Pesanan ini kutujukan untuk diriku dan sahabat-sahabatku yang insyaALLAH mencintai Allah dan rasulNya,
kerana cinta itu dapat kalahkan segalanya dan membuat manusia mengikut pandangan Allah dari pandangan manusia.
Wahai yang kerap mengisi hati dengan cinta selainNya, kemudilah hati agar tak terisi oleh cinta dunia dan laksanakanlah amalan berlandaskan ikhlas kepadaNya.
Buat sahabtku yang masih memiliki nur Iman dan islam, jangan biarkan Nur itu suram dan malap, terus pelihara cahaya itu.
Yamuqallibal Qulb, thabatkan hati kami pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu Amiieen..
p/s: kredit buat sahabat yang mengirim pesanan ini, ia sungguh bemakna buat diri yang sedang diuji..syukron laka..
Syurga cinta,sebuah filem yang bagi saya banyak persamaannya dengan filem Indonesia Kiamat makin hampir. Beza yang saya nampak, gadis dalam filem Indonesia itu, kurang ditonjolkan berbanding filem melayu di mana watak cikgu Syuhadah begitu menonjol dan banyak dialognya.. Bukan itu yang saya mahu perkatakan di sini, cukuplah dengan begitu banyak ulasan yang dibuat oleh pelbagai pihak.
Dalam filem tersebut terdapat dialog atuk Syuhada dengan Irham (watak utama lelaki) yang antaranya atuk itu menyebut ayat lebih kurang begini:
Jodoh itu ada 3:
1.Jodoh dari syaitan iaitu apabila kamu mencintai seorang perempuan, lalu kamu bercinta dan berzina dengannya sehingga mengandung, baru kamu nikahinya
2.Jodoh dari jin iaitu apabila kamu mencintai seseorang tetapi ia sebaliknya, lalu kamu bomohkan sehingga ia pun mencintai kamu dan menikahimu
3.Jodoh dari Allah, iaitu apabila kamu memandangnya dan jatuh cinta kemudian terus kamu meminangnya dan menikahinya.
Dalam kereta saya mngulangi ayat-ayat itu kepada adik-adik saya yang saya kasihi. Lalu yang lelaki merespon:
“Kalau jatuh cinta awal, macam mana? “
Sedaya upaya saya menjawab
“Kalau betul sukakannya, tunggu sehingga masa yang tepat tiba baharu masuk meminang dan menikah”
Ia membalas lagi
“Imam Nawawi pernah cakap, bercinta itu harus, tapi dengan syarat menjaga syarak”
“Haa..itu yang penting MENJAGA SYARAK.. kalau berjumpa berdua-duaan lelaki perempuan,mengikut syarak ke?? Perlu ada mahram yang ikut dan teman.”
Saya cuba memberi alternatif, mereka diam mungkin melawan dengan kehendak hati atau mungkin tidak terkesan di hati.. kemudian di akhir bicara adikku mengulang kata-kata imam Nawawi:
“Aku mencintaimu kerana agama dalam dirimu,
Jika hilang agama itu maka hilanglah cintaku padamu”
Saya membisik dalam hati, masih adakah adam di luar sana yang tulus mencintai hawa kerana agamanya? Saya meraba kata hati sendiri, adakah saya juga bisa mencintai seorang adam hanya kerana agamanya?
Betapa besar mujahadah yang perlu dilalui untuk mencapai tahap itu Hanya Allah jua yang bisa memberi kekuatan dan hidayah,
Adik-adikku,
Mengertilah, kakakmu bukan ingin memusnahkan cinta yang sedang mekar di hatimu itu,
Cuma kegusaran ini memang wajar ku dendangkan,
Tidakkah kau melihat wahai adikku,
Berapa ramai mereka yang terperosok di lembah hina hanya kerana cinta nafsu yang kotor,
Berapa banyak yang melupakan Allah dan agama apabila mencintai dan dicintai tanpa batas syariat,
Adik-adik yang kukasihi,
Kakakmu bimbang jika cinta itu akan memudarkan cintamu pada Allah,Rasulullah,umi dan abi..
