, supaya dapat melengkapkan nutrisi yang mungkin hilang daripada makanan. Ia tidak menekan simptom, tapi membantu sistem badan untuk berfungsi secara optimum. Dalam entry yang lepas, tips menurunkan berat badan secara semulajadi, selain pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal, makanan tambahan juga mampu membantu proses penurunan berat badan dengan selamat. Shaklee menawarkan Shape Up Programme untuk pengguna.

Shape up Programme

Program untuk mendapatkan berat badan ideal secara sihat dan selamat. Terdiri daripada:

Chinch Shake Mix
Campuran proprietari Protein dengan leucine yang bebas laktos, rendah glisemik dan soya bukan GMO. Diperkaya dengan leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan. Kaya dengan protein yang memberi rasa kenyang dan puas. Tinggi serat dengan 6 gram untuk setiap hidangan.

Chinch Tea Mix
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang dipetik dan diadun dengan berhati-hati. Meningkatkan tenaga secara semulajadi. Boleh diminum secara sejuk atau panas. Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.Alternatif minuman bergula dan kopi terbaik. Membantu meningkatkan metabolisme badan.

Lecithin
Lecithin adalah pengemulsi atau pelarut lemak. Untuk kesan optimum sangat elok diambil selepas makan dan sebelum bersenam.

Herblax
Membantu proses nyahtoksin di dalam usus. Herblax adalah kombinasi herba yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan pencernaan. Mengandungi alfalfa tidak sesuai untuk individu yang mempunyai masalah SLE.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa pilihan set untuk kuruskan berat badan bergantung kepada bajet anda. Antar set yang sentiasa dapat sambutan adalah:

Set A : Lecithin & Herblax Atau Alfalfa
Set B: Lecithin, Herblax & ESP
Set C: Omega Guard & Herblax atau alfalfa

Banyak testimoni terkumpul yang membuktikan keberkesanan program ini. Bergantung pada individu, setiap individu memerlukan masa yang berbeza untuk mendapat hasil kerana sistem tubuh setiap individu adalah berlainan. Antara testimoni terkumpul yang berjaya menurunkan berat :







Untuk mendapatkan set pengurusan berat badan sila click di bawah, mengikut pilihan anda:


Atau hubungi saya untuk harga terbaik dan konsultasi percuma:


0139944328

Wednesday, January 8, 2014

Kenapa Shaklee?




Supplement bagai cendawan tumbuh selepas hujan kan? Buka je FB, ha ada aje iklan supplement yang melintas di news feed. Ada yang overclaim kesan seawal 3 hari? Eh betul ke bro? Whatever it is, jadilah pengguna yang bijak dalam menilai, jangan fikirkan kesan nak cepat saja, pertimbangkan bahan yang diguna dan kesan yang bakal kita terima ya? So dalam banyak-banyak mana satu pilihan korang? Kalau saya tentulah Shakleee (Ye la dah ko jual Shaklee kan?). EH sorry sikit, sebelum jadi distributor, I am a consumer ok? Sebab rasa kesannya yang bagus baru mula jadi distributor dan if let say I am not a distributor, saya tetap akan suggest shaklee pada orang ramai. So, WHY??

¤ Berasaskan sumber semulajadi yang tulen
¤ Setiap bahan diuji dgn kawalan kualiti yg ketat dan bebas bahan bahaya
¤ Setiap ramuan botanikal turut diuji pihak ke-3
¤ Setiap produk mengandungi ramuan aktif yg tepat
¤ Mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yg ketat
¤ Disahkan halal oleh ISA-Islamik Service of America, badan yang diiktiraf JAKIM

Shaklee~Halal, Semulajadi, selamat, berkesan, mesra alam 

So, disebabkan bersumber dari bahan semulajadi, kesannya mungkin sedikit lambat sebab dia bertindak secara alami mengikut sistem tubuh manusia, tapi yang penting tiada kesan sampingan jika caranya betul, inshaallah :)

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya pada bila-bila masa. 


Yang benar,

Zahra | 0139944328
Shaklee Senior Supervisor

Tuesday, January 7, 2014

Alfalfa untuk sakit gout

Apakah itu penyakit GOUT?

¤ Gout: sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. 

¤ Asid urik : bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. 

¤ Berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi : menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.


Baru-baru ni ramai yang bertanya set untuk ibu dan bapa yang ada penyakit gout. So rasa terpanggil nak post a bit detail.

Pengambilan beberapa supplemen dapat membantu menyingkirkan asid urik yang menyebabkan gout, InsyaAllah, antaranya:

1. Alfalfa - untuk membantu menyingkirkan asid urik dari badan.
2. Performance Drink- memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan bendalir yang cukup untuk menyingkirkan asid urik..
3. Omega Guard- Sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

So, sementara alfalfa tengah promo grab 1 set for your parents today! :-)


Sunday, January 5, 2014

Manfaat Alfalfa untuk Lelaki



Bismillah..

Ehem2 lelaki macho di luar sana, sila ambil perhatian!! Aiceh. Macam yang saya tulis sebelum ini, manfaat Alfalfa kelihatan macam berat sebelah, untuk wanita je ke? Well dah kalau nama Raja Segala Tumbuhan takkan la lelaki tak boleh ambil pula, jangan takut ok?

