Thursday, April 2, 2015

Tips kurus ketika mengandung

Gambar ihsan google

"Kak ada tak cara nak kurus masa mengandung, I mean tak banyak berat naik kat bahagian tubuh yang lain, naik kat perut je, huhuhu."

Macam tu lebih kurang keluhan seorang adik yang tengah mengandung. Sebenarnya pertambahan berat badan tu biasa, melambangkan janin dalam perut pun sedang berkembang dan membesar. Tapi yang tak bestnya bila check up, doktor cakap berat baby hanya 2kg, sedangkan berat kita dah naik 10kg, wahhh mana datang lagi 8kg? Mana lagi kalau bukan bahagian badan yang lain kan? Sebenarnya kita boleh cuba control berat badan supaya tak naik mendadak. Antara cara yang kita boleh buat adalah:

Makan untuk Seorang

Biasanya kita akan makan banyakkk dengan mindset bahawa kita makan untuk baby sekali, untuk dua orang kan? Tapi sebenarnya kita boleh kawal pemakanan kita, jangan ambil makanan manis berlebihan, lemak berlebihan, nasi berlebihan, semua yang lebih-lebih la. Begitu juga dengan pengambilan garam berlebihan. Sodium boleh menyebabkan air menakung dalam badan dan menyebabkan berat naik. Cuba betulkan mindset kita, yang penting bukan kuantiti makanan tapi kualiti makanan yang kita ambil.



Amalkan pemakanan seimbang

Ambil makanan yang kaya dengan zat besi, kalsium, dan mineral penting lain. Banyakkan pengambilan sayuran dan buah kerana mengandungi kolestrol baik yang elok untuk semua termasuk ibu mengandung, selain itu sayuran dan buah juga berisiko rendah untuk dicemari dengan logam berat berbanding makanan laut atau ayam yang disuntik. Ini mengurangkan risiko bahaya kepada bayi. Minum 8 hingga 12 gelas air sehari. Say NO to caffein dan berperisa. Say NO to carbonate drink, soft drink whatever they name it.

Masak Sendiri di Rumah

Elakkan makan di luar dengan kerap. Bila kita masak sendiri kita tentukan sendiri APA yang kita nak makan dan kuantiti kita nak makan. Kurangkan memasak dengan menggoreng, kalau nak goreng juga pakai minyak rendah koleatrol macam minyak zaitun. Kadang-kadang bila makan kat luar kita 'tergoda' bila tengok macam sedap. Dan kita juga tak tahu cara makanan tu disediakan, mungkin tak fresh, ada banyak MSG dan lain-lain yang tak bagus.



Aktifkan Diri atau Buat Senaman

Ada senaman yang sesuai untuk ibu mengandung buat. Senaman ni bukan saja elok untuk lancarkan darah, untuk buang lemak tapi juga memudahkan proses bersalin, sebab otot kita dah biasa melakukan senaman, ia akan lebih bersedia masa proses kelahiran nanti. Kalau rasa susah nak bersenam, just be active. Maksudnya jangan la duduk saja di rumah, depan TV tak buat apa-apa. Buat aktivit yang keluarkan peluh ya.


Ambil supplement 


Pakar sakit puan, Dr. Hamid Arshat menasihatkan para IBU terutama yang sedang mengandung untuk mengamalkan supplement kesihatan. Supplement ini bertujuan untuk memastikan bayi  dapat nutrient walaupun ibu mungkin kurang makan atau nutrien makanan kurang (sebab proses masak dll). Vitamin penting untuk IBU mengandung --> Multivitamin (vitalea), B complex, kalsium (ostematrix), minyak ikan (omega guard).

Selain itu, supplement membantu tahap kesihatan ibu supaya tidak terkena kencing manis, darah tinggi dan lain-lain, inshaallah.

Jom kawal berat badan berlebihan kita semasa mengandung agar nanti tak terseksa nak kembali ke berat asal! Dapatkan supplement set IBU Hamil melalui saya dengan konsultasi dan jadual ekslusif :







No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He