Friday, June 6, 2014

Tips Kesuburan Suami dan Isteri


Banyak sebenarnya cara yang boleh kita cuba untuk meningkatkan tahap kesuburan. Mungkin bagi mereka yang telah lebih setahun berkahwin, namun masih lagi belum dikurniakan cahaya mata boleh mencuba untuk aplikasikan petua-petua ini. 

Jom kita tengok apa yang boleh dikongsi pada kali ini.

1. Panas vs Sejuk
Jangan terkejut sekiranya tindakan meletakkan laptop atas pangku sambil bekerja akan mengurangkan kualiti sperma bagi lelaki. Ini kerana sperma paling cepat berkembang di tempat yang dingin.
Selain daripada itu, mereka yang sering mengamalkan mandi dengan air yang dingin, lebih berkemampuan dalam meningkatkan tahap kesuburan diri lima kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mandi dengan air panas.

2. Surirumah hebat
Menurut satu kajian oleh University North Carolina di Amerika Syarikat, wanita yang biasa melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan pembersihan rumah atau berkebun akan lebih cepat hamil. Ini berikutan proses ini dianggap dapat menghentikan penghasilan insulin yang dianggap membahayakan telur. Jadi, rajin-rajinlah ye menjadi surirumah yang hebat.

3. Rehat & Rawat
Ada kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak tertekan, melalui hidup yang tenang boleh dapat meningkatkan tahap kesuburan masing-masing. Menurut konsultan O&G Michael Dooley, stress dapat memberi sumbangan yang besar tehadap mengurangkan tahap kesuburan.

4. Pengambilan suplemen
Hasil penelitian oleh Royal Free Hospital, London menunjukkan bahawa wanita yang kondisi tubuhnya sihat juga akan mendapat tahap kesuburan yang juga baik. Melalui pengambilan asid folik, vitamin B12 dan selenium akan dapat membantu meningkatkan kesihatan serta kesuburan wanita. Boleh tengok kat sini untuk vitamin2 kesuburan ini.

5. Katakan TIDAK pada rokok dan minuman keras.
Mereka yang merokok dan mengambil minum beralkohol akan menurunkan jumlah sperma dan meningkatkan sperma yang abnormal.

6. Kuruslah!
Berat badan yang ideal, tidak gemuk atau obes akan meningkatkan tahap kesuburan.

7. Pengambilan minyak ikan
Kandungan Omega 3 yang banyak terdapat dalam minyak ikan dapat mengurangkan risiko keguguran dan meningkatkan kualiti sperma. Dan OmegaGuard Shaklee pastinya menjanjikan minyak ikan paling tulen di dunia, tanpa risiko bahan berbahaya hasil proses sulingan yang ketat.

8. Jauhi kafein
Kafein dapat mengurangkan tahap kesuburan anda. Jauhi kafein bilamana anda merancang untuk mendapatkan cahayamata idaman anda.

9. Perbanyakkan pengambilan air masak
Pakar kesuburan wanita Zita West mengatakan, "Jika Anda tidak minum cukup air, sistem reproduksi akan kehilangan tenaga yang diperlukan oleh organ vital."
Air mineral akan melancarkan pengaliran darah ke otak dan memperkuat rahim.

10. Lakukan hubungan seks
Haaa ni paling penting kan? Untuk mendapatkan anak, disarankan bagi pasangan melakukan hubungan seks terutama pada waktu subur. Kenali waktu subur anda dan beroperasilah yea :)

Vitamin kesuburan yang dicadangkan untuk pasangan suami dan isteri: B complex, GLA complex, Vita E complex dan Zinc complex.

Jika anda perlukan vitamin hebat daripada shaklee boleh sms @ whatsaap saya 0139944328 yea... konsultasi hebat hanya untuk anda....


No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He