Friday, August 15, 2014

Kenali DTX Complex Shaklee


Assalamualaykum & salam sejahtera!

PERBEZAAN SHAKLEE

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX complex Shaklee iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle) menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak Schizandra dan Cendawan Reishi (herba yang tinggi antioksidan), dan juga ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articik (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).


FORMULASI YANG DIPATEN

---> Ekstrak biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin yang kaya antioksidan.
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati sepeti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat alkohol. Membantu mencegah dan merawwat masalah batu karang. Membantu masalah kulit seperti eczema dan psoriasis.

---> Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakakn hati (hepatitis) dan jondis.
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran  hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu Mencegah batu karang.
Membantu merawat endometriosis.
Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi melawan anemia.
Melawan tumor dan kanser.
Merendahkan paras gula dalam darah.

---> Reishi mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun-membantu mencegah kanser
Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
Merawat sindrom keletihan yang kronik
Membantu mencegah penyakit jantung

---> Articok (Artichoke)
Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

---> Kunyit (Turmeric)
Mengandungi curcumin: Bahan antioksidan
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

---> Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
Merangsang sintesis protin
Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi
Memperlahankan pembentukan toksin

SIAPA YANG PERLUKAN DTX COMPLEX?

>>Perokok
>>Penghidap sakit hepatitis
>>Ketagihan alkohol
>>Anemia
>>Penghidap sakit Buah Pinggang

Saya, kamu, dia, mereka dan semua yang pentingkan kesihatan hati! :)

Hubungi saya untuk pertanyaan dan order:

Puan Zahra
0139944328

Thursday, August 14, 2014

Punca dan tanda-tanda sakit buah pinggang

Bagaimana buah pinggang/ginjal berfungsi
Assalamualaykum & salam sejahtera!

         Kebelakangan ini banyak mesej yang bertanyakan supplement untuk pesakit buah pinggang. Buah pinggang atau ginjal adalah organ yang sangat penting bagi manusia. Buah pinggang yang sihat berfungsi untuk membuang air berlebihan, dan bahan buangan daripada darah (toksin), menyeimbangkan bahan kimia dalam badan, menguatkan tulang, menghasilkan sel darah merah dan membantu kanak-kanak membesar secara normal. Apabila ginjal tidak sihat, bahan buangan atau toksin di dalam darah akan berkumpul dan menyebabkan fungsi tubuh menjadi bermasalah. Terdapat banyak jenis sakit buah pinggang. Peringkat akhir sakit buah pinggang di mana ia sudah tidak dapat berfungsi dipanggil sebagau ESRD, pesakit pada peringkat ini perlu menjalani dialisis atau pemindahan ginjal. Kos pemindahan ginjal pula dianggarkan boleh mencecah sehingga RM300, 000.

PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG

  • Sebanyak 40% kegagalan buah pinggang berpunca daripada diabetes. 
  • 25% adalah daripada tekanan darah tinggi, dan punca-punca lain seperti pengerasan arteri, radang buah pinggang (Nefritis) dan reaksi autoimun. 
  • Penyakit buah pinggang seperti polisistik adalah disebabkan oleh masalah bentuk atau saiz ginjal (gangguan anatomi) manakala penyakit buah pinggang yang lain menganggu mekanisme dalam buah pinggang (gangguan metabolik). 
  • Kebanyakan gangguan buah pinggang metabolik jarang berlaki kerana penyakit ini diwarisi daripada ibu bapa (faktor keturunan).
  • Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi punca kepada sakit buah pinggang kerana ia boleh menjadi toksik kepada tisu buah pinggang, dan tersumbat sistem ayang mengalir buah pinggang (boleh berlaku dengan masalah prostat).

SIMPTOM SAKIT BUAH PINGGANG

  • Kerap buang air kecil terutamanya di waktu malam. 
  • ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
  • Mata, tangan dan kaki bengkak air (edema)
  • Keluar darah ketika buang air kecil
  • Selalu rasa haus 
  • loya, mntah-muntah, dan hilang selera makan
  • Bau busuk dalam mulut atau bernafas
  • Sesak nafas
  • Keletihan yang melampau 

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi  dengan peningkatan usia.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kegagalan buah pinggang boleh dicegah dengan mengamalkan:


  • Pemakanan seimbang
  • Minum sekurang-kurangnya 1 liter air sehari
  • Berhenti merokok
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor
  • Bersenam

Perbelanjaan merawat sakit buah pinggang kronik adalah sangat mahal terutama mereka yang perlu menjalani dialisis. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit sebulan. Maka, ambillah langkah pencegahan sebelum terkena penyakit ini dengan suppelement Shaklee iaitu DTX complex, dan jika sudah terkena dan masih peringkat awal, cubalah alternatif  VIVIX, inshaallah. Baca artikel vivix di sini --> http://www.mamavitalicious.com/2014/07/vivix-satu-penemuan-revolusionari-dalam.html. Vivix dalam bentuk cecair yang sangat mudah diproses oleh sistem badan, dan bertindak sehingga ke peringkat sel badan.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:

Puan Zahra
0139944328

Tuesday, August 5, 2014

Kenali GLA complex Shaklee



Assalamualaykum dan salam sejahtera.

