Tuesday, November 15, 2016

Ajar Membaca Kaedah Glenn Doman


Bismillah..

Dah lama tak menulis di blog, last update bulan Januari, ya Rabbi! Busy mengalahkan menteri negara Pasola errr. Sebenarnya busy dengan anak-anak and family. Kehidupan berlingkung dengan stimulasi Nuha, program membaca kakak, online bisnes mama, yadda3 haha. 


Ok, nak share berkenaan reading pogram Glenn Doman method sebenarnya. Ada beberapa teknik ajar anak membaca, antara yang paling famous kat Malaysia ni kaedah Phonic kan? Taknak ulas sebab tak pernah cuba. Tapi yang paling menarik bagi mama adalah teknik flashcard yang Glenn Doman perkenalkan. 

Kenapa? 

Pertama. Sebab paling kukuh bagi mama. Entah berapa ramai berpuluh ribu mungkin juta dah anak brain injured sejak penubuhan institute beliau (IAHP) dah berjaya membaca melalui teknik ini.  Boleh membaca sebelum berjalan, boleh membaca sebelum merangkak, boleh membaca sebelum bercakap.

Isn't it amazing? Glenn Doman always said never underestimate baby/kid even if they are brain injured. They have a good quality brain, it's only hurt and can be recovered.

Kedua. Anak jenis audio ke visual atau kinestatik semua boleh guna teknik ni sebab ia tak memerlukan anak kena duduk statik depan kita tengok buku, anak sambil melompat boleh, sambil main pun boleh. That's why kena tulisan besar dan kena buat dengan enjoy. Panggil nama anak dia pandang terus flash satu perkataan dan seterusnya.


***********************************


Ok ni pula kata-kata dari mentor awesome kami di Institut NURY :

Flashcard or showing in a flash grows the brain, what we doing is in accordance of how the brain learns.

Arwah Tg Aliff, tak bleh melihat, bercakap tapi belajar dengan membaca melalui Flashcard, Reno was mildly autistic at 2-3 yr's old( sy tak suka label!) But could read before he could speak, all thru Flashcard, flashcards simply grows the brain.
Remember Dr Glenn used to say that the magic is not in the cards, its in the child and the brain. The idea is to give the info fast and with love, sincerity n fun in accordance with how the brain function. The other thing, we don't teach huruf hijayiah we teach real words, real words with real meaning to the child.
Ada lagi. Saya selalu kata bila kita flash pada anak kita kita sebenarnya menyediakan infrastructure untuk pembelajarannya akan datnag, but always with joy n love.
*****************************************
Flash Cards Activate and Develop the Right Brain. When cards are flashed at high speed they develop your child's instant (photographic) memory — the right brain's memory is activated and it will develop quickly and easily.
The Right Brain and Left Brain will be Connected. When using flash cards, try to flash less than one second per card or as fast as you can and say the words on the back of the cards at the same time.
The images are processed by the right brain and the words you speak are processed by the left brain. As a result, the child will also more easily learn new words through the activation of the left brain in conjunction with the right-brain images.
*******************************************************************
Sebenarnya dah start reading program ni sebulan yang lepas pada kakak Haura'. Kiranya dah masuk minggu ke lima, so reading set ke 5 juga la. Ok basically method Glenn Doman ni dia tak perkenalkan anak dengan huruf ABC macam tu, dia intro the whole word yang ada 'makna' bagi si anak. Yes even pada baby pun start with word. Dengan flashcard. Mama pilih semua perkataan yang familiar dengan Haura supaya dia faham dan boleh relate. 

Seriously Haura dapat pendedahan ABC dah lama pun tapi dia tak dapat tangkap sebab macam tak ada maksud bagi dia. 
Photographic memory anak kecil sangat powerful, so bila perkenalkan dengan perkataan terus dia melihat sebagai imej dan faham apa maksud sebalik perkataan itu. Lebih mudah dan cepat dia belajar.

So jangan terkejut kalau ada anak membaca dulu baru kenal ABC hihi. Alhamdulillah set 1,2,3,4 haura dah boleh baca dan bila gabung 2 dan 3 perkataan dari set berbeza juga dia dapat baca.

Nanti perkataan-perkataan yang dah diperkenalkan cukup 50-100 perkataan dah boleh digabung dan buat sendiri buku cerita. Sebenarnya mudah je teknik ni cuma kena betul hihi. Thanks to my awesome sahabat alumni NURY yang banyak beri tunjuk ajar dan guide (sebenarnya ada kelas reading di NURY tapi mama tak dapat join, minta tunjuk ajar sahabat alumni je hu) :)

Sedikit panduan buat flashcard sendiri:

  1. Kad besar
  2. Huruf kecil semua
  3. Tulis guna marker hitam/merah
  4. Sediakan 1 set untuk seminggu (1 set terdiri daripada 1-5 perkataan macam gambar di atas tu, first row tu set 1, second row set 2, third row set ke 3)
Panduan bagaimana nak flashed card depan anak:
  1. Flash dalam masa 60 saat 
  2. Flash 1-5 kad sahaja bergantung pada tahap fokus anak (Bapa Reno flashed 1 kad je kat dia sehari)
  3. Buat 3 kali sehari waktu yang sama setiap hari (cth : 9 pagi, 1 tengahari, 5 petang)
  4. Buat dalam keadaan tenang dan enjoy
  5. Jangan biar anak main flashcard
  6. Sebaiknya perkenalkan dengan English dulu lebih mudah dia nak baca yang BM (mama mulakan BM sebab haura tak biasa dengan BI, inshaallah next)
  7. Boleh flash BM dan English hari yang sama tapi selangkan masa 15 minit each session
  8. Jangan uji anak means suruh dia baca unless anak sendiri yang nak diuji (Hauraa' la tu hihi)
Yang penting kena cepat dan fun, macam iklan kat TV tu, kan kalau anak kita tengah main dengar iklan dia boleh stop kan? Haaa kena buat menarik macam tu la. Kalau nak faham lebih dalam tentang method ni dan penjelasan lebih detail, boleh dapatkan buku "How to teach your baby to read.." Beli di bookdepository, click je sini : http://www.bookdepository.com/How-Teach-Your-Baby-Read-Glenn-J-Doman-Janet-Doman/9780757001857?ref=grid-view

Sekian perkongsian, semoga bermanfaat. Nanti nak share berkenaan program matematik, yang ni baru start je dan mama guna method Sichida Right Brain. 

Xoxo
Mama Haura Nuha

3 comments:

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He