Mengapa engkau menbaja pada tanah yang bukan hakmu?
Mereka yang engkau cintai itu bukanlah milikmu, selagi belum diikat dengan pernikahan
Mereka dan kamu adalah milik Allah.
Adik-adik yang kusayangi,
Adakah kau tidak yakin dengan janji Allah bahawa setiap orang itu ada jodohnya.
Jika benar ia jodohmu, yang kau rasakan telah ditulis untukmu,
tunggulah sehingga masa yang sesuai dan kemudian nikahinya
Supaya terjaga kesucian jiwa dan cintamu.
Supaya terpelihara maruah diri dan agamamu.
Adik-adikku,
Renungkanlah dengan mata hati
Tanya pada imanmu
Kakak mendoakan agar kalian mengecap manisnya cinta Allah dan meraih tenangnya jiwa yang dicintai Allah. semoga kalian memperolehi syurga cinta yang hakiki..
Cikgu, Nizarul tak tahu nak buat macam mana soalan ni?
Terima kasih ya Allah,kerana memberi aku peluang merasai bagaimana menjadi seorang pendidik.Mereka ibarat kain putih, ibu bapa dan guru adalah antara pencorak jati diri mereka.Mereka tulus mempelajari kehidupan, tiada prasangka dan tidak berdendam.sungguh tulus jiwa-jiwa kecil ini..
Wahai ibu bapa,
Jika anak-anakmu kurang bijak dalam akademik, janganlah lekas kecewa, jangan pinggirkan merekapercayalah ada potensi lain dalam dirinya yg telah Allah kurniakan.Jika anak-anakmu nakal , janganlah cepat menghukum koreksi diri,
dimana silapnyacara didikan atau pendekatan yang salah?
Mereka hanya kain putih yang mendamba curahan kasih sayang..
Jangan biarkan media mencorak mereka,Jangan sehingga t.v dan segala hiburan menjadi pendampingnya, atau nanti kita akan menyesal,apabila pewaris yang tinggal hanyalah yang jahil agama dan bobrok akhlaknya.
Wahai guru, tugas kalian bukan hanya mengajar dan megejar silibus, ada yang lebih mulia,
iaitu tanamkanlah tauhid dalam jiwa merekasuburkan iman mereka dengan sentiasa mengaitkan pelajaran dengan Allah.
Agar mantap keyakinan merekaJika mereka nakal, beri pengajaran yang mendidikbukan menghukum penuh dendam.
Wahai semua yang di luar sana,
Jangan ingat kalian boleh merasa lega,
enak melepas tangan pada ibu bapa dan guru, kalian juga punya peranan kerana mereka adalah pelapis masyarakat Berilah teladan yang mulia dan tegurlah jika melihat yang salah..
Mendamba pendamping yang paling bertaqwa, Adakah kita juga bertaqwa? Mengharap teman yang paling setia, Adakah kita seorang yang setia? Mengimpi belahan jiwa yang paling ideal, Adakah kita sudah sempurna?
Janganlah mengharapkan kesempurnaan kerana dia juga sepertimu, yang punya banyak kelemahan, yang imannya kadang naik, kadang turun, yang setianya pasti di uji Allah.. Apabila dialah yang ditakdirkan sebagai belahan jiwamu, pasti Allah menyempurnakan kelemahan itu dalam dua jasad yang bersatu jiwa.. Yakin dan bertwakkallah kepada Allah..
Hanya Dia tujuanku Tanpanya hilanglah arahku Dialah segalanya bagiku Yang memberi tanpa meminta balasan Yang melihat tanpa dapat dilihat Yang memiliki tanpa dimiliki
Hanya Dia satu-satunya Tiada dua atau tiga Juga tiada tiga dalam satu Yang mentadbir seluruh semesta yang memegang segala rahsia Yang mendengar semua yang bersuara
Allah rabbul izzati.. hanya Dia yang layak disembah