Saturday, July 17, 2010

Adolf Hitler: Siapa kau sebenarnya?


Adolf Hitler yang ku kenal adalah pemimpin tentera Nazi di Jerman yang anti Yahudi dan menyebabkan petaka ngeri 'Holocaust' yang sehingga ke hari ini masih disebut sebagai jenayah paling kejam ke atas bangsa Yahudi. Semua yang keji dan negatif di lemparkan pada sebuah watak lelaki bernama Hitler. Saya juga kurang mengkaji secara mendalam siapakah Hitler selain gelaran pemimpin Nazi. Email yang saya terima baru-baru ini membuatkan saya terfikir betapa fakta begitu mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang bermimpi untuk memimpin dunia dengan cara mereka. Fakta hari ini yang kita terima tidak semestinya betul dan terlalu banyak keraguan sehingga kadang-kadang kita dikelirukan oleh fakta-fakta tersebut dan menyebabkan kita semakin jemu untuk mengetahui tentang fakta lalu mengambil jalan mudah untuk tidak peduli dan tidak mengkaji. Email yang saya terima itu menceritakan sisi watak Hitler yang amat berbeza berbanding apa yang saya tahu mengenainya. Dalam email itu, si pengirim menceritakan tentang perbualannya dengan saudaranya yang membuat kajian thesis phD nya mengenai Hitler dan menjumpai sesuatu yang kita tidak tahu mengenai Hitler. Biarlah saya namakan pengirim dengan "A" dan saudaranya sebagai "B". 


Setelah mendengar bahawa "B" membuat kajian mengenai Adolf Hitler, "A" dengan sinis berkata "Sudah habiskah pejuang Islam yang ingin dikaji sehingga kamu memilih si bodoh ini?" Si "B" menjawab: "Apakah yang kamu tahu mengenai Hitler?”  "Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. lalu "B" bertanya dari mana sumber "A". "A" menjawab sumbernya dari TV pastinya. 

Lalu "B" pun  berkata :
"Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

"A" lantas meminta jawapan dari "B:. Beliau menyambung : “ Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau. Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir. 

"A" kemudian sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?” 

Sehingga di situ email itu tamat dan saya tinggalkan para pembaca untuk menilai mana fakta yang benar dan mana yang salah. Allah jua lah yang Maha Mengetahui. 





Allahualam 

10 comments:

  1. haaa tu la..xtau mana yang betul! ni kajian thesis

    ReplyDelete
  2. Maaf tp saya kurang bersetuju dgn fakta ni
    Mohon rujuk http://feryco.com/secret-society-rockefeller-rothschild-dan-hitler

    ReplyDelete
  3. perang dunia 1&2,perang dingin,nazi,sovieat dan lain2 adlh satu propaganda yg tlh di rancang oleh golongan penyembah iblis yg di gelar freemason...pembunuhan bangsa yahudi besar2an??? adakah anda tau ada berapa puak dlm bangsa yahudi?adakah anda tau asl usl adolf hitler?
    anda pernah dengar kisah THE KNIGHT TEMPLAR?
    KAJILAH SEDALAM2NY SESUATU PERKARA DAN FAHAMINYA...

    ReplyDelete
  4. Thanks to anon and Itu..Semua perkara tidak dapat dikenal pasti benar atau tidak melainkan jika ia adalah drpada quran dan sunnah..Saya cuma nak kongsi apa yg saya dapat dan terpulang pada anda untuk menafsirkan bagaimana..

    ReplyDelete
  5. banyak versi cerita pasal Hitler ni

    ReplyDelete
  6. tuhan je yg tau..
    satu je nak habaq..yahudi ni genius..depa leh putaq belit maklumat smpai orng leh kesian kat kaum depa psal holocoust tu..depa kawal media..so depa gak leh kawal facts yg ada kt intrnet skang

    ReplyDelete

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He