Tuesday, April 20, 2010

Allah knows




When you feel all alone in this world

And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)


BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

Warkah Cinta dari Fatimah Az-Zahrah


Waalaikumsalam warahmatullahi wabarokatuh..

Ke hadapan IMAN yang sentiasa mencintai dan mengasihiku,

IMAN, aku tidak pernah meragukan kesetiaanmu selama ini. Tidak pernah terdetik sesaat pun untuk aku meninggalkanmu. Aku sangat beruntung memilikimu di sisiku dan aku sentiasa menginginkan kau di sisiku. Ketahuilah, aku rindukan saat-saat manis ketika kita membaca al-quran,bertadabbur lalu menangis bersama dalam sujud yang panjang. Saat itu aku merasa betapa akrab hubungan kita dan aku mahu mengulanginya lagi dan lagi tanpa jemu. IMAN, ketika kau melihat aku seolah menjauh darimu, ketahuilah jauh di sudut hatiku, aku rindukan kehadiranmu. Tidak tertahan lagi rasanya menanggung kerinduan ini, maka surat ini menjadi tukang cerita isi hatiku.

IMAN, aku sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan aku dengan mu. Ketika itu aku telah berjanji untuk tidak akan melepaskanmu apatah lagi untuk membencimu. Kau tahu IMAN, kau telah berjaya mencuri hatiku kerana keperihatinanmu terhadap diriku. Setiap kali kau melihat aku terlalai dan terleka kau pasti akan menegurku, tidak akan pernah membiarkan ku melakukan kesalahan berulang kali. Walau sesekali aku tidak menghiraukannya. Kau terus bersabar dan terus menegurku. Di saat aku menangis kerana berduka dan merasa keseorangan, kau membisikkan kata-kata penuh semangat, mengiramakan kalamullah penuh kesyahduan sehingga keesokan harinya aku mampu tersenyum dan terus berusaha. Terima kasih IMAN kerana kau tidak pernah jemu melayan kerenahku. Tidak pernah merasa jengkel terhadapku walau terkadang kau melihatku goyah dalam pendirianku.

Benar IMAN, aku tidak lupa tujuan hidupku dan segala janjiku padamu, aku tidak berubah tapi aku cuma terleka. Kau arif bukan, bahawa kau tidak bersendirian dalam merebut hatiku. Dunia dan nafsu tidak pernah berhenti untuk memikatku. Mereka pesaingmu yang tidak akan pernah jemu dalam usaha mereka. Maafkan aku IMAN, aku bukanlah meninggalkanmu kerana mereka, cuma terkadang, aku termakan gula-gula pemberian mereka dan ketika itu juga kau akan datang dan memberitahuku, bahawa gula-gula itu punya racun yang akan membinasakan diriku, lalu kau keluarkannya dari mulutku. Terima kasih IMAN, aku terharu dengan perhatian dan kasih-sayangmu selama ini. Aku akan sentiasa berusaha memperbaiki diriku dan pintaku, jangan pernah kau menjauh ketika aku sedang bergelut melawan kemahuan diri sendiri. Aku yakin kau tidak akan pernah melakukannya.

Aku juga mencintaimu IMAN sehingga aku merasakan bahawa kau adalah kurniaan ALLAH yang paling berharga dalam hidupku dan aku selalu memohon kepada ALLAH agar kita dapat melangkah ke syurga bersama.

IMAN,terima kasih sekali lagi atas keperihatinan dan kasih sayangmu,
Sekian dulu dariku.


Yang sentiasa merinduimu,
~Fatimah Az-Zahrah~

Sunday, April 4, 2010

Warkah cinta buat Fatimah Az-Zahrah

Assalamualaikum warahmatullah

Ke hadapan Fatimah Az-Zahrah yang sentiasa ku kasihi dan ku cintai,
Fatimah, aku tak pernah berhenti memerhatikanmu walaupun di saat kau seolah-olah menghindar dariku. Aku akan sentiasa menjagamu walau kau seperti tidak menghargainya.Kau tahu betapa dalam cintaku padamu hingga aku tidak sanggup lagi untuk memendam apa yang ku rasa ini. Bacalah Fatimah dan pahatlah dalam sanubarimu, jangan lepaskannya walaupun sesaat.