Lepas dah tahu apa itu Gamma-linolenik-asid (GLA), masanya untuk kita kenali GLA complex Shaklee pula! :)

Untuk pengetahuan kalian, kebanyakan GLA tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga tiga kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO, shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi 300g GLA, sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu.


Ramai juga yang beranggapan GLA hanya untuk wanita, sebenarnya lelaki, remaja dan kanak-kanak (potong gel, masukkan isinya dalam makanan) pun boleh amalkan GLA, kerana GLA adalah asid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Manfaat utama GLA complex adalah:


  • Merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.


  • Mengawal selia estrogen dan testosteron- GLA membentu prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti sakit, mood swing, retensi air dan sakit payudara.


  • Mengurangkan simptom menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi.


  • Memperbaiki prostatomegali, masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.


  • Menentang kanser kerana antioksidan yang meningkatkan sistem imun badan, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.


  • Memperbaiki inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, kurap, mengurangkan sakit dan bengkak untuk artritis.


  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan paras gula dalam darah, meringankan kekebasan dan kesakitan.


  • Menghalang penambahan berat badan dengan merendahkan kolestrol LDL.


  • Menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengelakkan sakit jantung.


  • Memperbaiki rambut kering dan gugur


  • Memperbaiki masalah Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) bagi kanak-kanak.


Sempena promosi Ogos 2014, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan GLA complex hari ini :)

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut:

PUAN ZAHRA (click untuk PM di FB)
0139944328





Monday, August 4, 2014

Apakah itu GLA?


Tahukah anda apakah itu GLA? 

GLA adalah singkatan kepada nama Gamma-Linolenik-Acid, iaitu sejenis asid lemak Omega-6 yang ditemui di dalam tumbuhan seperti Borage, Evening Primrose dan Blackcurrant. GLA diperlukan oleh tubuh kita, tapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita-perlu diambil daripada makanan. Asid lemak Omega-6 sangat penting untuk fungsi otak, pertumbuhan normal, mengurangkan inflamasi, mengawal metabolisma dan memelihara sistem reproduktif. 

GLA sangat membantu bagi sesetengah masalah seperti:

Diabetis
kajian menunjukkan pengambilan GLA selama 6 bulan ke atas boleh mengurangkan simptom seperti sakit saraf bagi pesakit diabetes. 

Alergi
Wanita dan kanak-kanak yang lebih mudah mendapat alergi didapati mempunyai tahap GLA yang rendah di dalam darah. GLA membantu mengurangkan simptom alergi.

Attention deficit/hyperactivity disorder (ADHD)
Kajian klinikan mnunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD, mempunyai tahap asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang rendah. Asid lemak sangat penting untuk otak yang normal. Pengambilan asid lemak boleh membantu mengurangkan simptom ADHD.

Kanser Payudara
Pengambilan GLA bagi pengidap kanser payudara sangat baik, kerana ia memaksimumkan tindak balas ubat tamoxifen (Ubat yang digunakan untuk estrogen sensitiviti)

Ekzema
Pengambilan GLA juga boleh mengurangkan simptom ekzema, sejenis penyakit kulit.

Darah tinggi
GLA boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sama ada diambil bersama Omega-3 atau pun tidak. 

Menopause
GLA membantu masalah 'Hot flashes' dikalangan wanita yang sudah menopause

Osteoporosis
Kajian menunjukkan individu yang mengambil kurang asid lemak (EPA dan GLA) terdedah kepada risiko osteoporosis, tulang rapuh.

Premenstrual Syndrome (PMS)
Terdapat kajian yang menunjukkan GLA boleh mengurangkan gejala PMS, dengan melancarkan haid, mengurangkan stress dan sakit pada payudara. 

SIAPA yang TIDAK BOLEH/tidak digalakkan mengambil Omega-6/GLA?

1. Pesakit sawan
2. Orang yang akan menjalani pembedahan dan baru menjalani pembedahan (ambil 2 minggu selepas/sebelum)
3. Ibu hamil
4. Orang yang sedang mengambil ubat untuk mencairkan darah: Warfarain (Coumadin), Clopidogrel (Plavix), Aspirin
5. Orang yang sedang menjalani kemoterapi
6. Phenothiazines: Ubat untuk pesakit skizofrenia.

Dapatkan GLA complex sempena promosi bulan ini, beli 6 percuma 1. Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. 


Puan Zahra


0139944328

Friday, August 1, 2014

PROMOSI OGOS 2014


Assalamualykum dan salam sejahtera!

Ok, raya raya juga, bisnes tetap berjalan tau. So tunggu punya tunggu Shaklee SMS, promosi bulan 8 adalah GLA Complex! Beli 6 percuma 1! WOooow! Sempena promosi Ogos 2014, masanya untuk kenal GLA complex dengan lebih dekat, yay!

Apa itu GLA complex? 

Apa kebaikannya? 
Apa perbezaannya dengan jenama lain? 
Mengapa GLA? 
Perlukah GLA? Siapa perlukan GLA?

Stay tune! Saya akan update di blog. Tiap-tiap hari k?
 



Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He