Thursday, November 17, 2016

Idea Aktiviti Cuti Sekolah yang membantu pembangunan otak



Bismillah.

Cuti sekolah dah nak dekat kan? Biasanya cikgu-cikgu la mula pening nak fikir aktiviti untuk anak-anak sebabnya cikgu-cikgu pun bercuti sekali dengan anak depa haha.

Ok banyak sebenarnya idea aktiviti yang boleh dibuat especially untuk anak-anak bawah umur 6 tahun supaya mereka tak hanya hadap gadget atau TV. Selain bercuti atau balik kampung dan get close to nature, banyak aktivti di rumah boleh buat juga.

Tapi rancanglah sikit, supaya cuti dimanfaatkan untuk grows the brain, so bila masuk sekolah otak anak-anak ready untuk absorb sebanyak-banyak input dari cikgu.

Ahaa macam mana tu?

Ok macam saya selalu share, aktiviti fizikal sebenarnya sangat-sangat penting untuk otak anak kita. So, the best way waktu pagi dan petang luangkan masa 20 minit untuk aktiviti fizikal. Bak kata Spencer Doman :
Your brain, and your child's brain, can benefit from just 20 minutes of physical activity daily. Consistency is also incredibly important - within 10 days of stopping exercise, scientists can see decreased cerebral blood flow to the hippocampus - the part of the brain which is important for storing memories and emotional health and regulation. Make sure to carve out a minimum of 20 minutes into your daily schedule so you and your child can do physical activity.

So aktiviti apa yang nak buat ye?
  1. Berlari letak target berapa kilometer
  2. Melompat (sila sediakan tempat melompat hihi) - kalau baby ditimang
  3. Berguling (guling balak, guling ke depan dan belakang) search video di Youtube
  4. Bergayut/memanjat (di taman la gamaknya / pagar besi kat rumah tu hihi)
  5. Hayun (naik buaian)
  6. Menjulur (cross pattern, langkah silang iaitu jika tangan kanan ke depan, kaki kiri perlu ke depan)
  7. Merangkak (cross pattern)
Jangan pandang remeh impak kepada aktiviti fizikal ni ya.

Sangat penting untuk betul-betul mematangkan tahap perkembangan otak anak. Otak matang melalui rangsangan yang diterima. 

Aktiviti melompat, berguling, bergayut memberi manfaat pada sistem vestibular mereka, iaitu sistem keseimbangan badan. 

Ia juga menguatkan otot badan mereka. Medula oblongata dan pons matang daripada rangsangan aktiviti meniarap dan menjulur sampai ke tahap langkah silang. 

Otak tengah pula membangun dan matang dengan merangkak dan merangkak mesti sehingga tahap langkah silang (cross pattern). Tangan kanan dan kaki kiri ke depan.


Menjulur langkah silang

Merangkak langkah silang
Pergerakan merangkak mengukuhkan keseluruhan sistem mereka, menghubungkan sel otak kanan dan kiri melalui Collosum Korpus. 

Tapak kepada pembangunan otak yang lebih tinggi sedang dibangunkan dengan kukuh. 

Pergerakan merangkak memberi input kepada sistem proprioception iaitu sistem maklum balas deria yang menyumbang maklumat kepada sistem saraf pusat. reseptor deria dikenali sebagai proprioceptors terletak dalam otot, tendon dan sendi. P

entingnya untuk anak merangkak dengan CUKUP kalau rasa anak kurang merangkak, 'bayar hutang' sekarang, banyakkan aktiviti merangkak dengan mereka. Never too late.

Anak tak suka menjulur dan meniarap? Cuba lakukan bersama mereka jangan beri arahan je, buat bersama, duduk di level mereka sekali, mesti mereka suka ;)

Boleh rujuk album ini contoh aktiviti fizikal : http://bit.ly/2f2neRG

Ok selain aktiviti fizikal? Boleh buat banyak aktiviti motor halus dengan anak-anak cuma kena sediakan bahan siap-siap, ibu-ibu selalu beli bahan-bahan ni di kedai Mr. DIY, banyak dan murah tau.

Nak tengok contoh aktiviti tu boleh tengok di album ni ya : http://bit.ly/2giylLk

Kalau kat rumah ada banyak kotak, bonus tu boleh buat banyak benda macam dalam album ni: http://bit.ly/2fX8R32

Nak busykan anak? Tengok sini: http://bit.ly/2fHc7iG

Kalau rasa tak sempat buat, beli yang  ready made busy bag, daripada busy bag kit ni macam-macam idea boleh create untuk akitviti anak-anak tau, dapatkan di Mrs. Mama Zone

Aktiviti menarik di dalam

Selain busy bag, boleh sediakan play dough untuk anak, buat sendiri pun boleh.

Play dough ni bagus untuk motor halus anak dan imaginasi anak , dia kena picit-picit, buat bentuk dan berimaginasi.

Magic clay tak sama seperti dough lain ya, bila jatuh di lantai dan karpet ia tak melekat boleh disapu dengan penyapu.

Sure mommies akan happy with this kan, tak ada lagi insiden terlekat dough di tapak kaki hihi. Banyak lagi educational toys di Mrs. Mama Zone yang boleh didapati.

Resepi playdough


My princess tengah berkreativiti dengan Magic Clay :)

Lagi satu yang menarik di Mrs. Mama Zone, DVD Islamic Children Song yang siap ada buku aktiviti menarik kat dalam, jom tengok teaser :

video






Nak lebih banyak produk homeschool yang menarik? Join chanel telegram ni, click untuk join: https://t.me/homechooledutool

Cubalah buat flashcard bit intelligence. Apakah itu?

Bit intelligence ni kad yang memberi informasi. Contohnya jika anak kita suka atau obses akan dinosaur kita boleh create kad pelbagai jenis dinosaur dengan informasinya di belakang so bila kita flashed kita beri tahu nama dan informasi berkenaan dinosaur tu, kalau anak kita suka kereta buat kad kereta.

Macam encyclopedia knowledge gitu. Flashed card simply grows the brain sebab kita beri input pada anak.
Flash Cards Activate and Develop the Right Brain. When cards are flashed at high speed they develop your child's instant (photographic) memory — the right brain's memory is activated and it will develop quickly and easily. The Right Brain and Left Brain will be Connected. When using flash cards, try to flash less than one second per card or as fast as you can and say the words on the back of the cards at the same time. The images are processed by the right brain and the words you speak are processed by the left brain. As a result, the child will also more easily learn new words through the activation of the left brain in conjunction with the right-brain images. Flashed the right way, prepare a proper flashcard.
Nak tips cara buat dan flashed card boleh rujuk sini ya : http://bit.ly/2fXJ9Kt

Flashing bit intelligence card
Boleh juga ajak anak-anak involve dalam aktiviti mengemas rumah, aktiviti bercucuk tanam, aktiviti memasak, basuh kereta dan lain-lain. Libatkan mereka.

Haa dah banyak idea tu kan hihi.

Tinggal kita nak buat atau tidak je, bergantung pada masing-masing.

Nak biarkan cuti berlalu macam tu saja atau gunakan sebaik-baiknya untuk pembangunan otak anak kita yang semestinya bermanfaat bila mereka masuk sekolah nanti :)

Oh ya! Minyak ikan jangan lupa bagi juga, makanan yang baik untuk otak si anak.

Setakat ini supplement minyak ikan yang mengandungi DHA tertinggi di pasaran adalah Omega Guard. YES please do compare ok?


Hubungi Hotline 0139944328 untuk konsultasi penuh. 
TERIMA KASIH!









No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He