Tuesday, June 17, 2014

Apa Nak Buat Bila Anak tak Mahu Mandi



Assalamualaykum..

Haaa kau tajuk tak agak2, supaya korang senang nak cari, hahaha..Ok, al kisahnya, anakku bernama Al-Haura' tu beberapa hari ni punya susah nak diajak mandi. Sebelum ni bukan main dia suka, tetiba berubah angin, tak tahu punca. So, Mama dan Waled ni agak susah hati sebab kalau tak nak mandi je ok lagi, ni diiringi dengan tangisan macam kena dera dan perkataan "Cejjukkk!!"..Eh dah pandai sejuk ke? HUhuuu. Mula la berfikir nak settlekan masalah budak tak mau mandi ni, tetiba dapat idea. Ok, kita mesti tunjukkan yang aktiviti mandi ni menyeronokkan. Cara kami suami isteri adalah:


1. Jangan sebut perkataan 'mandi', ganti dgn perkataan lain, cth: Jom main air. Sebab dia dah faham mandi tu is kena siram air macam mandi la kan? heh!

2. Kalau sebelum ni mandi dalam baldi (haha) kami ganti dgn baby pool. Dulu lagi beli pool ni tapi tak pernah guna, so tetiba teringat tu terus ambil dalam stor dan isi air, kocak2 air sambil panggil Haura', dia pun datang dengan excitednya, hahaaha masuk perangkap.

3. Buat aktiviti yang boleh tarik perhatian dia, sembur air ke, kocak or whatsoever. Macam point no. 3 tu la..

4. Sentiasa sebut perkataan 'best' 'seronok' dan seangkatan dgn nya unt bg dia feel enjoy gitu.


Haaa ni anak aku, alhamdulillah jalan, dia suka mandi balik, anak korang mungkin lain pe'el pula, tapi boleh try kan? No harm. Ni tips pakai idea sendiri ja, hehehe..Moga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He