Showing posts with label cyst dan fibroid. Show all posts
Showing posts with label cyst dan fibroid. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Bagaimana mengelakkan Cyst/Fibroid daripada berulang?

Assalamualykum wbt..

Jika anda pernah melakukan pembedahan kerana ketumbuhan cyst/fibroid, pasti ia menjadi mimpi ngeri bukan?  Ambillah langkah berjaga-jaga agar ketumbuhan ini tidak berlaku lagi. Dalam artikel yang lepas, punca cyst dan fiboid  ada dibincangkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh  radikal bebas dan hormon estrogen di dalam badan kita.




Radikal bebas adalah molekul yang kurang satu elektron menjadikannya tidak stabil dan mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Kehadiran radikal bebas dalam badan kita menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Radikal bebas boleh dilawan dengan anti-oksidan. Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, ia diperolehi daripada sumber makanan. Seperti yang diketahui ramai, antioksidan dapat diperolehi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Beta carotin. Shaklee menawarkan supplement antioksidan yang tinggi seperti Vivix (Mengandungi resveratrol dari kumpulan antioksidan pholyphenols, dan beta carotin yg tinggi), Vitamin C, Vitamin E dengan selenium dan Carotomax (mengandungi sumber beta karotin yg tinggi).




Selain radikal bebas, hormon estrogen juga mempengaruhi sistem biologi kita termasuk sistem rahim kita, jika ia tidak seimbang berlakulah gejala abnormal seperti cyst dan fibroid ini. Shaklee menawarkan supplement yang boleh mebantu mengawal hormon supaya seimbang, iaitu GLA complex.


NOTA TAMBAHAN

Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan:

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan:

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


Semoga dengan pengambilan suplement dan penjagaan makanan ini cyst/fibroid tidak akan lagi berulang, inshaallah. Nak bergantung harap pada lifestyle dan pemakanan kita memang tak menjamin. Suplemen bantu lengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan penyakit, inshaallah.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga terbaik:






0139944328
Damansara Damai

Wednesday, July 9, 2014

Cyst dan fibroid, alternatif selain pembedahan?



Assalamualaykum..

Post yang lepas saya ada kongsikan perbezaan cyst dan fibroid, punca dan simptom-simptomnya. Kalau anda salah seorang yang mempunyai masalah cyst/fibroid, berbincanglah dengan doktor sama ada perlu melakukan pembedahan atau pun tidak. Biasanya jika kecil saiznya, rawatan lain mampu mengecutkan cyst dan firboid itu. Antara alternatif selain pembedahan yang boleh difikirkan adalah dengan pengambilan supplement yang betul. 

Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini seterusnya menghilangkannya tanpa pembedahan. Ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena dan 400 mikrogram selenium setiap hari sehingga cyst fibroid hilang. Shaklee menawarkan suppelement yang boleh menstabilkan hormon dan supplement yang tinggi anti-oksidan ini untuk melawan radikal yang boleh menyebabkan masalah seperti kanser termasuklah kanser rahim. Supplement yang dicadangkan adalah:

Set cadangan A:

1. GLA Complex
2. Vivix






Set cadangan B:

1. GLA
2. Vitamin C
3. Carotomax
4. Vitamin E




Mengapa dicadangkan supplement-supplement ini?

GLA complex bertindak membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit pada payudara.Ia juga anti oksidan yang meningkatkan imun badan seseorang untuk melawan radikal bebas.
Extra bonus: Mencantikkan kulit, menghalang tekanan darah tinggi dan menghalang komlikasi diabetes.

Vivix Shaklee bertindak pada tahap sel selular dimana Vivix Shaklee memperbaiki sel pada tahap DNA.Memperbaiki sel yang rosak dan mengembalikan funsi dan keadaanya kepada yang asal.Kanser bermula dari sel yang telah bermutasi ,menjadi abnormal dan merebak sebagai kanser.

{TAHUKAN ANDA?}

Vivix Shaklee kaya dengan unsur RESVERATROL yang berupaya untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser secara signifikan.Kalau dahulu RESVERATROL hanya ditemui di dalam wain merah yang tinggi anti oksida tetapi kini RESVERATROL terdapat dalam Vivix Shaklee. RESVERATROL yang terdapat dalam Vivix Shaklee adalah100x lebih tinggi kandungannya berbanding wain merah.