Fatimah, kau pernah membisikkan padaku, bahawa tujuan hidupmu adalah untuk mengabdikan dirimu kepada Allah, apa yang kau lakukan hanya kerana Allah dan kau akan sentiasa menjadi pemburu redha Allah. Fatimah, aku masih ingat kata-katamu pada suatu malam ketika kau menangis tersedu-sedan dan mula mengadu padaku. Katamu, dunia ini tidak kekal,satu hari nanti kau akan mati meninggalkan dunia dan menempuh alam akhirat. Di sana kau akan tinggal selama-lamanya. tapi kau perlu memilih salah satu antara kesenangan yang sementara di dunia atau kenikmatan abadi di akhirat. Kau katakan padaku, bahawa kau telah membuat keputusan untuk memilih kenikmatan yang abadi dan kau sedar apa yang kau perlu lakukan untuk mendapatkannya.

Ya, aku dapat lihat kesungguhanmu, mengerjakan ibadah dan selalu berdoa dengan pasrah. Aku tenteram dengan keadaanmu itu, sehingga aku merasa sangat istimewa berada di sampingmu. Kemudian kau datang lagi padaku,kali ini dengan wajah penuh ketegasan, aku masih ingat butir bicaramu. Kau bilang, ibadah bukan hanya solat,puasa, haji, tapi semua perkara boleh jadi ibadah jika kau lakukan kerana Allah. Kau tambah lagi, bahawa selama ini kau lupa dengan satu lagi kewajipan, iaitu amar maaruf nahi munkar. Aku tersenyum dan sangat bahagia mendengar kata-katamu. Aku lihat kau gigih dalam usahamu.

Tapi hari ini aku lihat kau mula jauh dari tujuan hidupmu. Adakah kau sudah lupa Fatimah? Apakah kau lupa segala janjimu padaku Fatimah. Tidak, aku yakin kau tidak berubah, kau cuma terleka. Kembalikan semangatmu Fatimah, aku akan sentiasa di sisimu, akan sentiasa mendengar luahan sedih dan dukamu. Bukankah selama ini aku sudah membuktikan kesetiaanku padamu? Aku tidak pernah meninggalkan kau dalam apa keadaan sekali pun. Kau adalah sebahagian daripada diriku dan aku adalah sebahagain daripada dirimu. Ketahuilah Fatimah, betapa aku kasihkan dirimu hingga aku tidak rela api neraka menyentuhmu.

Kembalilah pada Allah, yang telah menciptakan aku dan engkau. Hanya dengan itu kita akan berbahagia selama-lamanya.







Yang tidak akan pernah meninggalkamu,

~IMAN~

Tuesday, March 23, 2010

Bertunang Dengan.....


Alkisahnya bermula....


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
............ ......... .....
............ .

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. " "Ya Allah, tenangnya... " "Moga Allah memberkatinya. ..."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
sumber: http://al-insyirah. forummotion.com/

Monday, March 1, 2010

If The Nature Could Speaks


IF THE NATURE COULD SPEAKS,
IT WOULD SCREAMS AND CRIES,

TELLING US HOW MUCH IT SUFFERED,
AND HOW DEEP IT WAS HURT,


IF THE NATURE COULD SPEAKS,
IT WOULD YELLS AND WARNs US,

TO STOP FINISHED UP IT SOURCES,

AND STOP PRETEND LIKE WE NEVER DID WRONG,


IF THE NATURE COULD SPEAKS,
IT WOULD GENTLY ADVISED US,
TO BE KIND AND MORE TOLERANT,
DON’T BE CRUEL AND IMPATIENT.


OR LETTER WE WOULD REGRET,

WHEN THE NATURE STARTS TO REACT,

WHEN IT LOVE TURN INTO CALAMITY,

AND NEXT GENERATION BLAME THE OLD COMMUNITY,

FOR CAUSING THEM TO FACE THE REALITY,

THAT THEY WOULD NEVER FEEL THE WARM HUG AND DEEP LOVE OF NATURE.


“The mischief has appeared in the land and sea, because of the evils earned by the hands of men, so that He may make them taste some of their doings, which haply they may turn back.” Ar-RuM:41

Reflected dedication to PTJ's tragedy

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He