Thursday, August 14, 2014

Punca dan tanda-tanda sakit buah pinggang

Bagaimana buah pinggang/ginjal berfungsi
Assalamualaykum & salam sejahtera!

         Kebelakangan ini banyak mesej yang bertanyakan supplement untuk pesakit buah pinggang. Buah pinggang atau ginjal adalah organ yang sangat penting bagi manusia. Buah pinggang yang sihat berfungsi untuk membuang air berlebihan, dan bahan buangan daripada darah (toksin), menyeimbangkan bahan kimia dalam badan, menguatkan tulang, menghasilkan sel darah merah dan membantu kanak-kanak membesar secara normal. Apabila ginjal tidak sihat, bahan buangan atau toksin di dalam darah akan berkumpul dan menyebabkan fungsi tubuh menjadi bermasalah. Terdapat banyak jenis sakit buah pinggang. Peringkat akhir sakit buah pinggang di mana ia sudah tidak dapat berfungsi dipanggil sebagau ESRD, pesakit pada peringkat ini perlu menjalani dialisis atau pemindahan ginjal. Kos pemindahan ginjal pula dianggarkan boleh mencecah sehingga RM300, 000.

PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG

  • Sebanyak 40% kegagalan buah pinggang berpunca daripada diabetes. 
  • 25% adalah daripada tekanan darah tinggi, dan punca-punca lain seperti pengerasan arteri, radang buah pinggang (Nefritis) dan reaksi autoimun. 
  • Penyakit buah pinggang seperti polisistik adalah disebabkan oleh masalah bentuk atau saiz ginjal (gangguan anatomi) manakala penyakit buah pinggang yang lain menganggu mekanisme dalam buah pinggang (gangguan metabolik). 
  • Kebanyakan gangguan buah pinggang metabolik jarang berlaki kerana penyakit ini diwarisi daripada ibu bapa (faktor keturunan).
  • Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi punca kepada sakit buah pinggang kerana ia boleh menjadi toksik kepada tisu buah pinggang, dan tersumbat sistem ayang mengalir buah pinggang (boleh berlaku dengan masalah prostat).

SIMPTOM SAKIT BUAH PINGGANG

  • Kerap buang air kecil terutamanya di waktu malam. 
  • ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
  • Mata, tangan dan kaki bengkak air (edema)
  • Keluar darah ketika buang air kecil
  • Selalu rasa haus 
  • loya, mntah-muntah, dan hilang selera makan
  • Bau busuk dalam mulut atau bernafas
  • Sesak nafas
  • Keletihan yang melampau 

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi  dengan peningkatan usia.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kegagalan buah pinggang boleh dicegah dengan mengamalkan:


  • Pemakanan seimbang
  • Minum sekurang-kurangnya 1 liter air sehari
  • Berhenti merokok
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor
  • Bersenam

Perbelanjaan merawat sakit buah pinggang kronik adalah sangat mahal terutama mereka yang perlu menjalani dialisis. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit sebulan. Maka, ambillah langkah pencegahan sebelum terkena penyakit ini dengan suppelement Shaklee iaitu DTX complex, dan jika sudah terkena dan masih peringkat awal, cubalah alternatif  VIVIX, inshaallah. Baca artikel vivix di sini --> http://www.mamavitalicious.com/2014/07/vivix-satu-penemuan-revolusionari-dalam.html. Vivix dalam bentuk cecair yang sangat mudah diproses oleh sistem badan, dan bertindak sehingga ke peringkat sel badan.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:

Puan Zahra
0139944328

No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He