Vitamin A (Carotomax), C dan E merupakan vitamin yang sangat tinggi anti-oksidan jika diambil bersama, untuk melawan kanser, meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan menghapus radikal bebas. Extra Bonus: Mencantikkan kulit. Wah double benefits! :)


TESTIMONI 






Dapatkan supplement cadangan untuk masalah cyst dan fibroid di sini:




ATAU 

Hubungi saya untuk dapatkan harga terbaik dan konsultasi percuma:




0139944328
COD Damansara Damai/Kepong/Sg. Buloh

Tuesday, July 8, 2014

Perbezaan, punca dan simptom Cyst dan Fibroid

Assalamualaykum dan salam sejahtera!

Semalam anak-anak buah Shaklee saya ada bertanya mengenai masalah fibroid, maka terjadilah perbincangan di dalam group Whatsapp kami, masing-masing share pengetahuan yang ada, tapi macam ragu-ragu dan tak berapa pasti. So, sebagai 'mak', saya pun ambil alternatif untuk buat sikit assignment melalui internet, cari dan kumpul maklumat mengenai cyst dan fibroid sebab kadang-kadang keliru perbezaan kedua-dua jenis ketumbuhan di rahim ini. So inilah carian yang saya dapat, moga-moga bermanfaat :)

PERBEZAAN CYST DAN FIBROID


Fibroid

Cyst

Fibroid biasanya berlaku di dalam RAHIM, manakal cyst kebiasaan pada OVARI (kiri atau kanan, atau kedua-duanya). Jenis cyst ovari yang terjadi bersama fibroid dikenali sebagai 'endometriotic cyst. selain 'endometriotic cyst,' terdapat pelbagai cyst lain pada ovari (rujuk gambar)



SIMPTOM FIBROID & CYST

Dari artikel Prof. Dr. Hamid Arshat, di antara simptom seseorang mempunyai masalah fibroid atau cyst adalah:

Gangguan haid

seperti pendarahan yang banyak dan berpanjangan, berketul-ketul, atau terlalu sedikit. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

Kerap Keguguran atau Bayi Songsang


Ketumbuhan yang terlalu besar akan menekan rahim dan boleh menyebabkan risiko keguguran atau masalah pada kedudukan bayi. Ia juga boleh menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvic. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini boleh menjadi tegang dan tertekan.


 Kerap Terkucil / Kencing

Oleh kerana pundi air kencing terletak di sebelah rahim, maka jika ada ketumbuhan dalam rahim, pundi kencing akan tertekan. Akibatnya wanita itu akan menghadapi masalah kerap kencing atau terkucil (tidak dapat menahan kencing apabila batuk atau bersin.

Senggugut Yang Teruk

Perut buncit yang ketara atau seperti mengandung

Jika kita merasakan terdapat tanda-tanda sedemikian, eloklah kita pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 


PUNCA TERJADI FIBROID & CYST

Puncanya tidak diketahui secara terperinci, tetapi menurut pakar sakit puan, perkara-perkara di bawah boleh menjadi punca kepada fibroid dan cyst:

Ketidakseimbangan Hormon


Wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan parasprogesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Kandungan estrogen dan progesteron dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak. Menurut Dr Hamid, fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.


Pemakanan Yang Tidak Sihat

Diet atau corak pemakanan seseorang turut mempengaruhi badan sesorang. Wanita yang tidak menjaga pemakanan, terutamanya yang sering makan makanan segera, lebih berisiko tingggi untuk mendapat endriometriosis, fibroid atau cyst

Tekanan Hidup

Kehidupan wanita zaman ini sangat mencabar, menyebabkan sering tertekan fizikal dan jiwanya. Jiwa yang tertekan boleh menyebabkan system pertahanan badan (imunisasi) menjadi lemah. Oleh sebab itu bermacam-macam penyakit akan timbul termasuk Endrometriosis, Fibroid & Cyst.

Wallahualam..Semoga bermanfaat!




0139944328
Damansara Damai


Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He