Showing posts with label DTX Complex. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex. Show all posts

Friday, August 15, 2014

Kenali DTX Complex Shaklee


Assalamualaykum & salam sejahtera!

PERBEZAAN SHAKLEE

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX complex Shaklee iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle) menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak Schizandra dan Cendawan Reishi (herba yang tinggi antioksidan), dan juga ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articik (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).


FORMULASI YANG DIPATEN

---> Ekstrak biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin yang kaya antioksidan.
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati sepeti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat alkohol. Membantu mencegah dan merawwat masalah batu karang. Membantu masalah kulit seperti eczema dan psoriasis.

---> Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakakn hati (hepatitis) dan jondis.
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran  hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu Mencegah batu karang.
Membantu merawat endometriosis.
Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi melawan anemia.
Melawan tumor dan kanser.
Merendahkan paras gula dalam darah.

---> Reishi mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun-membantu mencegah kanser
Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
Merawat sindrom keletihan yang kronik
Membantu mencegah penyakit jantung

---> Articok (Artichoke)
Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

---> Kunyit (Turmeric)
Mengandungi curcumin: Bahan antioksidan
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

---> Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
Merangsang sintesis protin
Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi
Memperlahankan pembentukan toksin

SIAPA YANG PERLUKAN DTX COMPLEX?

>>Perokok
>>Penghidap sakit hepatitis
>>Ketagihan alkohol
>>Anemia
>>Penghidap sakit Buah Pinggang

Saya, kamu, dia, mereka dan semua yang pentingkan kesihatan hati! :)

Hubungi saya untuk pertanyaan dan order:

Puan Zahra
0139944328

Thursday, August 14, 2014

Punca dan tanda-tanda sakit buah pinggang

Bagaimana buah pinggang/ginjal berfungsi
Assalamualaykum & salam sejahtera!

         Kebelakangan ini banyak mesej yang bertanyakan supplement untuk pesakit buah pinggang. Buah pinggang atau ginjal adalah organ yang sangat penting bagi manusia. Buah pinggang yang sihat berfungsi untuk membuang air berlebihan, dan bahan buangan daripada darah (toksin), menyeimbangkan bahan kimia dalam badan, menguatkan tulang, menghasilkan sel darah merah dan membantu kanak-kanak membesar secara normal. Apabila ginjal tidak sihat, bahan buangan atau toksin di dalam darah akan berkumpul dan menyebabkan fungsi tubuh menjadi bermasalah. Terdapat banyak jenis sakit buah pinggang. Peringkat akhir sakit buah pinggang di mana ia sudah tidak dapat berfungsi dipanggil sebagau ESRD, pesakit pada peringkat ini perlu menjalani dialisis atau pemindahan ginjal. Kos pemindahan ginjal pula dianggarkan boleh mencecah sehingga RM300, 000.

PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG

  • Sebanyak 40% kegagalan buah pinggang berpunca daripada diabetes. 
  • 25% adalah daripada tekanan darah tinggi, dan punca-punca lain seperti pengerasan arteri, radang buah pinggang (Nefritis) dan reaksi autoimun. 
  • Penyakit buah pinggang seperti polisistik adalah disebabkan oleh masalah bentuk atau saiz ginjal (gangguan anatomi) manakala penyakit buah pinggang yang lain menganggu mekanisme dalam buah pinggang (gangguan metabolik). 
  • Kebanyakan gangguan buah pinggang metabolik jarang berlaki kerana penyakit ini diwarisi daripada ibu bapa (faktor keturunan).
  • Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi punca kepada sakit buah pinggang kerana ia boleh menjadi toksik kepada tisu buah pinggang, dan tersumbat sistem ayang mengalir buah pinggang (boleh berlaku dengan masalah prostat).

SIMPTOM SAKIT BUAH PINGGANG

  • Kerap buang air kecil terutamanya di waktu malam. 
  • ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
  • Mata, tangan dan kaki bengkak air (edema)
  • Keluar darah ketika buang air kecil
  • Selalu rasa haus 
  • loya, mntah-muntah, dan hilang selera makan
  • Bau busuk dalam mulut atau bernafas
  • Sesak nafas
  • Keletihan yang melampau 

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi  dengan peningkatan usia.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kegagalan buah pinggang boleh dicegah dengan mengamalkan:


  • Pemakanan seimbang
  • Minum sekurang-kurangnya 1 liter air sehari
  • Berhenti merokok
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor
  • Bersenam

Perbelanjaan merawat sakit buah pinggang kronik adalah sangat mahal terutama mereka yang perlu menjalani dialisis. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit sebulan. Maka, ambillah langkah pencegahan sebelum terkena penyakit ini dengan suppelement Shaklee iaitu DTX complex, dan jika sudah terkena dan masih peringkat awal, cubalah alternatif  VIVIX, inshaallah. Baca artikel vivix di sini --> http://www.mamavitalicious.com/2014/07/vivix-satu-penemuan-revolusionari-dalam.html. Vivix dalam bentuk cecair yang sangat mudah diproses oleh sistem badan, dan bertindak sehingga ke peringkat sel badan.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:

Puan Zahra
0139944328

Wednesday, July 16, 2014

Nyahtoksin sebelum kurus dan cantik!


Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Ramai yang merungut, stress, mengadu dan tak puas hati. 

"Saya dah makan banyak ubat kurus, supplement, exercise dan macam-macam lagi tapi kenapa tak kurus-kurus ni?"

"Saya dah ambil macam-macam set kecantikan, tapi masih teruk keadaan kulit saya!"

Selain ambil "ubat" atau supplement, bersenam dan makan makanan yang seimbang, satu lagi faktor yang akan menggagalkan misi kurus dan cantik anda adalah TOKSIN! Badan kita memang diciptakan mampu memproses bahan buangan atau "sampah" dalam badan kita termasuk sampah toksin. Tapi apabila kemampuan memproses dan membuang toksin ini menurun, proses menurunkan berat badan akan menjadi sangat mencabar. Toksin disimpan didalam sel lemak bagi mengelakkan ia mengganggu organ-organ penting dalam badan kita. Lemak yang memerangkap toksin inilah yang sangat susah untuk dibuang. 

Apakah toksin dan puncanya? Baca di entry ini: http://www.mamavitalicious.com/2014/01/toksin-dalam-badan.html

Toksin bukan sahaja menggagalkan misi kurus anda, tapi juga melemahkan daya tahan, menganggu hromon dan kesuburan anda. Sangat susah untuk kita mengelakkan toksin pada zaman sekarang, pencemaran sangat berleluasa dan tidak dapat dibendung, akhirnya ia berkumpul di dalam badan kita! Sayangi diri kita, nyah-toksin dengan segera sebelum anda memulakan misi untuk hidup lebih sihat, cantik dan untuk tampil lebih kurus. Terdapat empat "jalan keluar" untuk tubuh kita membuang toksin, iaitu melalui air kecil, air besar, kulit dan paru-paru (pernafasan). 



Air Kecil
Ginjal bertanggungjawab membuang bahan buangan di dalam darah kita. Bantulah ginjal dengan minum air kosong yang bersih dan ditapis secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Melalui warna air kencing, kita dapat mengetahui sama ada kita minum air secukupnya atau pun tidak. Vitamin seperti B complexx juga mempengaruhi warna air kencing. Jika warna air kencing anda kuning gelap dan berbau kuat, ia bermaksud anda kurang minum air.

Air Besar
Membuang air besar sekali atau dua kali sehari adalah cara yang sangat baik dan penting untuk membuang toksin di dalam badan. Bantulah sistem penghadaman kita dengan mengambil makanan yang tinggi fiber dan minumlah air dengan banyak untuk memudahkan penghadaman dan melawaskan. Faktor usia juga mempengaruhi pelawasan. Dalam hal ini supplement mungkin membantu.

Kulit
Kulit kita adalah organ paling luas sekali untuk membuang toksin. Maksimumkan kemampuan liang kulit kita untuk membuang toksin dengan melakukan senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh, sekurang-kurangnya 20 minit, 3 kali seminggu. Sauna juga boleh mungkin membantu. Sesetengah kajian mendapati sauna meningkatkan pembuangan logam berat seperti Merkuri, Kadmium  dan lemak larut bahan kimia PCB, PBB dan HCB. 

Paru-paru 
Paru-paru juga memainkan peranan yang penting untuk membuang toksin melalui pernafasan. Setiap hari kita menghirup udara yang penuh dengan bahan kimia. Salah satu cara untuk nyahtoksin melalui pernafasan adalah dengan teknik "Belly breathe". Tarik nafas dan hembus dengan menggunakan otot perut. Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan dalam 3 kiraan selama 5 minit.  Lihat videohttp://www.mamavitalicious.com/2014/01/toksin-dalam-badan.html

Ambillah makanan yang boleh membantu proses membuang toksin daripada badan kita dan tingkatkan lagi dengan mengambil supplement yang betul. 


Shaklee menawarkan Set Super Detoks untuk membantu proses nyahtoksin yang optimum. Set Super Detoks terdiri daripada: Herblax, Alfalfa Complex, DTX complex dan Garlic complex.

1. DTX Complex (Detok hati)
Kandungan utamanya adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle) yang membantu tubuh manusi menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati. Mengawal paras gula dalam darah dengan menukar tiroksina-hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Membantu masalah hempedu. Rembesan hempedu-cecair rembensan disimpan di pundi hempedu untuk dikeluarkan melalui penghadaman.

2. Alfalfa Complex (Detoks darah)
Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. 
Membantu menyingkirkan toksin, mengawal kolestrol dalam darah,, mengurangkan paras gula, sakit otot dan sendi serta masalah sembelit.

3. Herblax (Detoks usus)
Kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu. 

4. Garlic Complex (Detoks logam berat)
Sebagai antibiotik semulajadi dan mampu meningkatkan sistem ketahanan badan. Agen nyahtoksin yang mampu mengeluarkan raksa dengan pantas dan menurunkan tekanan darah.


Anda tidak perlu mengambil kesemua supplement sekaligus, dapatkan konsultasi yang betul daripada saya sebelum anda memulakan program detoks anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut:


Puan Zahra (Click untuk hubungi saya di FB)
0139944328

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He