Antara manfaatnya, mengekalkan stamina suami. Eh stamina apa pula ni? Stamina untuk beraktivitlah, apa-apa aktiviti yang memerlukan stamina, if you know what I mean, mih3. Membantu masalah bau badan, membuang lemak berlebihan, terutama di perut? Membantu masalah sembelit dan badan berangin. See? Memang best Alfalfa ni kan?

So cepat dapatkan hari ini untuk suami, adik lelaki, ayah, bapa sedara korang! Harga tengah menjunam, memang terkejut beruk kalau korang tahu,. Mana nak dapatkan? Saya boleh bantu. Dan ramai lagi distributor lain di luar sana!


Yang benar, Zahra | 0139944328
Shaklee Senior Supervisor

Saturday, January 4, 2014

Manfaat Alfalfa untuk Wanita


Bismillah. 

Poster menjelaskan segalanya, hehe. Bestkan? Patutlah, wanita-wanita ramai tergila-gilakan Alfalfa ni ye? Tak kira bujang atau sudah berkahwin, Alfalfa sangat bermanfaat terutamanya bagi masalah seperti keputihan dan sakit menstrual (PMS). Ada yang belikan untuk diri sendiri, untuk anak, untuk kakak, untuk mak. Apa pun anda memang prihatin kalau buat macam tu, tahniah!

Alfalfa juga dijadikan sebagai milk booster bagi wanita yang menyusu, mengecutkan rahim bagi yang lepas bersalin, bonus menegang dan membesarkan payudara, opsss. Pendek kata, ia bertindak seperti kacip Fatimah bagi wanita. Well, kacip Fatimah ni tahu-tahu lah sinonim dengan apa kan? Eh, tak tahu? Sila google, mih3.

Hmmm..Macam berat sebelah kan? Perempuan je ke dapat manfaat daripada Alfalfa ni? No. No. No. Lelaki pun sebenarnya digalakkan mengamalkan alfalfa ni. Next post ye :)

Yang benar,
Zahra | 0139944328
Shaklee Senior Supervisor
Shaklee Coordinator to be :P

Friday, January 3, 2014

Manfaat Alfalfa Complex Shaklee


Bismillah. Alhamdulillah kita ke topik seterusnya. Apa manfaat mengamalkan Alfalfa Complex ni? Sebelum tu jom kita kenal-kenal dulu dengan cik Alfalfa ni. Tak kenal maka tak cinta kan? ;)

PERBEZAAN SHAKLEE

Banyak sebenarnya produk berasaskan Alfalfa di pasaran, jadi apa yang membezakan Shaklee dengan jenama lain? 

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisin, herbasid dan menggunakan bahan kompos bebas kimia. Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan.

Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelabagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak, Daun alfalfa yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung. Manakala bahagian lain yang tidak penting, dilupuskan. 

Daun yang dudah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setia tablet mengandungi 300 mg Alfalfa. 


MANFAAT UTAMA

Untuk pengetahuan anda, Alfalfa ini sudah digunakan turun temurun oleh manusia sejak dari 2500 tahun dahulu dan dikenal pasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkan tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupunn sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klosoril, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan itokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Antara manfaat utama Alfalfa adalah:

  • Mencuci hati, darah dan usus- Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang ebrasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.
  • Melawan alahan- Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut-Memperbaiki masalah saluran penghadaman, seperti kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfasahaj mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan tumor
  • Melegakan keletihan-Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah atau merata atritis- Melegakan sakit akibat atritis.
Phew! Banyak kan manfaat Alfalfa? So apa lagi, dapatkan daripada saya atau pengedar Shaklee terdekat anda! :)


Yang benar, 
Zahra | 0139944328
Shaklee Senior Supervisor

Promo Shaklee bulan Januari 2014


Bismillah. Rasanya dah heboh seantero facebook tentang promosi Shaklee bulan ni. Yes, Alfalfa! Kecil dan besar. Maka peminat-peminat cik Alfalfa ni berduyun-duyun PM nak harga promosi, ya lah dah la memang dah murah, bertambah murah! Jatuh tergolek-golek baq hang! Ok, bagi yang belum pernah cuba pula, ni lah masa terbaik untuk cuba Alfalfa. I bet you'll never regret. Well, unless God has written otherwise kan? 

Apa yang ditawarkan dalam promosi ini? Macam biasa, beli 6 percuma 1! Nak tau berapa biji tablet dalam Alfalfa? Yang kecil ada 330 biji, yang besar 700 biji tablet! Gila banyak kan? Mih3. Ap kebaikan atau manfaat Alfalla ni pula ye? Best ke? Siapa yang PERLUkan Alfalfa, siapa yang boleh dan siapa yang tidak boleh atau tidak digalakkan untuk ambil Alfalfa? Semua persoalan ini inshaallah akan dijawab dalam post berikutnya. So what you got to do? Stay tune, rilex and wait. Till we meet again, daaaa~

Yang benar,
Zahra | 0139944328
Shaklee Senior Supervisor

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He