Sunday, April 8, 2012

Buat baik MESTI baik dahulu? Maksud?

Bismillah,

Wow, tajuk yang agak provokasi ke? Eh tak de la, biasa saja! ehe.. Dewasa ini, orang sudah semakin sedar dan mahu menjadi baik, alhamdulillah. So, we straight to the point, kalau nak buat baik kena baik dulu ke? Betul ke? Atau dalam konteks aku sekarang, nak post sesuatu yang baik kena baik dulu ke? Atau dalam konteks korang yang suke main fb or twitter, nak share or twit benda baik kena jadi baik dulu ke? So kalau aku ni tak baik sangat, akhlak tak berapa sempurna, hafalan surah dalam juz amma pun tak berapa ingat, aku tak layak post pasal agama atau tazkirah ke?  Sebab ape aku cakap eh silap, tulis macam tu? Sebab ada orang bila orang lain post benda-benda baik, dia akan automatik terlintas begini di benak dan hatinya:

"Hek eleh, kerek je, macam la dia tak pernah buat salah. Post pasal agama, macam la dia baik sangat! Puiiiihhh!!"

ataupun ada juga yang secara tanpa dia sedari terpacul ayat begini di mulutnya, ayat high expectation tak terhingga:

"Ni mesti spesis pijak semut tak mati, kalau jumpa tepi jalan mau kena ceramah sampai lebam."

Allahu Akbar! Post benda baik memang tak bermaksud kita ni baik dan sempurna, tapi ke arah menjadi baik, inshaallah. Ya, kita semua sama beb, pendosa, sila cakap kat aku siapa atas muka bumi Allah yang indah ni yang tak pernah seumur hidupnya buat dosa (Kecuali yg meninggal sebelum baligh)? Kita semua pendosa, orang yang selalu buat dosa yang sentiasa khilaf dan lemah. Buat baik ataupun post benda baik, tak memerlukan seseorang itu menjadi baik, bukankah menjadi baik itu satu PROSES? Jangan perlecehkan benda baik yang orang lain buat walau sekecil apa pun, dan sentiasalah berbaik sangka sesama kita, ia boleh menjadi doa dan mana tau, korang ni jenis yang makbul doanya, so masa korang bersangka baik tu malaikat aminkan kata-kata korang, dan seseorang tu jadi baik di kemudian hari? Bukankah itu namanya 'happy ending story' ?

Sama juga macam kes minah 'khemah' macam aku ni, pakai tudung labuh or bidang 60, bila korang terlihat wanita anggun seperti aku, jangan la cepat-cepat buat conclusion extreme seperti:

"Woi, woi jangan cakap hal dunia dengan dia, jangan cerita apa-apa pasal hal korang kat dia, nanti korang kena ceramah sampai pagi, pastu bangun tidoq kena ceramah lagi."

Lebih ngeri lagi,

"Ustazah mai dah, jom kita hurung dia, tanya pasal perbezaan mazhab sambil-sambil tu boleh suruh dia ajar bahasa arab, mesti on punya!"

Assalamualaykum!! Zaman dah berubah la, wanita moden seperti aku dan dia pun nak tutup aurat dengan sempurna bukan ustazah-ustazah or mereka yang mengambil jurusan agama sahaja ok, sebab tu kami pilih tudung labuh or tudung 60 inci ni. Sila jangan salah faham juga, bertudung besar ni, bukan bermaksud kami tak pernah salah, lemah lembut tak bertempat dan mulut sentiasa berbuih ceramah itu ini kat orang. Kami juga tidak sempurna, sering khilaf malah menghafaz juz amma pun tersekat2 (eerrr aku la tu..hui3). Layan macam biasa la kawan, jangan cepat gelabah! ehee..Lagi satu, bukan aku nak kata tudung kecil tu tak sempurna, selagi ia menutup aurat dan mematuhi syarat iaitu tidak jarang dan menutup dada, is ok, go on! tak de sape nak tegah pun. Pilihan masing-masing, yang penting apa? KERJASAMA!! eh salah, yang penting aurat tertutup sempurna. ^___^.. Ok sekian terima kasih..

4 comments:

  1. im 100% agree with you.some people really like to judge a book by its cover..Klu xpkai tudung dah cop minah xtau agama, pkai tudung minah bajet alim..masya-Allah, kita ni baik sangat ka nak mengata kat orang..kadang2 orang yg kta judge tu end up nti lebih baik dr kta...ada org panggil i ustazah..tang mana nmpak macam ustazah pon xtau..tudung pon xlabuh mana, ilmu agama pon singkat ja..mb sbb i agak jaga batas aurat, tros kna cop ustazah..macam2 la org ni..haha..anyway,nice blog^^

    ReplyDelete
  2. jika kita menegur org lain, secara tidak lansung kita menegur diri kita juga...dalam agama kita pun dianjurkan saling ingat-memperingati sesama kita..lihat pada maksud teguran itu bkan melihat org yg menegur itu...

    ReplyDelete
  3. ct...jadi follwer aku gak!
    akusimatahari.blogspot.com
    blog yg hg ajaq aku buat dlu...hehe

    ReplyDelete
  4. saya sokong dan saya suka saya suka >,<

    ReplyDelete

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He